DENGAN
pendedahan kekayaan Datuk Vida yang terkenal dengan tagline produknya,
“Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh”, begitu ramai yang meminta derma dan
sumbangan supaya beliau menaja pelajar menyambung pelajaran, namun
baginya ada perkara yang lebih bermanfaat.
“Contoh, kalau taja seorang pelajar
sambung belajar, kos yang diperlukan adalah RM50,000 tapi hanya seorang
yang mendapat manfaat”
“Jika RM50,000 itu diberikan kepada
rumah anak yatim, betapa bermakna untuk kegunaan anak-anak kecil ini,
lebih 500 orang nak makan 5 bulan pun boleh, satu lagi, kejayaan bermula
masa saya belajar.”
“Masa saya belajar dahulu, saya
berniaga, berdagang, tambah duit poket, kadang-kadang saya lakukan 3
kerja dalam satu masa, siap kerja kilang lagi,” kata Datuk Vida di dalam
akaun Instaram miliknya.
Beliau juga memberitahu bahawa dia juga
mencari sumber untuk menampung perbelanjaannya, tetapi semua usaha dan
ikhtiarnya itu membuka mindanya lebih kreatif dan lebih banyak
merancang.
“Sekarang berkat usaha itu, saya mampu
miliki apa yang diidamkan, maaf jika terasa, sekadar berkongsi,” tulis
Datuk Vida menamatkan statusnya.
Alasan untuk tidak lakukan lebih dari
satu pekerjaan pada satu masa memang alasan pemalas yang mahukan
kesenangan dan kemewahan tetapi enggan berusaha dengan gigih. Yang bulat
tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
No comments:
Post a Comment