
Kisahbenar.com
- Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul
seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang
akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu
meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan
melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian
mereka tidak sekali!!
Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang
cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan
kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah
dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah
menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan
mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah
menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun,
seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian
seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim
Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani
hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M.
Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di
antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
Mengikut
fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada
di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu
tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk
cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu
masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan
pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba
merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam
rumahnya.
Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya
berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan
pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut. Hakim kata Kalaichelvi telah
melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan
merogol orang itu tak kejamkah?
Jika korang menjadi wanita itu,
adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau
bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh
Kalaichelvi? Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan
lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan
dihukum penjara dua tahun.
Perogol itu mungkin akan dipenjara dan
lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya
sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk
kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib
baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi
untuk menghapuskan bukti!! Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan
bertindak sepertinya.
JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari
menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan
perogol itu sambil berkata, "Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku
tak kisah!!"

Read More »