Sunday 31 January 2016

6 Tips Jimat Cermat Paling Bijak Yang Korang Boleh Buat Untuk Tahun 2016!

new
Woih.. Masak ni masak. Tol naik, cukai naik, semua benda pun nak naik. Tapi, gaji dok takat tu juga. Kalau maintain macamni memang alamatnya makan batu berulamkan pasir sambil menangis tersedu-sedu tiap pertengahan bulan.
So, kami satu team pecah kepala tolong fikir 6 idea bijak untuk korang try berjimat di tahun 2016 yang serba mencabar ni. Mana tahu taktik ni boleh korang buat sampai tahun-tahun seterusnya kan?
3

1. Masak sendiri, bawa bekal

i
Jangan sesekali merendahkan bakat masakan korang. Well, jika korang memasak saban hari dan membawa bekal ke tempat kerja, kami percaya bahawa korang boleh jimat 30% bajet makanan bulanan korang.
Lagipun, time ni lah nak uji air tangan masing-masing sebelum bergelar isteri kan. Yang lelaki pun apa salahnya jika sekali-sekala memasak untuk si isteri tercinta kan?

2. Jom pergi kerja sama-sama

2
Kalau ada yang duduk area satu taman perumahan, apa salahnya nak buat carpool kan? Lagipun takdelah boring sangat kalau terpaksa hadap jammed hari-hari. Boleh buat jamming session dalam kereta. Eh. Macam terbiasa buat pulak.

3. Cut bajet untuk shopping

10
Mungkin ada yang memberi reaksi dan memek muka macamni bila bercakap pasal potong bajet shopping. Well, untuk survive, kenalah ada pengorbanan sikit kan. Biar tak bergaya, janji berduit.

4. Cari peluang bisnes

11
Mesti ramai yang bercakap soal modal kan? Makanya, buatla bisnes secara kecil-kecilan. Malah, rasanya daripada korang dok berFacebook hari-hari, lebih baik lah korang cari peluang buka bisnes online ke kan. Kalau tak cukup modal juga, boleh je buat dropship.

5. Jangan tambah liabiliti

12
Opss.. Situasi di atas takkan berlaku kalau korang tak memandai nak tambah hutang waktu-waktu kritikal ni. Elakkan kad kredit. Ikut belanjawan yang anda buat dengan lebih disiplin.

6. Buat pilihan bijak

13
Apa maksud buat pilhan bijak? Secara generalnya, korang mesti mampu menilai kebaikan dan keburukan setiap tindakan korang di tahun 2016 ni.
Contoh situasi:
i) Wajarkah korang nak modified kereta sedangkan duit tersebut boleh dijadikan simpanan? Jawapannya…Nay. Simpan duit please.
ii) Perlukah korang menginap di hotel mewah sedangkan boleh dapat hotel yang juga selesa dengan harga berpatutan? Jawapannya….Duduk hotel selesa boleh tidur pun dah OK!
iii) Data plan yang manakah paling terbaik, murah dan menjimatkan untuk korang kekal berhubung dengan keluarga walaupun berjauhan? Jawapannya….
Screen Shot 2016-01-27 at 9.55.40 PM
Menerusi perbandingan di jadual di atas, amat jelas bahawasanya U Mobile Hero Plus  adalah pakej terbaik jika nak dibandingkan dengan beberapa telco terkemuka yang lain. Lebih jimat, lebih kuota internet dan juga lebih panggilan suara. SMS? Eh, mana ada orang yang nak berSMS lagi sekarang ni. Kemonnnn…
Cuba bayangkan kalau korang tersalah pilih Telco M atau Telco C yang jauh lebih mahal daripada Umobile tu? Tak ke rasa sakit hati.

Korang bakal ditipu jika pilih Telco M & Telco C sebab…

1. Dahla internet kuota pun sikit sangat. Mana cukup nak kongsi dengan 2 talian kan? Kedekut betul kan Telco M & Telco C ni?
2. Korang akan lebih tertipu dengan Telco M dan Telco C jika ter’langgan’ pakej mereka yang paling mahal. Konon-konon paling advance lah tu. Mana taknya, dengan harga RM 110++, korang boleh dapat 2 talian U Mobile Hero Plus berbanding dengan kedua-dua telco yang hanya menjanjikan 1 talian dengan harga tersebut. Ingat kita ni tak tau kira ka? Hehe.
3. Kalau korang perhatikan, Telco M tu sangat psiko dan sengaja nak main harga dengan korang. Dia tulis je talian nombor 2 tu berharga RM 48.00, konon lagi murah daripada U Mobile Hero Plus, tapi realitinya kita selalu terlupa untuk totalkan harga dengan talian pertama. So, macam kami cakap tadi, bila dah total, ternyata Telco M ni memang nak tipu korang.
51
Okay. Jangan susah hati lagi. Sebab U Mobile Hero Plus takkan menipu anda dan menjanjikan perkhidmatan termurah berbanding semua telco di Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, U Mobile Hero Plus ni akan dilancarkan pada 29 Januari 2016. So, korang bolehlah cepat-cepat-cepat pergi ke cawangan U Mobile berhampiran untuk jadi antara orang pertama yang bijak untuk memulakan langkah berjimat cermat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.u.com.my ! Yes! Korang memang bijak!
17
Read More »

Hajat Berkahwin Tidak Direstui, Gadis Lari Bersama Lelaki Bangladesh

JOHOR BAHRU - "Minta bantuan orang ramai, anak saudara saya lari dari rumah sejak semalam bersama seorang lelaki Bangladesh. Jjika ternampak beliau, sila hubungi saya 017-6334861," demikian rintihan ibu saudara gadis berkenaan. 
Bapanya, Noorhan Adam, 40, hanya mengetahui tentang kehilangan anak daranya, Nur Atikah Noorhan,19, setelah dimaklumkan oleh adik iparnya. 
"Adik ipar menghubungi saya pada jam 11.30 pagi pada 25 Januari 2016 tentang kehilangan anak gadis yang dipercayai telah lari dari rumah di Felda Ulu Tebrau, Tiram, Johor, mengikut rakan lelakinya, Arif atau Daus Hosin, warganegara Bangladesh. 
"Mereka dipercayai telah lari ke Thailand. Saya cuba menghubungi nombor telefon anak saya tetapi gagal. Saya juga cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah juga gagal," katanya.
Menurut Noorhan, lelaki Bangladesh itu pernah datang ke rumahnya dan menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Nur Atikah. Bagaimanapun, Noorhan tidak bersetuju. 
"Saya syak anak saya telah lari bersama lelaki itu ke Thailand untuk berkahwin . Sehingga kini anak saya belum pulang ke rumah dan tidak dapat dikesan," katanya. 
Justeru, Noorhan meminta bantuan pihak berkuasa mengesan dan menyekat anaknya daripada menyeberangi sempadan negara. - THEHYPEMEDIA.COM
Read More »

'Saya Pindahkan Semua Wang Kerana Tidak Percayakan Tabung Haji'

"Selamat Tinggal Lembaga Tabung Haji"
Saya tidak suka memberikan komen mengenai politik. Saya lebih gemar menjadi pemerhati yang senyap sahaja. Walaupun dalam Facebook atau dalam group WhatsApp yang saya sertai, saya memang jarang muncul dan tidak pandai nak bersembang kosong. Apatah lagi nak berdebat atau nak mengadu tentang hal-hal politik.
Saya lebih gemar menggunakan hak saya sebagai pengundi dan memangkah pemimpin yang saya pilih. InshaAllah, kalau boleh yang berteraskan khalifah Islam. Tetapi pilihan raya umum lambat lagi. Dan dari hari ke hari, hati saya semakin mendidih di dalam. 
Apa sudah jadi pada Malaysia ku? Apa sudah jadi pada negara Islam ku?
Sedih, sedih dan sedih. Kemelut terbaru Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menghancurkan hati dan kepercayaan saya. Saya tahu, inshaAllah wang saya tidak ke mana dan tetap di situ. Malah yang pastinya dividen pun tetap akan ada walaupun mungkin tidak sebanyak dulu lagi.
Tetapi saya tidak mahukan dividen yang tinggi, kalau sepatutnya itu bukan hak saya. Jika mengambilkira perkara yang sepatutnya dilakukan LTH.
Saya melihat, semua rakyat jelata marah, kutuk, mengadu, menyindir, mencerca dan sebagainya. Tetapi situasi zaman kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa marah dan suara rakyat sudah tiada maknanya dan tidak boleh mengubah apa-apa pun. 
Lalu saya berfikir, apa yang saya boleh buat untuk menyatakan suara saya? Tidak bersetuju tentang apa yang berlaku pada LTH dan kepimpinannya, mengikut cara saya. Kalau hanya setakat bising di media sosial, orang-orang seperti saya ini boleh ke memberikan impak? Apa yang pasti, ia bagaikan menyalak bukit sahaja.
Maka hari ini saya memutuskan untuk menggunakan hak saya dengan melakukan perkara mudah di hujung jari sahaja.  Dan saya baru saja balik dari Tabung Haji. Saya telah memindahkan semua wang simpanan dalam akaun Tabung Haji saya ke akaun bank Islamic dan bank-bank yang lain. 
Namun saya tinggalkan RM1,500 kerana kakitangan kaunter Tabung Haji kata itu adalah kadar minimum untuk akaun terus kekal aktif. Saya akan pindahkan semula kesemua wang saya ke akaun Tabung Haji jika kemelutnya telah diselesaikan. Lagipun saya telah pergi mengerjakan Haji, jadi keperluan saya pada LTH sudah tidak banyak rasanya.
Saya menabung di situ pun kerana saya merasakan LTH paling syariah compliance dan juga mahu menyokong institusi berteraskan Islam. Tetapi sekarang, saya pun sudah tidak beberapa percayakan kepimpinan Tabung Haji. Saya terpaksa membuat keputusan yang lain pula. 
Saya mahu melihat, jika LTH dapat mengembalikan kepercayaan saya, bila-bila masa saja saya boleh memindahkan semula wang saya ke akaun Tabung Haji. Tetapi bukan kali ini. Selamat tinggal Tabung Haji. Saya tak support 'pemakan dedak'. - Mona Din | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Read More »

'Saya Dah Tidur Dengan Adik Angkat 10 Kali'

Wanita bernama Nabila berkongsikan beberapa screenshot perbualannya dengan lelaki yang juga suami kepada rakan baiknya. 
Bermula dari hubungan adik angkat sehinggalah 'terangkat' sampai ke katil. Bagaimanapun, lelaki itu menafikan yang mereka berzina. Sebaliknya hanya sekadar meraba payudara adik angkatnya sahaja. Ini kerana dia lebih puas berbuat demikian sehingga sanggup membelikan pakaian dalam yang baru untuk perempuan itu. 
Luluh hati isteri setelah mengetahui suaminya berlaku curang. Malangnya lelaki itu masih tidak mampu melupakan perempuan itu. Baca screenshot di bawah.
Read More »

'Jangan Makan Ubat Kurus Surut Ayu!'

SERENDAH - Seorang wanita mendakwa, ubat kurus keluaran tempatan di negara ini mendatangkan kesan sampingan yang berbahaya kepada pengguna, selepas diberitahu oleh doktornya.
"Ya Allah, tak sangka makan ubat kurus Surut Ayu ada effect pada hati yang boleh menyebabkan kerosakkan hati. Subhanallah, terhenti sekejap jantung aku bila doktor beritahu tadi. Patutlah asyik sakit dada saja. 
"Pada sesiapa yang mengamalkan Surut Ayu, tolong hentikan sebelum terlambat," kata Eyza Leeya. 
Bagaimanapun, pengguna tegar Surut Ayu pula mendakwa, produk yang digunakan oleh Eyza Leeya itu berkemungkinan ubat kurus tiruan. Selain itu mereka juga mendakwa doktor kerap menyalahkan suppliment yang digunakan oleh pesakit meskipun ia sebenarnya tiada kaitan. 

Berdasarkan sebuah infografik yang dikeluarkan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Kelantan (CPFK) dan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Labuan (CPFL), produk tersebut tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Surut Ayu Jamu Herbal Ramuan Alami ini mengandungi Sibutramine yang boleh menyebabkan gangguan mental, perubahan emosi, sawan, serangan jantung, pendarahan usus, masalah buah pinggang dan sakit kepala.
"Memiliki atau menjual produk ini boleh dikenakan hukuman sehingga RM25,000 atau penjara selama 3 tahun," katanya. 
Justeru, CPFK meminta mana-mana individu yang pernah menggunakan atau menjumpai produk berkenaan membuat aduan ke talian 09-77930586. 
Berdasarkan beberapa testimoni individu yang pernah menggunakan produk tersebut, mereka mengadu yang ubat itu membuatkan mereka pening kepala, sesak dada, migrain, buang air besar berdarah dan memudaratkan jantung. Susulan itu, terdapat beberapa individu terpaksa menjalani rawatan susulan. - THEHYPEMEDIA.COM
Read More »

Dah Nak Kahwin Rupanya! Inilah 2 foto wajah terbaru bakal suami Jihan Muse yang semakin kacak bergaya

Baru-baru kecoh juga mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa Jihan Muse dan kekasih, Ku Hariz, bakal mendirikan rumah tangga pada bulan depan bagaimanapun, pengacara tersebut menafikan perkara tersebut sebaliknya menyatakan ia akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

“Bukan saya tidak mahu berkongsi sebab perancangan (berkahwin) itu memang ada, tetapi bukan bulan depan seperti yang diperkatakan itu. Jadual kerja saya sangat padat sekarang. Jadi saya tidak berani berkongsi sebarang tarikh dulu,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Jihan pernah berkongsi cerita bahawa dia dan juga Ku Hariz sudah menjalin cinta sejak lapan tahun lalu. Selain itu, pelawak ini juga turut menyifatkan gosipnya bakal berkahwin dalam waktu terdekat baru-baru ini sebagai doa daripada peminat.

Kami pasti Jihan akan berkongsi tarikh istimewanya itu apabila sudah bersedia nanti. Apa pun, semoga semua persiapan majlis dan segala urusan Jihan dan juga Ku Hariz akan dipermudahkan.
Read More »

SUBHANALLAH! Ini bukti kebesaran Allah...cuba zoom 5X dan perhatikan betul-betul 2 foto ini, jelas di atas awan itu tertulis Kalimah Allah dan Muhammad

Petang ini penulis telah menerima satu gambar menerusi aplikasi WhatsApp di mana gambar tersebut memapar satu kejadian yang aneh berlaku di Kuala Lumpur.

Jika anda melihat dengan teliti gambar tersebut (di atas) dan zoon pada bahagian matahari, kelihatan di awan kalimah Allah (ﺍﻟﻠَّﻪَ) dan Muhammad (محمد) serta beberapa tulisan jawi yang lain.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada waktu pagi di mana saat matahari terbit. Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam kenderaannya ketika hendak ke tempat kerja.
Akibat terpegun dengan dengan situasi itu ramai pengguna jalan raya yang lain turut berhenti untuk melihat fenomena itu. Gambar in terus tersebar secara meluas pada hari ini di media sosial.

Fenomena itu berakhir 30 minit selepas itu apabila matahari mula panas dan embun makin hilang maka ramai orang yang melihat pun beredar secara beransur-ansur

Walaubagaiman pun, penulis sendiri tidak dapat memastikan akan kebenaran perkara ini. Ini kerana, pada hari ini sudah banyak perisian untuk menyunting gambar seperti Photoshop dan sebagainya. Sehinggakan agak sukar untuk membeza foto yang sebenar dan foto yang telah disunting.

Dalam nada yang lain, jika benar-benarlah kejadian ini berlaku, penulis hanya mampu lafazkan ‘Subhanallah’. Mungkin ini merupakan salah satu bukti tentang kebesaran Allah SWT.
Sumber: mediapanaz
Read More »

Akibat gadis cantik berusia 18 tahun ini tidak tahan dengan buah dadanya yang terlalu besar, inilah 6 foto yang dilakukannya kepada buah dadanya selepas itu...memang betul-betul mengerikan

Akibat gadis cantik berusia 18 tahun ini tidak tahan dengan buah dadanya yang terlalu besar, inilah 6 foto yang dilakukannya kepada buah dadanya selepas itu...memang betul-betul mengerikan.
Sumber: akuhebat8385
Read More »

Thursday 28 January 2016

“Kalau Sensitif Sangat, Jangan Tonton Lawak Saya” - Nabil Ahmad

Mungkin tidak semua bersetuju dengan jenaka yang ditampilkan oleh Nabil Ahmad ketika mengacara namun dalam masa yang sama, pelawak ini masih mendapat sokongan tidak henti-henti daripada peminat. Jelas Nabil kepada Utusan Online, jika tidak sukakan jenaka yang dibawakannya, jangan tonton persembahannya.

“Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ”

“Saya tak salahkan penonton sebab memang saya dikenali dengan cara begitu. Itulah saya. Jadi kalau saya masih lagi berada di situ (diberi tugas mengacara), maknanya saya diterimalah. Secara tak langsung menunjukkan bahawa saya masih diberi kepercayan oleh pihak produksi untuk berada di situ dan mengendalikan program”

“Jadi yang bercakap ini, daripada 10 orang, mungkin cuma seorang saja yang tak berpuas hati. Untuk orang macam saya, saya malas nak ambil pusing sebab kerja saya memang begitu. Yang saya lakukan itu menjadikan yang berbeza daripada pengacara lain. Anda boleh tanya balik, apa yang membezakan saya dengan orang lain? Apa yang membezakan kita dengan orang lain? Masing-masing mesti tak sama bukan?”

“Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya,” katanya kepada Utusan Online menjelaskan pendiriannya.
Read More »

Beginilah realiti kehidupan sosial anak Jutawan China di Amerika yang sangat menjijikkan

Peningkatan jumlah jutawan rakyat China dan menghabis berbilion-bilion dolar di luar negara. Kebanyakan daripadanya mendarat di Amerika Syarikat di mana ramai anak-anak daripada golongan elit kaya dihantar untuk mendapatkan pendidikan kolej di Amerika dan mereka hidup mewah.

Vocativ mendapati budaya pelajar-pelajar Cina di California. Mereka memandu kereta mewah seperti Ferrari dan Maseratis dan Konserto kekayaan mereka menonjol dalam kumpulan dalam talian, seperti Kereta Super di Amerika.

Sumber: medialab99









Read More »