Wednesday 1 June 2016

Wanita Ini Telefon 27639 Kali, 11,229 mesej Terhadap Bekas Teman Lelaki

Oleh Feyra Nasrom Sumber Amazingnara

Seorang wanita ditahan akibat menelefon bekas teman lelaki sebanyak 27,639 kali dalam masa seminggu. Bukan itu sahaja, tertuduh yang dikenali sebagai Kelly Murphy turut menghantar 11,229 mesej , 937 e-mel, 117 mesej nyanyian dan juga 47 helai surat.

Kelly Murphy tidak dapat menerima kenyataan dirinya sudah berpisah dengan Randy Williams walaupun baru 2 minggu bercinta. Mangsa didapati mengalami kemurungan dan tekanan akibat terpaksa berhadapan dengan bekas teman wanitanya itu.

Murphy sanggup mengambil minuman tenaga untuk berjaga selama seminggu dan terus menganggu Randy dengan menggunakan 8 telefon serentak untuk menelefon Randy 24 jam sehari di telefo bimbit, telefon rumah dan juga pejabat. Sebelum ini Murphy juga dikatakan mempunyai sikap obsesif kompulsif dimana tahap obses wanita ini terhadap sesuatu benda secara melampau dan tidak masuk akal.  

Kini , Murphy ditahan ke dalam lokap dan akan melakukan penilaian psikologi terlebih dahulu sebelum dia dibicarakan. 

No comments:

Post a Comment