Abang Terpaksa Curang Dengan Tunang Kawan Abang Sendiri Sebab Tiap Kali Kami Jumpa Dia Akan . . .
Luruh
hati nak menghadap semua ini bila suami sendiri CURANG dengan rakan
pejabat, bersekedudukan bawah tangga. Berkali-kali saya mendesak ingin
mengikuti suami menghadiri satu program melibatkan famili di tempat
kerjanya.
Entah kenapa saya dapat rasakan pelawaan suami minggu lepas sekadar satu pelawaan kosong tanpa maksud.
Meski
bibirnya memaklumkan tentang program itu berkaitan famili, lagaknya
seakan berharap saya tidak berkeputusan untuk mengikut. Tapi dia silap.
Sekali dia mempamerkan sikap teragak-agak, sepuluh kali curiga ini
berganda.
Hari
berkenaan, saya bersiap cantik-cantik. Pembantu rumah, Nisa dan bayi
kecil kami berusia enam bulan juga sudah siap. Kami menunggu di garaj
kereta. Suami bangun pagi dan bersiap dengan langkah longlai.
Dua
hari lepas, dia balik jam 1 pagi minta saya sediakan nasi. Katanya
selesai praktis untuk persembahan dia tak sempat makan malam dan terus
balik rumah dalam kelaparan. Sebagai suri rumah dan seorang isteri, saya
sediakan makanan secepat mungkin seperti yang dia minta. Saya padamkan
letih demi dia.
Kami
tiba di pejabatnya jam 6.40 pagi. Jemput rakan sekerja suami bernama
Faiz dan kami terus bergerak ke Putrajaya lokasi di mana hari keluarga
pejabat suami diadakan. Saya, Nisa dan bayi diam di kerusi belakang.
Faiz bersalam dengan saya sambil tersenyum kelat.
“Eh, semua ikut? Maaf kak, Din cakap akak tak ikut.” Hati bertambah curiga tapi salamnya saya sambut juga.
“Din,
Suzi dah siap. Kita jemput dia di hotel sebelah restoran tempat kita
makan malam semalam.” Selamba ayat itu melurut dari bibir Faiz.
Hati
bertambah panas bila mendengar nama Suzi disebut-sebut. Nama perempuan.
Tinggal di hotel sebelah restoran tempat makan semalam?
Habis
yang dia katakan tidak makan itu apa pula? Saya mula menendang tempat
duduk kerusi pemandu dari arah belakang, memberi amaran bahawa hati saya
sudah mula hendak panas.
Suami masuk hotel
Sepanjang
perjalanan suami kelihatan resah dan sebaik kami tiba di hotel
menempatkan wanita itu, tanpa mematikan enjin kereta, suami terus keluar
dan meluru ke bilik hotel di tingkat satu yang berbentuk seperti rumah
teres setingkat itu.
Alangkah
hancur dan berkecai hati saya melihat perilaku suami yang dengan
selamba memasuki bilik perempuan yang disebut sebagai Suzi itu.
Nisa
memandang saya dengen ekspresi terkejut. Jika dia sebagai orang asing
juga berasa curiga, apatah saya sebagai isteri. Saya tertanya-tanya
kenapa suami meluru masuk ke bilik hotel kerana bukankah yang
dimaksudkan penghuni hotel itu adalah Suzi? Perempuan?
Lima
minit menunggu dengan penuh was-was, saya melihat suami keluar pintu
diikuti Suzi sambil di tangannya menggalas beg pakaian. Saya jadi hilang
sabar.
Entah
angin apa yang menyerang saya waktu itu, saya terus keluar dari kereta
bertanyakan siapa wanita itu. Faiz cuba meleraikan dengan alasan Suzi
adalah teman wanitanya.
“Kenapa
Din yang masuk bilik dia?!” Saya menyoal lagi. Intonasi saya tidak
terkawal. Saya kerasukan. Suzi menyorok di belakang suami. Dalam hati
saya terdetik, ALLAH nak tunjuk. Suami sendiri menunjukkan kebodohan
dalam kegelisahannya.
Pagi
itu saya mengamuk di hadapan hotel. Saya tarik rambut Suzi, saya tolak,
tumbuk dan cakar dada suami. Saya sudah tidak kisah. Peristiwa demi
peristiwa terkeluar dari mulut saya.
“Nama
yang direkod atas nama Faiz itu siapa?! Setiap malam selama lebih dua
bulan ini yang dikatakan pergi praktis program pejabat itu sebenarnya
pergi ke mana?!
Praktis
dengan siapa?! Tidak balik ke rumah selama beberapa malam itu operasi
apa?!” Saya tanyakan semuanya sehingga akhirnya dia tiada jawapan lagi.
Saya menangis, melutut, merintih… Suami menyerah, Suzi menyerah… tapi apa yang saya mahukan lagi? Saya ditipuhidup-hidup.
Mengaku curang
Saya
isterinya. Saya percaya pada firasat yang ada dalam hati saya. Dan saya
yakin, tidak saya seorang malah semua para isteri di luar sana juga
berasakan perkara sama.
Andai
suami berselingkuh, isteri pasti mampu menduga, berasa syak wasangka
tapi isteri tidak berani menyuarakannya tanpa bukti di hadapan mata.
Namun percayalah sahabat wanita, ALLAH itu ada… ALLAH kan selalu ada…
Suami
yang selingkuh pasti terperangkap dalam permainannya sendiri suatu masa
nanti dan seperti mana yang berlaku terhadap suami saya dan perempuan
itu, tembelang mereka pecah jua.
Terlalu
pedih hati ini untuk menerima kekhilafan mereka. Saya tanya suami
semenjak bila? Suzi rupa-rupanya seorang pelatih di pejabatnya sejak
enam bulan lalu. Baru berusia 22 tahun dan tidak biasa tinggal di Kuala
Lumpur. Hubungan mereka terjalin sejak hari kedua Suzi bekerja.
“Abang
minta maaf. Abang cuma niat nak tolong Suzi tapi …” Suami memeluk. Saya
menolak kasar. Nisa dan anak sudah saya arahkan menunggu di dalam
kereta. Hari itu juga saya akan berlalu dari hidup suami yang tak kenal
hati budi.
“Abang
ada isteri, tapi selingkuh dengan tunang orang? Apa yang abang dan
perempuan tu dah buat? Sampai tahap mana?” Saya jijik menyebut nama
Suzi. Meski pun jawapan suami bakal menghiris hati ini, saya tidak tahu
kenapa saya tanyakan juga.
“Sumpah kami tak buat apa-apa..
“Jangan
bersumpah! Saya dah paksa Suzi terus-terang. Saya bukan perempuan bodoh
nak terima abang yang buat maksiat dalam tandas pejabat. Bawah tangga
pejabat?! Apa tu?!” Air mata mengalir laju.
Kalau
suami terlihat hina, saya berasakan lebih lagi. Tidak mahu terus
menjerut hati, saya ambil keputusan keluar dari rumah dan akan
memfailkan penceraian.
Sehingga
hari ini, saya belum mampu menceritakan sebab sebenar rumah tangga saya
hancur di tengah jalan kepada keluarga saya mahu pun mertua. Hati kekal
terluka.
No comments:
Post a Comment