1. Pierre Andre & Mikail Andre
Adikberadik
ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal
dengan rancangan sitkom Pi Pi Mai Tang Tu. Pierre Andre yang mulamula
sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem Potret Mistik pada tahun
2005.
Bermula
sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah.
Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23
tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.
2. Shamsul Yusof & Syafiq Yusof
Keduaduanya
memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selokbelok
dunia perfilema Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini,
mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga
pengarah filem.
Lebih
membanggakan, keduadua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah
menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.
3. Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin
Adikberadik
Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri
dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketigatiga mereka memang berbakat
besar seawal dari kecil.
Walaupun
Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah
mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin
juga pernah berlakon sama menerusi rancangan Oh! My English.
4. Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong
Anak
perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantikcantik dan
berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja
yang dikenali, namun selepas itu, keduadua kakak mereka, iaitu Yaya dan
Shikin juga mula mencipta nama.
Kalau
dah adikberadik, pasti mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai
perhubungan mereka. Namun, barubaru ini industri hiburan dikecohkan
dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata
pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan
keluarga.
5. Eira Syazira & Syafnida
Nama pelakon
Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis
nerdmenerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira
diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi dramadrama
di televisyen.
Kini
adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini
wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 Cinta Ilahi. Selain itu juga,
Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai
suami isteri. Boleh dikatakan wajah adikberadik ni hampir sama dan
ramai yang menganggap mereka adalah adikberadik kembar.
6. Farid Kamil & Fadzil Zahari
Siapa yang
tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu
Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada
pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu,
Fadzil juga merupakan seorang pelakon.
Pada
awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia
kemudiannya berjinakjinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem
yang dihasilkannya ialah filem Kongsi dan Binibiniku Gangster. Memang
adikberadik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga
saling tidak tumpah seperti abangnya.
7. Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah
Pelakon,
pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu
diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan,
seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga
merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an.
Kini,
seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah
kakakkakaknya sebagai seorang pelakon. Namun berbeza dengan
kakakkakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi gilagilanya di
laman sosial miliknya.
8. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad
Mungkin
ramai yang tidak mengetahui, adikberadik, Erma Fatima dan Umie Aida
mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinakjinak
sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular Adam
dan Hawa.
Namun,
mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia
lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat seperti
Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan
ketigatiga mereka mempunyai bakat yang besar.
No comments:
Post a Comment