Umum kita
mendengar kisah tentang waris seniman tersohor seperti Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee, Datuk Aziz Satar, S. Samsudin dan sebagainya. Kebanyakan
dari mereka tidak terbela nasibnya walau ibu bapa mereka merupakan
seniman agung yang banyak mewarnai dan mencorakkan kehidupan kita.
Terbaru,
kisah mengenai anak seniman Ibrahim Pendek yang khabarnya mencari rezeki
menerusi tapak parking. Anak seniman ini yang juga OKU tidak mendapat
kerja di tempat lain dan dikhabarkan hidup serba sederhana. Jom baca!
Pelakon melayu pertama berlakon di Hollywood
Taknak mengemis dan merayu simpati
Tempat parking nilah dunia saya
Kami juga
bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga Aidid. Allahyarham Ibrahim
Pendek adalah antara pelakon dan pelawak termasyhur suatu ketika dulu
dan seharusnya waris arwah diberikan bantuan sebaiknya memandangkan
beliau juga OKU. Mungkin ada badan NGO yang membantu beliau kelak.
Apapun, pihak berwajib juga harus prihatin dan menghulurkan bantuan
kepada waris para seniman yang tidak berkemampuan. Tanpa mereka ini,
dunia perfileman negara takkan berada seperti sekarang.
Sumber: FB Syahril A. Kadir
No comments:
Post a Comment