"Ya.. Memang Saya Sudah Single", Akhirnya Shikin Maembong Dedahkan Status Sebenar Dan Punca Bercerai Dengan Chef Riz
Chef Riz & Shikin Maembong Sudah Bercerai?
Tahun
lalu, tukang masak selebriti Chef Riz tidak menafikan terdapat sedikit
konflik rumah tangga antara dia dengan isteri, iaitu Shikin Maembong
namun ia berjaya diselesaikan. Bagaimanapun melalui muatnaik beberapa
gambar terbaru di Instagram isterinya memberikan bayangan berbeza.
Melalui
gambar tersebut, Shikin menyatakan tekanan yang dialaminya sudah pun
semakin berkurang. Malah para pengikutnya di laman sosial tersebut turut
memberikan sokongan moral agar tabah dan kuat menghadapi dugaan.
Jika
diimbas kembali kenyataan Chef Riz pada penghujung tahun lalu, hubungan
mereka menghadapi konflik kerana dirinya terlalu sibuk dengan kerjaya.
“Biasalah
orang perempuan merajuk. Tambahan pula Shikin seorang yang berjiwa
lembut, jadi dia mudah terasa. Saya malas nak layan apa yang orang luar
fikir tentang kami. Tiada faedah pun. Biasalah suami-isteri, mesti
sedikit sebanyak akan ada konflik-konflik kecil,” jelasnya kepada mStar
Online pada penghujung tahun lalu.
Apa
pun, semoga apa yang terjadi di antara mereka dapat diselesaikan secara
baik. Tindakan Shikin berkongsi gambar yang memberikan pembayang bahawa
mereka sudah berpisah pastinya membuatkan ramai yang tertanya-tanya
status sebenar pasangan ini
No comments:
Post a Comment