Thursday, 11 February 2016

'Pergi Main Sana! Jangan Ganggu Papa!'

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang saya tidak kenal.
"Oh, maafkan saya," reaksi spontan saya. 
"Maafkan saya juga," katanya.
Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam. Namun ceritanya menjadi lain apabila sampai di rumah. 
Pada hari itu juga ketika saya sedang menelefon salah seorang rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba-tiba anak lelaki saya berdiri diam-diam di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing, hampir saya membuatkannya terjatuh.
"Pergi! Main di sana! Ganggu saja!" teriak saya dengan nada yang sangat marah. Lalu dia pergi dengan hati yang hancur dan merajuk. 
Ketika saya berbaring di tempat tidur pada malam itu, dengan halus malaikat berbisik, 
"Tuhan menyuruh aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan mengizinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. 
Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang kau tidak kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, kau perlakukan dengan kasar. Akanku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu,"
Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya seorang sahabat dunia mayaku yang datang. Selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tidak memberikan komen apa-apa di atas pemergianku dan ada juga yang hanya menulis 'Al-fatihah', ada yang 'RIP'. 
Kawan sekerja aku datang, sekejap melihat jenazahku lalu mereka mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yang asyik membicarakan aibku sambil tersenyum-senyum. Bos yang aku hormati hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit, kemudian pulang. Kawan-kawan rapatku tiada seorang pun dari mereka yang aku lihat.
Lalu aku melihat anak-anakku menangis di pangkuan ibunya. Yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun. Namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, tidak pernah aku melihat dia sebingung demikian.
Lalu aku teringat betapa seringkalinya aku acuh tidak acuh dengan panggilannya yang mengajakku berbual. Aku selalu sibuk dengan handphone, dengan kawan-kawan, teman-teman dunia maya. Lalu aku melihat anak-anak yang sering aku herdik dan bentak mereka di saat aku sedang asyik dengan handphone di saat mereka meminta perhatian dariku.
"Oh Tuhan, maafkanlah aku,"
Lalu aku melihat tujuh hari selepas kematianku. Teman-teman sudah melupakan diri aku. Sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untuk aku. Pihak pejabat juga telah menggantikan aku dengan kakitangan yang lain. Teman-teman dunia maya aku masih sibuk dengan perbualan di group tanpa ada yang berbicara tentang aku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.
Namun, isteriku masih pucat dan menangis. Air matanya selalu menitis di saat anak-anakku bertanya, "Mama, mana papa?" .
Dia begitu longlai dan pucat.

"Ke mana semangatmu wahai isteriku?" Oh Tuhan, maafkan aku,"
Hari ke 40 semenjak aku tiada, teman-teman Facebook aku lenyap secara drastik. Semuanya sudah memutuskan hubungan dengan aku seolah-olah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Majikan dan teman-teman sekerja tidak ada seorang pun yang mengunjungi kubur aku mahupun sekadar mengirimkan doa. Lalu ku lihat keluarga aku yang mana isteri aku sudah mampu tersenyum. Namun tatapannya masih kosong. Anak-anak kecilku masih bertanya bila papa mereka akan pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling ku sayang, masih selalu menunggu di jendela menanti kepulanganku.

Sudah 15 tahun berlalu, aku melihat isteri aku sudah menyiapkan makanan untuk anak-anak. Sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak-anak bahawa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.
Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semalam. Dia menulis,
"Seandainya aku masih mempunyai papa, pasti tiada lelaki yang berani berkelakuan tidak sopan dengan aku sambil aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri untuk kami. Oh Tuhan, mengapa kau mengambil papaku? Aku perlukan papaku. Ya Allah...," tulisnya di kertas yang masih basah kerana titisan air matanya.
Ya Allah, maafkanlah aku. Sampai bertahun-tahun anak-anak dan isteriku masih terus mendoakan aku agar sentiasa berbahagia di akhirat sana. 
Kemudian aku terbangun.
"Oh Tuhan, syukur aku hanya bermimpi sahaja,"
Perlahan-lahan aku pergi ke bilik tidur anakku dan berlutut di tempat tidurnya. Aku masih melihat air mata di sudut matanya. Kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka.
"Anakku, papa sangat menyesal kerana telah berlaku kasar padamu. Papa sayang sangat padamu. Maafkan aku sayang," kataku sambil memeluk anakku, mencium pipi dan keningnya.
Lalu ku melihat isteri aku yang sedang tidur. Isteriku dengan sapaannya sering ku tidak hiraukan ajakannya untuk berbicara. Seringkali aku berpura-pura tidak mendengarnya. Bahkan pesan-pesan darinya aku seringkali menganggap tidak bermakna. 
"Maafkan saya, maafkan saya,"
Air mata aku tidak dapat dibendung lagi, apakah kita menyedari bahawa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita? Teman-teman yang melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan-rakan kita yang masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja dilakukan. Teman-teman dunia maya juga tidak pernah membicarakan lagi tentang hal kita. Seolah-olah aku tidak pernah wujud di dalam group mereka.
Lalu aku merebahkan diri di samping isteriku. handphone aku masih terus bergetar. Berpuluh-puluh notifikasi masuk menggoda aku untuk membukanya. Tetapi tidak untuk kali ini, aku matikan handphone dan aku pejamkan mata. Bukan kalian yang akan membawa aku ke syurga. Bukan kalian yang akan menolong aku dari api neraka tetapi keluargaku. Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasa kehilangan selama sisa hidup mereka. - Dr Fadzillah Kamsah | PIXELMEDIA
Read More »

Sedekah RM50 & Dalam Sekelip Mata Lelaki Ini Dapat RM50K.. Nak Tahu Bagaimana? Ini Kisahnya..

ajaib
Sesungguhnya besar nikmat kepada sesiapa yang suka bersedekah ni. Lagi-lagi untuk orang yang tidak berkemampuan, yang tak senang macam kita. Kerana kita tak tau bahawa satu hari nanti Allah S.W.T akan membalas balik jasa baik kita dengan rezeki yang berlipat kali ganda lagi.
Ini kisah dari seorang insan yang bernama Mohd Sharifuddin apabila dia bertemu orang tidak siuman bernama Samad. Oleh kerana RM50, akhirnya Sharifuddin dengan sekelip mata dapat RM50, 000.. Wow! Macam mana boleh jadi macam tu? Magik ke apa? Ini kisahnya..

‘Bagaimana RM50 jadi RM50K sekelip mata?’

Screen Shot 2016-02-10 at 12.35.31 AM

Kisah orang gila bernama Samad..

Screen Shot 2016-02-10 at 12.35.49 AM

Jumpa Samad pada tahun 2011

Screen Shot 2016-02-10 at 12.36.16 AM
Screen Shot 2016-02-10 at 12.36.25 AM

Orang gila kalau doa takde hijab..

Screen Shot 2016-02-10 at 12.36.33 AM

Sehingga pada satu hari..

Screen Shot 2016-02-10 at 12.36.43 AM

‘Aku doa takde hijab!’- Samad

Screen Shot 2016-02-10 at 12.36.54 AM

Selepas itu..

Screen Shot 2016-02-10 at 12.37.04 AM

‘Allah nak uji..’

Screen Shot 2016-02-10 at 12.37.20 AM

Doa mak paling makbul..

Screen Shot 2016-02-10 at 12.37.38 AM

‘Sedekah penyuci harta..’

Screen Shot 2016-02-10 at 12.37.56 AM
Sumber: Facebook Mohd Sharifuddin
Read More »

Tuesday, 9 February 2016

Mohon Sebarkan! Jika Anda merasa bau mulut setiap hari walaupun anda sudah memberus gigi secara teratur, mungkin anda memiliki masalah yang jauh lebih besar dari apa yang anda fikirkan

Mohon Sebarkan! Jika Anda merasa bau mulut setiap hari walaupun anda sudah memberus gigi secara teratur, mungkin anda memiliki masalah yang jauh lebih besar.
Jika Anda merasa bau mulut setiap hari meskipun Anda menyikat gigi secara teratur, mungkin Anda memiliki masalah yang jauh lebih besar dari apa yang Anda dipikirkan.

Dilansir Healthy Food Team, anda mungkin memiliki batu amandel sama seperti yang diderita seperempat populasi orang di seluruh dunia.

Seorang spesialis menjelaskan, batu amandel adalah alasan dari bau mulut, karena mikroba yang terakumulasi pada batu tonsil, melepaskan gas berupa belerang dan bau yang tidak enak.

Salah satu solusi untuk menyingkirkan batu amandel adalah dengan cara abrasi laser. Tapi, cara ini tidak murah untuk diterapkan.

Meghan Swann memiliki metode sederhana yang bisa dilakukan di rumah untuk menghilangkan batu amandelnya. Berikut caranya.
Pada awalnya, Meghan Swann berpikir, dengan mendorong amandelnya ia dapat menghilangkan batu amandel.

Tapi, setelah ia mengobrol dengan ibunya yang memiliki masalah serupa, ia menemukan solusinya, yaitu menyekanya dengan kapas.

Selain cara tersebut, Anda juga dapat berkumur dengan obat kumur non-alkohol atau menggunakan waterpik.

Dengan begitu, Anda dapat mengeluarkan batu amandel sesuai yang direkomendasikan oleh Dr. Lee Zimmer.
Sumber: berita-harian
Read More »

Percutian Taman Tema Air Harga Bajet Sekeluarga Boleh Pergi

Percutian Taman Tema Air Harga Bajet Sekeluarga Boleh Pergi
Lokasi pilihan untuk bawa anak-anak bercuti selain pantai tentunya taman tema air.  Masalahnya untuk bawa sekeluarga ke tempat begini memang memerlukan banyak RM apatah lagi kalau anak ramai.
Tapi tak perlu menghampakan hasrat anak ke sini kerana ada banyak taman tema air di Malaysia ini yang caj masuk murah. 6 taman tema air yang disenaraikan ini mungkin sesuai dengan bajet anda yang mahu membawa ahli keluarga yang ramai. Harga tiket masuk antara RM 15 hingga RM 48 sahaja. Ketepikan Sunway Lagoon dan Legoland, lokasi ini memang tak masuk senarai tapi percayalah tahap keseronokan anak bila berada di sini sama saja.

1. Wet World Water Park
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/1wetworld.jpg
Wet World Water Park Shah Alam juga dikenali sebagai taman tema air pertama mesra alam di Malaysia. Permainan tarikan utama di sini ialah Monsoon Buster Adventure iaitu gelongsor air sepanjang 205 meter, selain Super Hurricane iaitu gelung gelongsor air gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Harga Tiket Masuk
RM25 Dewasa
RM20 Kanak-kanak

2. Taman Tema Air Gold Coast Morib Resort
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/2goldcoastmoribw.jpg
Berhampiran dengan pantai Morib, selain bermain di taman air, pengunjung juga boleh menikmati panorama senja atau matahari naik jika menginap di resort yang disediakan di sini.
Harga Tiket Masuk
RM25 Dewasa
RM15 Kanak-kanak

3.    Taman Tema Air Bukit Gambang Resort
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/bukit%20gambangnew.jpg
Taman tema air terbesar di Pantai Timur ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Di sini terdapat Coco Beach, pantai buatan manusia seluas 1 km selain segmen kanak-kanak Pulau Penguin dan lima jenis gelongsor air untuk dicuba.
Harga Tiket Masuk
RM32 Dewasa
RM22  Kanak-kanak

4.    Desa WaterPark
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/4desawaterthunderbolt_05b.jpg
Taman tema ini letaknya di Kuala Lumpur. Jadi alang-alang mengunjungi ibu kota boleh singgah ke sini. Menarik di taman ini adalah gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt.
Harga Tiket Masuk
RM37 Dewasa
RM26.50 Kanak-kanak

5. Bukit Merah Lake Town Resort Waterpark
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/5bukit%20merah%20laketown.jpg
Lokasinya di Taiping, Perak. Selain taman tema air untuk mandi manda dan bersantai anda juga boleh melihat orang hutan dan berseronok di ecopark yang ada di resort ini.
Harga Tiket Masuk
RM38 Dewasa
RM22 Kanak-kanak

6. Water World A’ Famosa Resort
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/6afamosanew.jpg
Terletak di Melaka, ia merupakan taman tema air terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai permainan air termasuk gelongsor kelajuan tinggi, gelongsor dalam tiub, rakit keluarga dan kolam kanak-kanak.
Harga Tiket Masuk
RM48 Dewasa
RM36 Kanak-kanak
Ok, dah tahu taman tema air yang ikut bajet anda bolehlah mula rancang percutian anda sekarang. Happy holiday!
Read More »

TERBUKTI !! GIGI PUTIH CEMERLANG HANYA DALAM WAKTU 1 MINIT. MOHON DI SHARE !!

Campurkan satu sendok makan baking soda dengan air perasan
lemon. Aduk rata sampai membentuk seperti pasta dan tidak terlampau encer. Setelah itu, oleskan pasta ini pada gigi Anda menggunakan sikat gigi. Diamkan selama satu menit. Lalu gosok/bersihkan gigi dengan benar, dan perhatikan perbedaan warna dari gigi Anda. Itulah cara yang bisa dilakukan untuk membuat gigi tampak lebih putih kurun waktu singkat. Cobalah langkah tersebut dengan teratur untuk hasil yang optimal. Selamat mencoba!


via :
href="http://www.pusatberitaterupdate.com/2016/01/terbukti-gigi-putih-cemerlang-hanya.html">pusatberitaterupdate.com
Read More »

Mohon Sebarkan Berhenti makan Ikan Talapia sebelum nyawa anda melayangsila hatihati apabila membeli Ikan Talapia

Mohon Sebarkan! Berhenti makan Ikan Talapia sebelum nyawa anda melayang…sila hati-hati apabila membeli Ikan Talapia.
Baca pendedahan penuh di bawah :-
Tilapia is everyone’s favorite. It’s cheap, doesn’t have that fishy taste, its boneless, skinless, and you can easily cook it. But could there be a dark side to tilapia?
Apparently, Yes! Tilapia has been found to be even more disastrous for your health than some of the more notorious meats like beef and pork.
The tilapia were consuming is pretty much totally a cultivated fish, which means you cant discover wild tilapia in any supermarket or on any restaurant menu.
Wild tilapia eat a delicious diet of algae and various plants, but most of the tilapia in the store doesnt come from the wild they come from factory farms, where tilapia are fed an unnatural, unhealthy diet of GMO corn and soy pellets.
BERHENTI%2BMAKAN%2BIKAN%2BTELAPIA%2BSEBE
Why can’t you eat farmed-raised Tilapia?
Farm-raised tilapia has been shown to cause aggravation in the body like asthma, joint inflammation, coronary disease, and a host of other problems.
Additionally, farmed fish contain ten times the normal amount of carcinogenic, or cancer causing agents as fish found in the wild. Its no different for tilapia.
These kind of fish also have a higher amounts of pesticides in them, as pesticides are used to treat the fish for infections while being farmed and often remains contained in their bodies after harvesting.
Another concern, is the high level of Dioxin in farmed fish. Dioxin is a lethal substance that, once in your system, can take up to a decade to leave your body. Dioxin levels are 11 times higher in farmed fish than in wild fish.
Furthermore, farm-raised tilapia packs less solid supplements than the wild ones. They contain less protein and frequently contain more omega 6 unsaturated fats than Omega 3. Thus, if omega 3 to omega 6 proportions are unbalanced, it gives adverse effects to our bodies.
Did you know that chicken poop is one of the primary ingredients in ranch fish feed. Do you really want to eat chicken poop on your fish? Because if you buy it from the store, you basically are.
Sumber: berita-harian
Stop-Eating-Tilapia-ASAP-Read-About-the-
Sumber: plbgaimacam
Read More »

6 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Dalam Penjagaan AURAT..!

Salah Silap Wanita Bertudung Tentang Aurat.png
6 Perkara Wanita Bertudung Selalu Abaikan Dalam Penjagaan AURAT..!
Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.
Ramai wanita muslim hari ini tidak mengambil berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di antara mereka lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Ada juga yang merasa cukup dengan memakai tudung sahaja, akan tetapi perkara lain tidak diambil kira. Sekarang ini ramai yang dilihat dah mula bertudung, tapi banyak juga kesalahan dalam memakai tudung kerana ramai yang ingin berfesyen bukan kerana tuntutan arahan Allah SWT. Fesyen dibenarkan di dalam Islam selama mana tidak melampau-lampau atau berlebihan serta hendaklah menepati semua syarat yang ditetapkan di dalam etika berpakaian. Jika cukup syaratnya maka tidak ada masalah untuk berfesyen.
Namun, perlulah diperjelaskan beberapa kesilapan wanita tentang aurat supaya kita dapat mencari kesilapan tersebut dan dapat diperbaikinya segera.
Terdapat beberapa kesilapan wanita bertudung selalu abaikan tentang penjagaan aurat. Antaranya ialah;
1- Bertudung, Tapi Ada Rambut Terjuih Keluar
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari lebih-lebih lagi bila anda upload gambar di facebook.
2- Bertudung, Tapi Singkat, Nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang dan terbelit-belit di leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. Kerana terikutkan fesyen yang mahu kelihatan bergaya, aurat ditolak tepi.
Hakikat trend tudung, gadis-gadis di luar sana, ada beberapa hakikat yang anda perlu terima. Kajian menunjukkan lelaki lebih suka anda pakai tudung biasa. Jangan tertipu dengan model tudung. Dia pakai nampak cantik sebab muka dia memang cantik. Pakai tudung dia takkan membuatkan muka anda jadi cantik secara magic. Pemakaian hijab, mesti menutup dada!
3- Bertudung Tapi Menampakkan Bentuk Badan (Berpakaian Ketat)
Gaya ini paling ramai gadis-gadis bertudung suka pakai. Bertudung tapi bertelanjang. Tidak ada bezanya dengan perempuan FreeHair. Hanya bertudung tapi menampakkan seluruh susuk tubuhnya dengan mengenakan pakaian ketat, bajunya sendat, sempit dan nipis.
Badan saiz XL tetapi pakai baju saiz S. Banyak sangat sekarang ini, atas dah elok, tapi pakai baju sendat dan berseluar ketat menampak bentuk peha serta betisnya. Apa gunanya BERTUDUNG?
Ini masalahnya apabila diri kurang mendengar kuliah @ ceramah agama tentang pedihnya azab di akhirat nanti buat mereka yang mengabaikan aurat. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
4- Bertudung Tapi Menampakkan Lengan
Mutaakhir,dilihat banyak gambar atau secara nyata, wanita Islam (Muslimah) menggayakan pelbagai cara untuk menutup aurat. Namun, dalam kesibukan tersebut, selain dari hal mempamerkan bentuk tubuh, satu lagi aurat yang dipandang remeh adalah LENGAN. Mereka mengenakan tudung, tapi memakai T-Shirt lengan pendek, bahkan ada juga yang mengenakan sarung lengan yang ketat disamping pemakaian T-Shirt lengan pendek tersebut dengan anggapan mereka, mereka telah menutup aurat mereka sebaiknya. Hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’.
 5- Bertudung Tapi Nampak Kaki
Kaki adalah aurat. Perempuan tidak wajib pakai stokin kaki, tetapi wajib tutup kaki. Terpulang nak pakai kasut Phua Chu Kang ke.. janji tutup aurat (kaki).
Dengan mudah fahamnya, seperti mana aurat di dalam Solat, seperti itulah Aurat di luar solat. Maka, kaki, lengan, rambut, tubuh adalah AURAT.
6- Bertudung Dengan Style Bonggol
Fesyen Tudung sanggul bonggol unta ada yang mengatakan ianya HARAM dipakai. Dalam hadis yang mengatakan :
Daripada Abu Hurairah r.a : Bersabda Rasulullah s.a.w: “Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah: Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.
(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat).
Jadi ini menunjukkan bahawa pada asalnya mereka memakai dan menutup, tetapi kaedah cara memakai itu tidak kena. Sanggulnya sepatutnya boleh diikat kecil tetapi dia sengaja membuat sanggulnya tinggi seperti thailand punya pagoda. Ini tidak dibolehkan.
Apatah lagi pada hari ini mereka menjual sanggul yang sudah siap (sanggul tiruan). Kita memahami bahawasanya sekiranya rambut seseorang itu panjang maka ia perlu diikat, tetapi bukanlah mengikat secara melampau sehingga naik menonjol. Bonggol unta maksudnya ia menonjol naik. Apatah lagi bagi yang tiada rambut sangat tetapi dia sengaja pergi tambah, itu lebih kacau!
Tambahan. ada juga yang bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Mampu menaikkan syahwat para lelaki bukan mahram adalah HARAM!
Menjaga batasan aurat ini akan menjadi mudah sekiranya tahu batasan hukum yang perlu dipatuhi dan mengikut segala syariat ALLAH SWT. Sekiranya diikuti, pelbagai ganjaran dan pahala akan diperoleh. Namun jika batasan itu dilanggar, maka seolah-olah menempah kemurkaan ALLAH SWT. Jadi berhati-hatilah, perbetulkan perkara ini.
HAWA… Apakah hadiah terbaik buat seseorang ayah atau suami..? “Tutuplah Auratmu Dengan Sempurna”..
Read More »