Saya dah kahwin 4 tahun dan kami dikurniakan seorang lelaki yang
kini berusia 4 tahun. Sekarang, saya berumur 29 tahun dan sedang
mengandung 7 bulan anak kedua.
Sepanjang perkahwinan kami, suami berkelakuan seperti biasa sahaja.
Tetapi memang selama ini saya perasan dia selalu turun ke Kuala Lumpur.
Kalau di rumah, dia selalu menghadap telefon. Tetapi saya tidak
mengesyaki apa-apa, tambahan pula saya jenis yang malas nak mengambil
tahu hal dia.
Tetapi pagi semalam saya telah dikejutkan dengan panggilan dari
seorang perempuan berumur 21 tahun. Dia mengakui bahawa dia sudah
terlanjur dengan suami saya berkali-kali sehingga mengandung. Tetapi dia
sudah menggugurkan kandungan itu sebab tidak mahu orang tahu.
Pada mulanya saya tidak percaya, tetapi dia kirimkan screenshot perbualan dia dengan suami saya.
Alangkah terkejutnya saya membaca perbualan mereka. Suami yang selama
ini saya sangkakan baik, rupanya mengkhianati saya di belakang
senyap-senyap.
Saya mengambil keputusan untuk bercerai dengan suami. Saya juga telah
berbincang dengan keluarga, mujur mereka menyokong keputusan saya
dengan keadaan yang sedang mengandung zuriat kedua ini. – PIXEL MEDIA
Saya upload screenshot perbualan mereka, tak perlu buang nombor, biarkan terpapar.
Read More »