Friday, 18 March 2016
Wanita Pelik Ini Tampal Gigi Guna Superglu Selama 10 Tahun Lihat Apa Yang Terjadi Kepadanya Sungguh Mengerikan!!
Wanita Pelik Ini Tampal Gigi Guna Superglu Selama 10 Tahun Lihat Apa Yang Terjadi Kepadanya Sungguh Mengerikan!!
Bagi sebahagian orang, lebih baik menahan kesakitan daripada berurusan dengan doktor gigi. Perkara itu pula yang dialami oleh Angie Barlow, 48, wanita berasal dari Altrincham, United Kingdom itu sangat takut pergi berjumpa ke doktor gigi .
Alih-alih mendapat rawatan perubatan, Angie justru melakukan tindakan ekstrem dengan nenampalkan superglu agar giginya yang rosak boleh melekat kembali. "Saya menampal sedikit superglu ke bahagian atas gigi, lalu menempatkannya kembali ke gusi, sehingga gigi saya tidak kelihatan bertaring," kata Angie.
Yang mengejutkan, Angie sudah menampal giginya menggunakan superglu selama 10 tahun. Semula memang tak ada masalah, tetapi selepas satu dekad, semua gigi Angie mereput.
Cecair kimia dari superglu yang kuat itu malah membuat giginya semakin rapuh. Bahkan, struktur tulang pada rahangnya menjadi kendur. Tidak tahan dengan kesakitan yang menyiksa, Angie akhirnya nekad pergi ke doktor gigi. Nahas, doktor terbaik di United Kingdom pun tidak boleh menyelamatkan gigi Angie.
Akhirnya,
doktor memutuskan mencabut semua gigi Angie yang masih tertinggal dan
menggantikannya dengan memasang rangka titanium guna menampal gigi
palsu. "Saya sangat takut pergi ke doktor gigi kerana ibu saya meninggal
di usia 34 tahun akibat kanser tekak.
Gejalanya ditemui ketika giginya terlepas tiba-tiba. Saya tidak mahu itu berlaku pada saya," ujar Angie. Nasib Angie masih berterusan. Kos pembedahan giginya sangat mahal sehingga membuat tabungan miliknya kering.
Dr Serpil Djemal, pemilik klinik gigi di Kings College Hospital menjelaskan jika keadaan gigi Angie sudah kronik. "Ini adalah kes yang paling teruk yang pernah saya lihat dan tangani. Anda tidak boleh begitu saja gam gigi kembali ke dalam mulut," katanya.
Gejalanya ditemui ketika giginya terlepas tiba-tiba. Saya tidak mahu itu berlaku pada saya," ujar Angie. Nasib Angie masih berterusan. Kos pembedahan giginya sangat mahal sehingga membuat tabungan miliknya kering.
Dr Serpil Djemal, pemilik klinik gigi di Kings College Hospital menjelaskan jika keadaan gigi Angie sudah kronik. "Ini adalah kes yang paling teruk yang pernah saya lihat dan tangani. Anda tidak boleh begitu saja gam gigi kembali ke dalam mulut," katanya.
GEMPAR!!! Pemburu Tangkap Haiwan Pelik Di Hutan Hujan Amazon!! APA BENDA NI??!!
Pemburu berkenaan menyangka binatang yang ditembaknya adalah seekor
monyet namun sangkaannya meleset apabila mendapati ianya seperti raksasa
yang tidak pernah ditemui dalam hutan itu.
Pihak kerajaan sedang buat siasatan mengenai kes ini dan akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat.
Admin: Subhanallah... Allah maha besar.. dalam hutan yang besar kita tidak tahu ada macam-macam hidupan yang tinggal. Ini benar-benar satu keajaiban yang tidak pernah dilihat manusia. Allahuakbar!
Read More »
GEMPAR!!! Pemburu Tangkap Haiwan Pelik Di Hutan Hujan Amazon!! APA BENDA NI??!!
Pemburu haram telah menembak sejenis haiwan paling pelik yang kelihatan seperti manusia di hutan hujan Amazon beberapa hari yang lepas, lapor The News Online.
Pemburu haram telah menembak sejenis haiwan paling pelik yang kelihatan seperti manusia di hutan hujan Amazon beberapa hari yang lepas, lapor The News Online.
Pihak kerajaan sedang buat siasatan mengenai kes ini dan akan memberikan maklumat lanjut dalam masa terdekat.
Admin: Subhanallah... Allah maha besar.. dalam hutan yang besar kita tidak tahu ada macam-macam hidupan yang tinggal. Ini benar-benar satu keajaiban yang tidak pernah dilihat manusia. Allahuakbar!
Thursday, 17 March 2016
Jangan Hantar Anak Ke Sekolah Kalau Tak Boleh Terima 13 Perkara Ini
Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Tanamkan dalam hati bahawa;
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia
mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara
yang kita tak jangka.
2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak
beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam.
Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa
yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak
kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu.
Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak
silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak
sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan
tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama
dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh
harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu
matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2
itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit
tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru
dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar
bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah
sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di
dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat
dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik
memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang
anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus
malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak
mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal
jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan
amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap
dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A
kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya.
Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk
menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang
sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi
daripada guru2 anak-anak kita.
Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Tepuk dada, tanya hati.
- Cikgu Tengku Faris
Subscribe to:
Posts (Atom)

















