Thursday, 12 May 2016

'Pandai² Awaklah Nak Sara Hidup Isteri Kedua'

Suami saya kahwin lain, tetapi gajinya sikit dalam RM1,800. Okaylah, itu rezekinya. 
Selama saya berkahwin dengan dia, saya bekerja dan serba serbi menanggung keluarga. Anyway, pendapatan saya tiga kali ganda dari gaji suami.
Kenapa tak marah suami kahwin lain? Sebab saya sudah malas nak bergaduh dengan dia. Saya biarkan saja dia berkahwin lagi sebab mereka pun sudah terlanjur sampai madu saya itu mengandung. Madu saya itu tak berkerja. 
Okay, selepas itu saya tak ambil tahu lagi tentang mereka. Bila suami balik ke rumah, saya layan saja seperti biasa. 
Tak lama kemudian, madu mesej saya cakap suami tak berikan dia nafkah duit, susu anak dan dia menumpang di rumah kakaknya. Dia juga menuduh saya yang menghabiskan duit suami. Infact, saya yang banyak bagi pinjam duit pada suami, pada anak-anak pula. 
Saya ada rumah, kereta sendiri dan anak-anak dimewahkan oleh saya, bawa melancong ke luar negara dan bagai. Jadi saya balas,
"Suami pun tak beri nafkah pada saya, saya redha sebab suami tak banyak duit pun. Kenapa perlu tuduh saya bukan-bukan?
"Dulu awak patut fikir, kalau nak 'ambil' suami orang, tengoklah kemampuannya. Sekarang nak makan hati pula," kata saya pada madu saya itu.
Nasihat saya kepada adik-adik yang bercinta dengan suami orang, tengoklah kemampuan dia dahulu. 
Suami saya sekarang tengah pening kepala, tetapi saya langsung tidak mahu membantunya. - KRT | PIXEL MEDIA
Read More »

Wednesday, 11 May 2016

Nana Mahazan Dikritik Pakai Baju Ketat Sangat!

PENGACARA karpet merah Anugerah Bintang Popular ke-29, Nana Mahazan dikritik segelintir netizen gara-gara perkongsian gambar penampilannya pada majlis tersebut yang berlangsung semalam.

Bergaya cantik dengan gaun unik berwarna hijau terang, Nana, ibu kepada dua cahaya mata itu ‘ditarbiah’ peminat yang mengatakan gaunnya itu kelihatan sangat ketat sehingga terlalu menonjolkan susuk tubuhnya.

Antara komen yang ditulis berbunyi, “Kamu menempah diri ke jalan neraka dengan pakaian yang anda peragakan.”
ig
“Astaqfirullahalazim..moga-moga Allah bagi petunjuk ke jalan yang diredhai Allah. Amin,” tulis azizahzah86.

Memang tak dinafikan pemilihan warna dan rekaan baju ini cukup cantik dan unik namun ia mungkin sedikit ketat buat pandangan mata sesetengah orang.

Apa pula komen anda?
Read More »

Suami Asyik Dengan Handphone, Abaikan Keluarga – Isteri Menangis Minta Nasihat Ustaz & Ini Jawapannya

Menjadi seorang suami merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar bertindak sebagai pemimpin keluarga. Suami juga bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan isteri dan anak-anak.
Di seminar keluarga sunnah, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerima paling banyak soalan daripada wanita dan ramai yang menangis bertanyakan soal bagaimana mahu menarik perhatian suami supaya tidak leka dan sibuk dengan handphone sahaja sehingga mengabaikan keluarga.

Suami asyik dengan phone, sampai rumah terus pegang phone & kemudian keluar

Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.
Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget.

Isteri dah macam orang gaji

Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai, disayangi dan diberi perhatian..
Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.

Buat suami, belilah buku hadis dan baca bersama isteri

Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.

Beli dulang makan bersama-sama, suap isteri & anak-anak

Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.

Beli bag, simpan handphone & manggakan. Beli kain kapan balut TV waktu maghrib.

Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahmati keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.
Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu..
Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.
Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.

Belai isteri dan ucap terima kasih atas pengorbanan

Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..
Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu- ebit lew & Airis HayFarayqal di Matrade Keluarga Sunnah.
sumber: Ebit Lew
Read More »

Terperangkap Sejam, Ibu Terlupa Anak Dalam Kereta

Ibu Terlupa Anak Dalam kereta, Terperangkap Sejam
Keterujaan seorang wanita bertemu ahli keluarga hampir membawa padah apabila terlupa anaknya berusia dua tahun ditinggalkan dalam kereta dan terperangkap hampir sejam dalam kejadian di Taman Iskandar Perdana, kelmarin.

Memetik laporan Sinar harian, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita berusia 30an itu, hanya menyedari ketiadaan anak perempuannya selepas sejam keluar dari kenderaan itu.

Difahamkan, wanita itu datang ke taman berkenaan untuk menziarahi ahli keluarganya yang tinggal di situ.

Kunci ditinggalkan dalam kereta menyebabkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu terkunci secara automatik.

Keadaan kanak-kanak itu yang menangis dan berpeluh menyebabkan khidmat anggota bomba dipanggil untuk membantu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Effendi Ahmad, pihaknya menerima panggilan mengatakan ada kanak-kanak terperangkap dalam kenderaan.

“Melihat keadaan kanak-kanak itu sudah menangis dan berpeluh-peluh, selain sedikit lemah, anggota kami meminta keizinan wanita itu untuk memecahkan cermin belakang bahagian penumpang.

“Kanak-kanak berkenaan berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada ibunya untuk ditenangkan,” katanya.

Seramai lima anggota diketuai Pegawai Bomba Ahmad Roszairil ditugaskan dalam kejadian itu.

Zaiful Effendi berkata, berdasarkan keterangan, ketika kejadian kanak-kanak itu mungkin sedang tidur di tempat duduk belakang menyebabkan wanita itu terlupa anaknya berada dalam kenderaan itu.

Sumberhttp://www.sinarharian.com.my
Read More »

Wanita Cerita Detik Cemas Nyaris Dirogol Dalam Tandas Stesen Minyak

Wanita Cerita Detik Cemas Nyaris Dirogol Dalam Tandas Stesen Minyak
Kisah adik kepada wanita dikenali sebagai Dhiya Srikandi Qalbu yang hampir menjadi mangsa rogol di sebuah tandas stesen minyak ini telah viral di laman sosial Facebook sejak semalam.

Kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak Rawang ini dikongsi menurutnya untuk peringatan kepada kaum wanita supaya lebih berhati-hati.

Status itu turut disertakan dengan gambar screenshot seorang wanita yang terjatuh dan seperti cuba melarikan diri.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/10/rogol1.jpg

Turut dikongsi adalah laporan polis yang telah dibuat tentang kejadian berkenaan yang menceritakan detik-detik cemas hampir dirogol yang dilalui oleh wanita itu.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/10/ro.jpg
Selain itu adik wanita berkenaan turut memberi respon kepada netizen yang ingin mengetahui keadaan dirinya.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mei/10/ro2%20copy.jpg
Semoga kisah yang berlaku ini menjadi peringatan kepada kaum wanita lain agar berhati-hati  termasuklah semasa menggunakan tandas awam.
Sumber Facebook Dhiya Srikandi Qalbu
Read More »

'Maaf Encik, Dia Anak Autism...'

Petang tadi, saya berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kampung Baru. Ketika sedang duduk menunggu segelas Hot Chocolate yang dipesan, mata saya menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan. 
Tetapi saya dapat merasakan 'sesuatu'. Dia langsung tidak membuka mulut, mukanya juga serius dan seperti dalam dunianya sendiri. 
Dalam hati saya berkata, "mungkin dia sedang stress,".
Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan Hot Chocolate ke meja saya. Ini bahagian yang paling 'sempoi'. 
Dia hanya berdiri tegak di tepi saya. Saya pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari dulang yang dipegangnya. 
"Annoying seh!"
"Maafkan saya encik, dia anak autism," kata Cik Aishah, rupa-rupanya dari jauh, eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya.
Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru saya tahu siapa sebenarnya remaja itu. 
Dan Lo, sebenarnya sudah berusia 22 tahun tetapi seringkali gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKU nya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar 'home tuition'. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan. Tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberikan peluang kepadanya.
"Dia tidak pernah ponteng selama bekerja di sini. Ada pelanggan yang tidak tahu, pernah memarahinya, tetapi Dan tidak pernah mengambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tidak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. 
"Katanya, dia tidak pernah mendapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari dan tidak mahu membebankan keluarganya," cerita Aishah. 
Saya kagum dengan Dan dan juga kagum dengan kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita agar tidak menyisihkan insan-insan istimewa sepertinya. 
Saya terkenang bait-bait lirik lagi, Namun Ku Punya Hati. 
"Maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua..." 

Oleh Syahril A. Kadir | PIXEL MEDIA
Read More »

Jangan Tonton Filem Munafik Di Rumah!

Filem Munafik, ramai yang kata seram 'habis'. Sejauh mana seramnya, itu soal kedua. Semalam seorang individu memberikan 'amaran' kepada orang ramai agar tidak menonton filem Munafik di rumah.
"Sedikit nasihat dari saya, jangan tonton cerita Munafik di rumah kerana ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar. Sedikit pun tiada cacat celanya. Apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda," kata Norizam Ahmad.
'Amaran' yang diberikan Norizam Ahmad itu mendapat banyak perkongsian di laman Facebook. 
Ekoran itu, segelintir netizen tampil berkongsikan pengalaman mereka menonton filem seram itu. 
"Betul ke? Sebab semasa saya tonton cerita itu, anak saya dah tidur. Saya tengok malam berdua dengan suami. Selepas itu, anak saya terus kena gangguan," kata Nora Shika. 
"Dalam cerita-cerita macam ini, memang diorang akan guna ayat yang betul. Silap-silap, benda itu tumpang tengok sekali. Sebab dulu ada cerita pocong, dia panggil orang duk dalam rumah nak panggil entiti. Dia seru guna ayat bacaan itu, memang saya mutekan TV. Adik saya yang kecil itu pun tahu tutup telinga sebab takut, tak nak dengar. Memang bacaan itu betul," kata Anis Asilah Rahim. 
"Patutlah selepas tengok cerita ini di rumah, anak aku asyik gelak seorang-seorang saja bila tengok atas. Tiba-tiba termenung kejap, dia gelak macam oada orang bergurau dengan dia. 2 3 hari juga dia berperangai pelik camtu," kata Aien Amrizq. 
Bagaimanapun, ada netizen yang mendakwa, ayat bacaan itu bukanlah seperti yang didakwa. - PIXEL MEDIA
Read More »