Thursday, 24 December 2015

4 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi

 Nampak remeh tapi mengabaikan sarapan pagi memberi impak besar kepada diri kita sebenarnya. Sering kita dengar kenapa tidak ambil sarapan pagi kerana tiada selera dan yang paling ketara sekali apabila untuk jaga berat badan. Betul ke?
4 Sebab Yang Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi 1
Untuk pengetahuan anda, sarapan itu amatlah penting untuk tubuh badan kita, ia berperanan membekalkan tenaga kepada tubuh badan bagi melakukan aktiviti harian yang sibuk. Nak tahu 4 perkara kenapa sarapan pagi sangat penting kepada tubuh?

4 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi

1. Sarapan dapat mengurangkan badan

4 Sebab Yang Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi 2
Sudah menjadi mitos tak ambil sarapan kerana menjaga diet dan menjaga berat badam. Tetapi tahukah anda sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.
Tetapi bergantung juga pada jenis pemakanan yang anda ambil. pastikan mengambil pemakanan yang elok dan sihat.

2. Boleh meningkatkan daya tumpuan

4 Sebab Yang Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi 3
Sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen (tenaga simpanan) di gunakan pada hari sebelumnya apabila anda bagun pagi. Jadi, badan kita amat memerlukan makanan(sumber tenaga tubuh) untuk fungsi otak dan daya tumpuan.
Tanpa tenaga, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang di lakukan. Dengan perut kosong dan tidak selesa adakah anda akan memberi tumpuan pada kerja?

3. Merendahkan risiko penyakit jantung

4 Sebab Yang Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi 4
Beberapa kajian ke atas makanan yang mengandungi sumber bijian penuh di dapati membantu merendahkan risiko penyakit jantung. Di katakan ia berkemungkinan dari kebaikan bijian penuh yang tinggi kandungan serat makanan.
Sumber karbohidrat seperti roti juga bagus di samping buah-buahan seperti pisang abgsu di adun bersama untuk sarapan yang sihat.

4. Membekalkan tenaga seharian

4 Sebab Yang Akan Membuatkan Anda Menyesal Kerana Abaikan Sarapan Pagi 5
Selain dapat meningkatkan prestasi minda, ia juga boleh membekalkan tenaga kepada diri kita dan meningkatkan metabolisma dengan gabungan pengambilan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang bersesuaian dengan keperluan tubuh.
Jadi jangan lupa ambil sarapan, sekurang-kurangnya 3 keping roti putih dan segelas minuman panas agak baik untuk membekalkan tenaga sehingga tiba waktu lunch hour.

No comments:

Post a Comment