Tuesday, 22 December 2015

Jual Barang Melalui Facebook Tanpa Daftar Akan Di Haramkan

Rata2 ramai aku tengok yang melenting apabila peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram selepas ini akan diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerana jika tidak berdaftar maka ia akan diharamkan oleh undang2, bukan haram pada agama. Langkah itu dicadang untuk diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.  


Peniaga dalam talian atau online termasuk di laman sosial Facebook dan Instagram diwajibkan mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), persidangan Dewan Negara diberi­tahu semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, langkah itu diperkenalkan bagi memelihara dan melindungi hak pengguna daripada dieksploitasi dan ditipu oleh peniaga.

Sumber Kosmo!

Memang biasanya cadangan untuk daftar, dapatkan lesen dan cukai ini antaranya untuk dapatkan duit dan hasil kutipan untuk pendapatan negara. Namun tak dinafikan juga dengan peniaga online ini mendaftar syarikat mereka dengan SSM maka sekurang2nya hak pengguna sedikit sebanyak akan terpelihara daripada ditipu dan discam.

Ini kerana bila orang ditipu melalui urusniaga jual beli di Internet, bila buat laporan pun biasanya kita akan kena balik dengan jawapan2 seperti "Transaksi bank yang awak buat tu sah, yang kamu percaya tu kenapa?", "Kenapa awak senang sangat percaya kat orang yang awak tak kenal?" dan sebagainya. Biasanya penipuan online ni bukan sahaja di Facebook, Instagram, Whatsapp malah di Mudah.my pun selalu berlaku.




Konsep dia sama je dengan kita buat urusan jual beli dengan peniaga kat kedai yang syarikatnya tidak berdaftar dan takde lesen. Kita pergi satu gerai bangla jual jam tepi kaki lima yang dah tentu takde lesen, pastu kita beli 1 jam berharga RM20. Esok pagi jam dah rosak, pergi balik kat situ gerai bangla tu dah takde. Kalau kau buat report pun kau akan kena balik, "Siapa suruh kau beli barang kat bangla tu? Lesen apa pun takde macam mana kami nak check?".

Sebagai peniaga online di Internet, mungkin akan rasa ralat, susah dan benci dengan cadangan untuk daftar perniagaan dengan SSM, tapi bagi para pembeli dan pelanggan macam kami, kami pasti lebih selesa dan rasa lebih selamat untuk berurusan dengan peniaga online yang sudah ada lesen SSM. Malah kalau dapat paparkan lesen tu dalam Facebook pun lagi bagus macam kedai2 kat luar yang diwajibkan menggantung lesen di premis.



Sebab tu bagi aku, peniaga online yang betul2 serius berniaga macam orang berniaga kat luar pun harus dapatkan lesen perniagaan, macam jual tudung, pakaian bayi, barangan dapur, permainan kanak2 dan sebagainya. Kerana jika mereka tak perlu daftar dengan SSM, maka ia agak tidak adil bagi orang berniaga di luar yang kena daftar dengan SSM, dapatkan lesen, bayar sewa tapak gerai dan kedai, bayar cukai dan sebagainya.

Tapi kalau orang persendirian yang nak berniaga secara part-time dan kecil2an atau sekadar nak jual barangan terpakai dia kepada orang lain seperti yang biasa dilihat di Mudah.my, maka bagi aku tak perlulah daftar SSM. Cuma pelanggan kena pandai dan kalau boleh jangan buat transaksi bank dan minta barang dipos, seelok2nya buat temujanji, jumpa dengan penjual, lihat barang dan kalau puas hati baru buat bayaran (Cash On Delivery - COD) untuk mengelakkan penipuan.  



Sebab kini siapa2 boleh tipu kat Internet. Hari ni aku setup satu page FB menjual tudung dan baju kurung peplum (barang2 yang biasa dapat menarik kaum wanita) dan bagi nama Lazidi Online Store. Tambah follower guna auto-script lepas tu bagi testimoni dan komen yang baik2 melalui akaun palsu. Lepas 1 2 minggu dah banyak orang buat order barang dan buat pembayaran, aku tutup page tu dan buat page baru jual benda sama gak dengan nama Zalori Online Store, dan kitaran yang sama berulang.

Suatu ketika dulu, perniagaan itu sangat mudah semudah sistem barter. Aku ada ayam, kau ada beras, kita tukar suka sama suka. Tiada penipuan, transaksi berlaku atas dasar kepercayaan. Tapi bila manusia sudah kenal erti tamak, nafsu mula menguasai diri, maka manusia mula menipu untuk kepentingan diri sendiri. Dan kini sedangkan depan2 pun orang berani menipu, apatah lagi di sebalik monitor komputer dengan orang yang tidak dikenali. So walaupun cadangan2 macam ni nampak tak best, tapi untuk kebaikan bersama kadang2 kita perlu juga buat.

No comments:

Post a Comment