Sunday 27 December 2015

PERSENDAKAN INSIDEN MH370 MENERUSI BABAK DILWALE - JANNA NICK DIKRITIK

Niat Janna Nick yang ingin bergurau telah mendapat kritikan hebat di twitter apabila jenakannya mengenai nahas MH370 yang melibatkan 239 nyawa tidak menjadi. Ini kerana jenakan Janna adalah sesuatu yang sangat tidak kena pada tempat dan situasinya.

Jenaka yang dimuat naik oleh Janna di twitter itu telah pun dipadam olehnya selain turut memohon maaf terhadap kesilapannya itu.





Melalui satu sedutan pendek dari filem 'Dilwale' yang tengah hangat ditayangkan, ia menampilkan pelakon utama menari di atas pesawat dengan kapsyen ringkas "MH370 ditemui".

Kapsyen pendek tapi impact sangat terasa dalam hati rakyat Malaysia. Apatah lagi keluarga mangsa MH370.

Walaupun Janna tiada niat untuk menguriskan hati sesiapa tapi perlu ingat, semua orang ada hati dan perasaan. Hal itu sangat menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia dan keluarga mangsa tragedi MH370. Kami harap agar Janna mengambil ini sebagai pengajaran dan tidak akan mengulanginya lagi.





No comments:

Post a Comment