Sunday, 24 January 2016

Paha Sebesar Nangka Jom Singkir Lemak Guna Baking Soda



APABILA bercerita mengenai tubuh badan, kebanyakan wanita pasti menzahirkan rasa kekecewaan dan ketidakpuasaan mereka terhadap saiz paha besar yang dimiliki.
Ini kerana mereka berasa tidak yakin pada diri sendiri khususnya untuk mengenakan seluar jeans atau hot pants.
lemak-di-paha
article-0-03AA04A8000005DC-95_468x286
Maka, tidak hairanlah ada bermacam-macam produk pelangsing badan khususnya untuk menyingkir lemak pada paha dan perut di pasaran.
Oleh itu, kami ingin berkongsi kepada anda tips paling mudah dan murah untuk menghilangkan lemak di paha iaitu dengan hanya menggunakan serbuk penaik atau lebih dikenali sebagai baking soda.
Caranya hanyalah dengan mencampurkan satu sudu besar baking soda dan satu sudu teh air, lalu disapukan pada seluruh kawasan paha.
kegunaan_baking_soda
Kesan daripada sapuan itu, kulit akan terasa sedikit panas. Namun, usah khuatir kerana ianya menandakan ramuan tersebut sedang bekerja untuk mengencangkan paha yang kendur.
Anda juga disaran melakukan urutan lembut pada paha selama 10 hingga 15 minit sebelum membilas ramuan tadi menggunakan air.
Dengan melakukan rawatan ini secara kerap, Insya Allah mudah untuk menghilangkan lemak pada paha.
Bagaimanapun, anda juga hendaklah sentiasa rajin berolahraga dan mendapatkan air minuman yang secukupnya. MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment