Sunday, 31 January 2016

Hajat Berkahwin Tidak Direstui, Gadis Lari Bersama Lelaki Bangladesh

JOHOR BAHRU - "Minta bantuan orang ramai, anak saudara saya lari dari rumah sejak semalam bersama seorang lelaki Bangladesh. Jjika ternampak beliau, sila hubungi saya 017-6334861," demikian rintihan ibu saudara gadis berkenaan. 
Bapanya, Noorhan Adam, 40, hanya mengetahui tentang kehilangan anak daranya, Nur Atikah Noorhan,19, setelah dimaklumkan oleh adik iparnya. 
"Adik ipar menghubungi saya pada jam 11.30 pagi pada 25 Januari 2016 tentang kehilangan anak gadis yang dipercayai telah lari dari rumah di Felda Ulu Tebrau, Tiram, Johor, mengikut rakan lelakinya, Arif atau Daus Hosin, warganegara Bangladesh. 
"Mereka dipercayai telah lari ke Thailand. Saya cuba menghubungi nombor telefon anak saya tetapi gagal. Saya juga cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah juga gagal," katanya.
Menurut Noorhan, lelaki Bangladesh itu pernah datang ke rumahnya dan menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Nur Atikah. Bagaimanapun, Noorhan tidak bersetuju. 
"Saya syak anak saya telah lari bersama lelaki itu ke Thailand untuk berkahwin . Sehingga kini anak saya belum pulang ke rumah dan tidak dapat dikesan," katanya. 
Justeru, Noorhan meminta bantuan pihak berkuasa mengesan dan menyekat anaknya daripada menyeberangi sempadan negara. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment