Anda tidak merokok. Sepanjang
pengetahuan anda, anda menjalani kehidupan yang sihat. Anda yakin anda
tidak mengamalkan sebarang tabiat buruk dan tidak terdedah dengan
perkara yang menjejaskan kesihatan, bukan?
Nanti dulu! Jangan terlalu yakin. Bukan
merokok sahaja yang menjejaskan kesihatan. Tanpa kita sedar, perkara
yang biasa kita lakukan setiap hari juga menjejaskan kesihatan. Lima
tabiat buruk yang bakal dikongsikan dalam artikel ini merungkai betapa
ia boleh menyebabkan anda terdedahkan pada bahan tercemar sama seperti
bahan dalam asap rokok atau boleh membawa kepada penyakit kanser.
#1: Duduk sepanjang hari
Walaupun anda mengamalkan gaya hidup
sihat dengan senaman yang kerap, duduk terlalu lama setiap hari boleh
mendatangkan masalah pada kesihatan tubuh badan anda. Sama ada anda
bekerja di pejabat, atau berkerja sebagai pemandu lori yang mewajibkan
anda duduk sepanjang hari, ketahuilah ia sangat merbahaya.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh
Institut Kanser di Kanada, duduk sepanjang hari berkait rapat dengan
hampir 160,000 kes kanser payudara, kolon, prostat dan paru-paru setiap
tahun! Lebih kurang 2 per 3 sama banyaknya dengan kanser yang disebabkan
oleh tabiat merokok.
Betulkan tabiat anda:
Jadikan tabiat untuk berehat sebentar untuk meregangkan badan ataupun
cuba lakukan kerja dalam keadaan berdiri sekali kala supaya dapat
mengurangkan duduk sepanjang hari.
Di hujung minggu, kurangkan aktiviti
duduk sepanjang hari dan menonton televisyen dengan niat untuk berehat
setelah penat kerja seharian. Pergilah berjogging atau berjalan di
sekitar kawasan taman untuk relax, sibuk melakukan kerja-kerja rumah ataupun dating ke gym dengan orang yang tersayang.
#2: Makan terlalu banyak daging dan cheese
Protein haiwan adalah kaya dengan IGF-1,
iaitu sejenis hormon untuk pertumbuhan yang boleh menggalakkan
pertumbuhan sel kanser dalam badan! Sebuah kajian yang dilakukan oleh
University of Southern California mendapati bahawa individu yang suka
mengamalkan diet kandungan protein haiwan yang tinggi pada pertengahan
umur mempunyai kebarangkalian empat kali lebih tinggi untuk menghidap
kanser berbanding mereka yang mengamalkan diet protein haiwan yang
rendah – faktor risiko kematian yang hampir sama dengan hasil tabiat
merokok.
Betulkan tabiat anda:
Gantikan makanan bersumberkan protein haiwan dengan sumber makanan
protein vegetarian. Kajian sama yang dilakukan turut mendedahkan bahawa
diet yang mengandungi protein berasaskan tumbuhan seperti kekacang, yang
mengandungi kandungan protein yang sama banyak dengan daging, tidak
akan mencetuskan kadar kanser sama seperti daging.
Secara kasarnya, orang dewasa
pertengahan umur sepatutnya mengambil 0.8 gram protein untuk setiap 1
kg berat badan anda setiap hari. Menariknya, kajian tersebut mendapati,
sekiranya anda melebihi umur 65 tahun, memakan banyak makanan yang kaya
dengan protein haiwan tidak lagi membahayakan kerana penghasilan IGF-1
dalam badan anda sudah mula menurun.
#3: Memasak menggunakan dapur gas
Hampir semua rakyat Malaysia menggunakan
dapur gas untuk memasak. Berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan
dapur elektrik, saya tidak begitu menggemarinya. Selain dari bil
elektrik yang mahal, kami kerap terlupa menutup api dapur kerana tidak
kelihatan pun api di atas dapur seperti dapur gas. Bahaya terutamanya
untuk ibu bekerja yang terpaksa bertungkus lumus memasak dan melayan
kerenah anak.
Tetapi tahukah anda, sekiranya ada
menggunakan dapur gas untuk memasak, anda sekeluarga menyedut dos
tambahan karbon monoksida, nitrogen dioksida dan formaldehyde setiap
kali anda memasak! Campuran kesemua bahan tercemar tersebut adalah sama
banyak dengan yang terkandung dalam asap rokok.
Betulkan tabiat anda: Jangan khuatir. Sekiranya anda menggunakan dapur gas, pastikan rumah anda dilengkapi vent hood di
atas dapur anda. Dengan menggunakannya setiap kali memasak, anda dapat
mengurangkan kadar udara tercemas sebanyak 60 hingga 90 peratus.
#4: Memasak menggunakan minyak yang salah
Tahukah anda, walaupun anda menggunakan
dapur eletrik untuk memasak, anda masih terdedah dengan pencemaran
ketika memasak. Kajian dilakukan terhadap restoran dan dapur di rumah
mendapati bahawa suhu yang tinggi dengan menggunakan minyak soya, minyak
sayuran atau shortening membebaskan sejenis zarah, aldehydes dan polycyclic hidrokarbon dan kesemua sebatian yang juga terdapat dalam asap rokok.
Betulkan tabiat anda: Pilih minyak masak yang bersesuaian dengan penggunaan anda. Sebagai contoh, minyak zaitun atau olive oil
tidak elok untuk menggoreng atau memasak dengan suhu tinggi tetapi ia
sangat sesuai untuk digunakan sebagai dressing untuk salad atau memasak
dengan suhu yang rendah.
Minyak avocado pula sesuai untuk memasak
dengan suhu yang tinggi. Dan jangan lupa, tukar selalu minyak anda.
Jangan gunakan minyak tersebut untuk menggoreng berulang-ulang kali
kerana selepas 2 kali penggunaan, ia akan bertukar menjadi racun dan
meresap ke dalam makanan anda.
#5: Tidak tidur secukupnya
Penyakit kurang tidur yang kronik
berkebarangkalian tinggi untuk mencetuskan tekanan darah tinggi,
serangan jantung, obesiti, strok dan beberapa lagi penyakit serius yang
lain.
Satu kajian lain mendapati bahawa tidak
mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam sehari boleh
meningkatkan kadar kematian yang tinggi – hampir sama dengan kadar
kematian perokok. Memperoleh kualiti tidur yang rendah juga boleh
mempercepatkan pertumbuhan tumor.
Betulkan tabiat anda: Jangan
anggap penat itu sesuatu yang normal. Sekiranya anda kerap berasa tidak
cukup tidur, cuba dapatkan nasihat doktor untuk memastikan sama ada
anda menghidap penyakit lain yang menyebabkan anda sukar untuk tidur
seperti insomnia.
Semoga bermanfaat. Wassalam
No comments:
Post a Comment