Wednesday, 11 May 2016

Jangan Tonton Filem Munafik Di Rumah!

Filem Munafik, ramai yang kata seram 'habis'. Sejauh mana seramnya, itu soal kedua. Semalam seorang individu memberikan 'amaran' kepada orang ramai agar tidak menonton filem Munafik di rumah.
"Sedikit nasihat dari saya, jangan tonton cerita Munafik di rumah kerana ayat seru syaitan yang dibacakan oleh Pak Osman itu adalah ayat yang sebenar. Sedikit pun tiada cacat celanya. Apa lagi jika di rumah ada anak kecil, syaitan dan jin akan datang memenuhi kediaman anda," kata Norizam Ahmad.
'Amaran' yang diberikan Norizam Ahmad itu mendapat banyak perkongsian di laman Facebook. 
Ekoran itu, segelintir netizen tampil berkongsikan pengalaman mereka menonton filem seram itu. 
"Betul ke? Sebab semasa saya tonton cerita itu, anak saya dah tidur. Saya tengok malam berdua dengan suami. Selepas itu, anak saya terus kena gangguan," kata Nora Shika. 
"Dalam cerita-cerita macam ini, memang diorang akan guna ayat yang betul. Silap-silap, benda itu tumpang tengok sekali. Sebab dulu ada cerita pocong, dia panggil orang duk dalam rumah nak panggil entiti. Dia seru guna ayat bacaan itu, memang saya mutekan TV. Adik saya yang kecil itu pun tahu tutup telinga sebab takut, tak nak dengar. Memang bacaan itu betul," kata Anis Asilah Rahim. 
"Patutlah selepas tengok cerita ini di rumah, anak aku asyik gelak seorang-seorang saja bila tengok atas. Tiba-tiba termenung kejap, dia gelak macam oada orang bergurau dengan dia. 2 3 hari juga dia berperangai pelik camtu," kata Aien Amrizq. 
Bagaimanapun, ada netizen yang mendakwa, ayat bacaan itu bukanlah seperti yang didakwa. - PIXEL MEDIA
Read More »

Saturday, 23 April 2016

'Berani Buang Rokok Aku? Aku Ceraikan Kau!'

Saya dan isteri sudah berkahwin 10 tahun. Saya adalah perokok tegar dan sudah menjadi kebiasaan saya menghisap rokok dalam rumah. 
Minggu lepas, saya hisap rokok depan televisyen dan anak-anak. Tiba-tiba isteri saya datang dan merampas rokok saya dan buang dalam sinki. Saya sangat marah sebab isteri kurang ajar dengan saya. Dia beri alasan sebab saya menghisap rokok di depan anak-anak.
Saya menjadi hilang kesabaran lalu naik tangan. Saya kecewa dengan tindakannya dan dia tidak memahami yang saya adalah perokok tegar yang suka mahu berhenti.  Saya tak faham, susah sangat ke perempuan nak faham dengan lelaki menghisap rokok ini? Sanggup kurang ajar dengan suami sendiri sebab rokok. 
Sudah 10 tahun saya bertahan, setiap kali saya menghisap rokok, mesti isteri saya akan membebel, marah-marah, tarik muka, hempas pintu bagai membuatkan hidup saya tertekan. Saya lihat orang lain tak ada pun berkelakuan seperti isteri saya yang terlalu mendesak saya berhenti merokok. Rokok saya sudah beribu-ribu kotak dibuang olehnya. 
Saya berkongsikan cerita saya ini agar para isteri di luar sana mengambil iktibar agar jangan terlalu mendesak suami berhenti merokok dengan cara yang melampau. Jangan jadikan point saya hisap rokok depan anak untuk salahkan saya. 
Saya tengok ramai lelaki di luar sana menghisap rokok di tempat awam. Tak menjadi masalah pun? Tiada orang nak marah mereka pun? Sekurang-kurangnya saya tak hipokrit hisap rokok sorok-sorok seperti budak sekolah. Tolonglah fahami keadaan saya sebagai seorang perokok tegar. 
Sekarang kami dalam proses perceraian. Harap para isteri mengambil iktibar dari kisah saya ini. - KRT | PIXEL MEDIA
Read More »

'RM50, Ini Duit Last Aku Bagi Mak..'

"Selamat hari jadi Rina," 

20 April 2016, hari ini harijadi saya. Saya tak nak berpura-pura tak sedar dan harap orang buat kejutan untuk menyambut harijadi saya. Saya orangnya simple, kadang-kadang tudung berkedut tak sempat nak gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas. 
Tak, saya memang sengaja tak nak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tka boleh pakai dah. Dulu tak macam ini, dulu nak bergaya sakan.
Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu, saya ada seorang kawan yang suka bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan mendengarnya. Tetapi, ada satu cerita dia yang membuatkan saya berfikir panjang. 
Dia kata, setiap kali dia berjumpa ibunya, dia akan hulur RM50 atau berapa saja yang dia ada pada waktu itu. 
"Kalau seminggu jumpa ibu tiga kali, tiga kali jugalah kamu bagi dia duit?" soal saya. 
Dia mengangguk mengiakan persoalan saya. 
"Awak bolehlah sebab duit banyak. Saya betul-betul ikat perut kalau buat begitu. RM50 itu boleh tahan belanja dua minggu," kata saya padanya dengan nada yang agak defensive. Masa itu saya jahil. 
Satu hari itu, saya terdesak sangat-sangat nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket sahaja. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang gemar memberikan nasihat itu. Dia cakap, itulah keramat dia, asbab bagi ibu duit dan juga niat sedekah, ibu dia gembira. Itu rahsia dia berjaya. 
Saya pun antara yakin dengan tak, saya beri ibu saya duit dan itulah duit terakhir dalam tangan. Saya benar-benar tawakal sahaja pada waktu itu. Ada juga suara jahat berkata, "Kenapa bagi? Kan dah tak ada duit langsung,". 
Haih, memang besar dugaan nak buat benda baik. Dan Allah maha berkuasa, selepas itu saya mendapat order dari orang yang mahu membeli tudung bawal secara borong untuk dijual di Kedah. Jumlahnya dalam RM3,000. Dia bayar siap-siap, full payment.
Masa itu, kelam kabut juga saya nak mencari stok. Dekat 20 kodi dia order. Sudahlah tak pernah pos besar-besaran macam tu. Kalut saya nak packing. 
Saya menangis dalam hati pada masa itu. Sejak dari itu, saya percaya dan sangat yakin. Apa yang kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada ibu dan ayah. 
Saya tulis ini sebab adakalanya saya terlupa. Manalah tahu esok-esok saya lupa, biar ada orang ketuk sikit. Sebab itu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik dan jumpa ibu ayah. Berilah mereka berapa yang ada. Kalau betul-betul tiada duit, berilah masa kita sikit, luangkan masa bersama mereka. Moga-moga dapat juga menggembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
Hadi, hari istimewa ini saya tak mengharap banyak. Saya cuma mengharapkan kawan-kawan doakan kebahagiaan ibu dan ayah saya. Merekalah orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan di mana saya hari ini adalah atas usaha dan doa ibu dan ayah dengan izin Allah. - Rina Salleh | PIXEL MEDIA
Read More »

'My Daughter Is Not For Jimak Bro...'

Gambar hiasan
Kalau saya ada anak perempuan dan datang seorang lelaki nak melamar dengan jawapannya, "Nak elak buat maksiat,". 100% saya akan terus reject. 
My daughter is not for jimak bro. You better learn about life terlebih dahulu. 
Saya dah 25 tahun, hal nafsu tidak menjadi masalah pun. Tak pernah bercinta sebab bila sibukkan hidup dengan belajar tentang hidup (cari duit dan berdikari), then you know how that answer "elak maksiat" is really annoyed to you as a father to that girl. 
Nak 'elak maksiat' answer for me adalah dalam kepala awak asyik berfikir mahu berjimak saja dengan anak saya. Belajarlah tentang kehidupan. Jika seorang lelaki datang dengan membawa berita tentang buruk dan susahnya kehidupan, then awak akan menjadi menantu saya sebab anda kenal apa itu kehidupan. 
Sebab orang melingkup dan bercerai adalah disebabkan dia hanya melihat sisi indah kehidupan hanya melalui fantasi dan angan-angan. - Mohd Nor Hafiz Suratman | PIXEL MEDIA
Read More »

Uqasha Senrose Kantoi Search Nama Sendiri, Cari Siapa Puji, Siapa Kutuk Dirinya




Cerita begini. Minggu lepas memang kecoh tentang pergaduhan media sosial antara Hafidz Roshdi dan Uqasha Sensrose. Tapi apa yang menarik perhatian Berita Premium adalah, Benarkah Uqasha Sensrose Search nama sendiri untuk lihat sejauh mana Nitezen menyebelahi dirinya atau pun tidak?

Walaupun bukan secara tidak langsung yang melibatkan Hafidz Roshdi atau isu pegaduhan tersebut, tapi kita boleh tahu habit Uqasha Sensrose yang mahu melihat Nitezen di twitter yang memuji dirinya atau mengeji setiap tingkah lakunya.

Meh kita tengok screenshot di bawah ini


Al-kisahnya, lelaki ini dok belek2 Instagam, tengah belek2 tu nampak sederet gambar berinai daripada IG Uqasha Sensrose. Mungkin dia rasa agak annoying sebab banyak sangat gambar, so dia tweet lah ketidakpuashatian tanpa mention uqaasha di twitter 


Dan tiba2 Si Uqasha Senrose reply tweet si mamat ini. jelas sangat si Uqasha ini search nama sendiri untuk tgk sejauh mana orang malaysia menyokong dirinya. hahaha.




Read More »

Maksud Tertentu Jenis Papan Tanda Di Malaysia, Nombor 4 Paling Tak Sangka

Sejauh mana kefahaman anda mengenai papan tanda dekat Malaysia ini? Pernah atau tidak terfikir kenapa papan tanda mempunyai warna, simbol, huruf yang berbeza? Sebenarnya, papan tanda yang berada di setiap jalan raya di Malaysia ini ada maksud-maksud tertentu.


1) Warna Papan Tanda Yang Berbeza




Papan tanda yang berlainan warna ini bermaksud mewakili jenis jalan raya yang berbeza. Contohnya, papan tanda berwarna biru bermaksud jalan persekutuan yang tiada tol, negeri dan perbandaran jalan raya. Manakala yang berwarna hijau maksudnya lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja


2) Perbezaan Jenis Jalan Raya Ada Huruf Laluan dan Nombor Berbeza?




Huruf E sebagai contoh E2 bermaksud Expressways. Jalan persekutuan mengguna digit seperti 51. Jalan negeri? Okay untuk jalan negeri, guna kedua dua simbol iaitu huruf dan nombor . contohnya, N9 mewakili jalan di Negeri Sembilan

3) Apa Maksud Warna Huruf Pada Papan Tanda?




Perbezaan tersebut menunjukkan nama jalan atau nama kawasan. Huruf kuning menunjukkan nama jalan. Huruf putih bermakna nama Bandar atau kawasan.

4) Nama Destinasi Disusun Menegak? Dari Atas Sampai Bawah Dengan Berjarak?




Okay mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya susunan ini menandakan destinasi paling atas adalah paling jauh dan destinasi paling bawah merupakan paling dekat. Mesti korang baru tahu kan?

5) Papan Tanda Berlainan Maksudnya Mewakili Destinasi Yang Berbeza. Apa Kaitan?




Huruf Putih dan papan tanda berwarna hijau dan Huruf putih tetapi papan tanda warna maroon bermaksud untuk menarik perhatian pelancong. Manakala, huruf yang berwarna oren dan papan tanda berwarna hijau merupakan institusi kerajaan.

Okay kalau anda nak lagi jelas, tonton video dekat bawah
Read More »

Al fatihah-SAMBUTAN HARIJADI TUNANG di hospital,tanpa di sedari itulah SAAT2 AKHIR pasangan ini bersama..Allah swt lebih menyayangi dia dik..







Al fatihah-SAMBUTAN HARIJADI TUNANG di hospital,tanpa di sedari itulah SAAT2 AKHIR pasangan ini bersama..Allah swt lebih menyayangi dia dik..





Read More »