Saya dan isteri sudah berkahwin 10 tahun. Saya adalah perokok tegar dan
sudah menjadi kebiasaan saya menghisap rokok dalam rumah.
Minggu lepas, saya hisap rokok depan televisyen dan anak-anak. Tiba-tiba
isteri saya datang dan merampas rokok saya dan buang dalam sinki. Saya
sangat marah sebab isteri kurang ajar dengan saya. Dia beri alasan sebab
saya menghisap rokok di depan anak-anak.
Saya menjadi hilang kesabaran lalu naik tangan. Saya kecewa dengan
tindakannya dan dia tidak memahami yang saya adalah perokok tegar yang
suka mahu berhenti. Saya tak faham, susah sangat ke perempuan nak faham
dengan lelaki menghisap rokok ini? Sanggup kurang ajar dengan suami
sendiri sebab rokok.
Sudah 10 tahun saya bertahan, setiap kali saya menghisap rokok, mesti
isteri saya akan membebel, marah-marah, tarik muka, hempas pintu bagai
membuatkan hidup saya tertekan. Saya lihat orang lain tak ada pun
berkelakuan seperti isteri saya yang terlalu mendesak saya berhenti
merokok. Rokok saya sudah beribu-ribu kotak dibuang olehnya.
Saya berkongsikan cerita saya ini agar para isteri di luar sana
mengambil iktibar agar jangan terlalu mendesak suami berhenti merokok
dengan cara yang melampau. Jangan jadikan point saya hisap rokok depan
anak untuk salahkan saya.
Saya tengok ramai lelaki di luar sana menghisap rokok di tempat awam.
Tak menjadi masalah pun? Tiada orang nak marah mereka pun?
Sekurang-kurangnya saya tak hipokrit hisap rokok sorok-sorok seperti
budak sekolah. Tolonglah fahami keadaan saya sebagai seorang perokok
tegar.
Sekarang kami dalam proses perceraian. Harap para isteri mengambil iktibar dari kisah saya ini. - KRT | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment