1) Warna Papan Tanda Yang Berbeza
Papan tanda yang berlainan warna ini bermaksud mewakili jenis jalan raya yang berbeza. Contohnya, papan tanda berwarna biru bermaksud jalan persekutuan yang tiada tol, negeri dan perbandaran jalan raya. Manakala yang berwarna hijau maksudnya lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja
2) Perbezaan Jenis Jalan Raya Ada Huruf Laluan dan Nombor Berbeza?
Huruf E sebagai contoh E2 bermaksud Expressways. Jalan persekutuan mengguna digit seperti 51. Jalan negeri? Okay untuk jalan negeri, guna kedua dua simbol iaitu huruf dan nombor . contohnya, N9 mewakili jalan di Negeri Sembilan
3) Apa Maksud Warna Huruf Pada Papan Tanda?
Perbezaan tersebut menunjukkan nama jalan atau nama kawasan. Huruf kuning menunjukkan nama jalan. Huruf putih bermakna nama Bandar atau kawasan.
4) Nama Destinasi Disusun Menegak? Dari Atas Sampai Bawah Dengan Berjarak?
Okay mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya susunan ini menandakan destinasi paling atas adalah paling jauh dan destinasi paling bawah merupakan paling dekat. Mesti korang baru tahu kan?
5) Papan Tanda Berlainan Maksudnya Mewakili Destinasi Yang Berbeza. Apa Kaitan?
Huruf Putih dan papan tanda berwarna hijau dan Huruf putih tetapi papan tanda warna maroon bermaksud untuk menarik perhatian pelancong. Manakala, huruf yang berwarna oren dan papan tanda berwarna hijau merupakan institusi kerajaan.
Okay kalau anda nak lagi jelas, tonton video dekat bawah
No comments:
Post a Comment