Friday, 13 May 2016

Kereta Buatan Jerman Hanya Indah Khabar Daripada Rupa



Kereta buatan Jerman bukanlah seperti apa yang digambarkan mengikut kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat pengendali insurans kenderaan yang berpangkalan di United Kingdom.

Warranty Direct yang menjalankan kajian mereka ke atas 36 buah kenderaan model terkemuka buatan pelbagai negara telah mendedahkan bahawa jenama kenderaan seperti Audi, BMW dan Volkswagen mempunyai kadar kerosakan enjin yang paling teruk berbanding dengan kenderaan jenama lain.



Di tangga teratas senarai jenama kenderaan yang paling kerap mengalami masalah kerosakan enjin adalah MG Rover yang merupakan buatan Britain dan diikuti oleh jenama Audi yang merupakan buatan Jerman.



Manakala, Warranty Direct turut menyenaraikan kenderaan yang reliable berdasarkan kajian mereka di mana jenama buatan Jepun seperti Honda berada di tempat teratas dan diikuti dengan Toyota di tangga kedua. Manakala, di tangga ketiga adalah jenama Mercedes Benz yang merupakan buatan Jerman.



Menurut Duncan McClure yang merupakan Pengarah Urusan Warranty Direct, kerosakan enjin merupakan sebuah kerosakan yang paling tinggi kos baikpulih dan ini menjadikanengine realibilty merupakan faktor yang paling penting untuk dipertimbangan semasa membuat pilihan untuk pembelian sesebuah kenderaan.


Senarai Top 5 Jenama Kenderaan Terbaik

Manufacturer Failure rate (%) Failure rate (1 in x)
1 Honda 0.29% 1 in 344
2 Toyota 0.58% 1 in 171
3 Mercedes 0.84% 1 in 119
4 Volvo 0.90% 1 in 111
5 Jaguar 0.98% 1 in 103

Senarai Top 5 Jenama Kenderaan Paling Teruk


Manufacturer Failure rate (%) Failure rate (1 in x)
1 MG Rover 7.88% 1 in 13
2 Audi 3.71% 1 in 27
3 MINI 2.51% 1 in 40
4 Saab 2.49% 1 in 40
5 Vauxhall 2.46% 1 in 41
Read More »

Top 5 Kematian Tragis Akibat Menghina Tuhan



Setiap agama di dunia ini mengajar penganutnya supaya taat dan patuh kepada ajaran agama dan Tuhan. Bahkan, Tuhan melarang hambanya sama sekali menjadi riak apatah lagi mencabar kekuasaannya.

Memiliki kuasa, nama, kemewahan atau pangkat bukanlah lesen buat seseorang itu berasa gah melebihi Pencipta. Berikut merupakan lima orang berpengaruh dunia yang mati kerana menghina Tuhan.

1. Presiden Brazil, Tancredo Neves




Sewaktu kempen pilihanraya di Brazil diadakan, Tancredo Neves dengan riak berucap di hadapan rakyatnya bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Presiden Brazil melebihi 500,000 undian, tidak ada siapapun mampu menggoyangkan karier politiknya termasuk Tuhan.

Ternyata, nasib menyebelahi Neves kerana beliau benar-benar telah mendapat sokongan melebihi 500,000 undian.

Namun, sehari sebelum Neves dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu Brazil, beliau akhirnya mati akibat komplikasi pembedahan yang dijalani beberapa hari sebelum tarikh perlantikan itu.

2. John Lennon (The Beatles)




Siapa yang tidak mengenali kumpulan The Beatles. Pada era 60-an, kumpulan ini menjadi fenomena seluruh dunia. Malah, salah seorang ahli The Beatles iaitu John Lennon antara yang menjadi kegilaan ramai wanita ketika itu.

Sewaktu ditemuramah oleh media antarabangsa beberapa tahun sebelum itu, Lennon berkata:

“Saya dan The Beatles lebih terkenal berbanding Tuhan. Kita tengok siapa dulu yang tenggelam, sama ada Tuhan dengan ajarannya ataupun The Beatles dengan aliran Rock n Rollnya.”

Kenyataan itu telah mengundang kemarahan peminatnya dan mengadakan satu demonstrasi memijak serta membakar piring hitam serta poster The Beatles. Akhirnya pada tahun 1970, The Beatles telah berpecah dan tenggelam.

Namun pada 8 Disember 1980, John Lennon telah ditembak oleh salah seorang peminat fanatiknya di hadapan rumah beliau sendiri dan mati serta merta.

3. Marilyn Monroe (Selebriti Hollywood)




Hidup wanita cantik ini begitu sempurna kerana mempunyai kekayaan luar biasa dan terkenal diseluruh dunia. Namun, siapa tahu disebalik semua itu, Monroe menyimpan seribu duka dalam kehidupan peribadinya.

Sewaktu Monroe sedang melakukan pengambaran, beliau didatangi seorang lelaki bernama Billy Graham yang mengatakan satu petanda tidak baik daripada Tuhan.

Monroe yang ketika itu dikhabarkan sedang bercinta dengan Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy tidak menerima nasihat daripada Graham dan, dengan angkuh pelakon itu menegaskan bahawa beliau tidak memerlukan Tuhan.

Seminggu kemudian, beliau ditemui mati di dalam bilik tidurnya. Muncul pelbagai teori mengenai kematian beliau. Ada yang mengatakan dia dibunuh kerana konspirasi politik dan akhirnya, teori yang diakui sehingga kini adalah kerana mati akibat bunuh diri.

Ia jelas menunjukkan dia sedang mengalami tekanan yang teruk. Bahkan sebenarnya, di saat menghadapi kesulitan seperti itulah sebenarnya dia lebih memerlukan Tuhan untuk meminta bantuan, bukan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

4. Thomas Andrews (Pencipta Kapal Pelayaran Titanic)




Ilham mencipta sebuah kapal yang dianggap lagenda sepanjang zaman iaitu ‘Titanic’ merupakan kepunyaan Thomas Andrews. Malah, Titanic merupakan salah sebuah kapal terbesar dan tercanggih di dunia.

Saat diwawancara mengenai kecanggihan dan tempoh Titanic mampu berlayar di Lautan Antlantik, Thomas mengatakan Tuhan tidak mampu menenggelamkannya.

Pada 10 April 1912, Titanic telah memulakan pelayarannya yang pertama dari Amerika Syarikat ke Eropah. Satu tragedi tidak disangka berlaku selepas empat hari kapal itu berlayar di Lautan Antlantik. Titanic telah melanggar bongkah ais besar lalu tenggelam perlahan-lahan ke dasar Lautan Atlantik Utara yang mengorbankan 1517 orang dan hanya 706 orang sahaja terselamat.

5. Bon Scott (bekas vokalis AC/DC)




Beliau merupakan penyanyi rock Australia yang dilahirkan pada 9 Julai 1946. Scott melalui zaman kegemilangannya bersama kumpulan AC/DC sejak tahun 1974 menggantikan Dave Evans sebagai vokalis kumpulan itu.

Pada tahun 1979, AC/DC telah muncul dengan sebuah album baru dan salah lagu yang disampaikan oleh Scott berbunyi :

“Jangan hentikan saya. Saya sedang asyik berjalan ke neraka.”

Setahun kemudian, Scott ditemui mati pada 19 Februari 1980 kerana tersedak oleh muntahnya sendiri akibat keracunan alkohol. Lima bulan selepas kematiannya, AC/DC telah menerbitkan album bertajuk ‘Back In Black’ sebagai menghormati pemergian vokalis mereka.

Begitulah episod kematian nama-nama terkemuka di dunia. Manusia hanya boleh membuat teori sahaja tetapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui sebab sebenar kematian mereka semua.

Mungkin ianya juga suatu kebetulan mereka menemui ajal selepas membuat kenyataan yang seolah-olah menghina Tuhan.
Read More »

Thursday, 12 May 2016

Saat Telefon Lebih Berharga Dari Isteri, Tanganinya Dengan 3 Cara Ini

Saat Telefon Lebih Berharga Dari Anak Dan Isteri, Tangani Sikap Suami Dengan 3 Cara Ini
Sejak semalam luahan hati seorang wanita tentang sikap suami yang asyik dengan telefon bimbit memenuhi laman sosial.

Ia diceritakan oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam satu seminarnya. Ternyata masalah ini sebenarnya dihadapi ramai isteri di luar sana dan kebanyakannya memendam rasa dengan sikap suami.

Persoalan utama bagaimana seorang isteri mahu mengendalikan situasi begini? Berikut adalah antara cara praktikal yang boleh dilakukan isteri untuk mengembalikan kesedaran suami tentang sikapnya.

1. Perlu luah atau tegur suami
Luahkan dengan tenang apa yang anda rasakan pada suami tentang sikapnya yang suka melayan telefon berbanding anak dan isteri. Tapi penting untuk diingat tegur dengan tenang dan lembut kerana ia lebih mudah diterima daripada anda berkasar dan memarahi.
Kata-kata isteri juga harusnya mengundang rasa simpati. Antaranya "Abang sekarang ni asyik saja dengan telefon kesian kat kami..."

Boleh jadi suami sebenarnya tidak sedar sikapnya itu memberi kesan pada anak dan isteri. Andalah yang bertanggungjawab menyedarkannya.

2. Buat peraturan
Selepas meluahkan perasaan, terus buat peraturan dengan suami tentang waktu-waktu yang dilarang untuk menggunakan telefon. Larangan ini pula bukan saja pada suami tapi anda dan anak-anak juga.

Contohnya buat peraturan ahli keluarga tidak boleh melayan telefon pada waktu makan sama ada di rumah atau di luar, waktu malam ketika bersama famili kecuali ia tidak dapat dielakkan.

Jika ia dirasakan terlalu ketat dan tidak boleh diterima, beri masa untuk mereka melayani telefon tapi tidak boleh melebihi lima minit, contohnya.
3. Adakan tempat khusus meletak telefon
Agar peraturan itu dilaksana, cari tempat atau bekas khas untuk meletakkan telefon di rumah. Ia untuk memudahkan anda melihat sama ada telefon suami atau ahli keluarga ada di tempatnya atau tidak pada waktu larangan telefon berkuat kuasa.
Sebagai insan biasa ada kala kita mudah terlupa dan adalah menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk mengingati sesama sendiri jika ada yang melanggar peraturan ini.
Tak salah juga jika anak sendiri menegur bukan!


Sumber: www.kompasiana.com
Read More »

Perlu Tahu, 6 Warna Pakaian Buat Isteri Nampak Cantik Di Pandangan Suami

Ramai wanita yang tidak mengetahui perkara ini. Sebenarnya ada beberapa warna pakaian yang cukup menarik pada pandangan lelaki.
Apatah lagi jika yang mengenakan warna ini adalah isterinya. Inilah dia antara petua agar anda nampak sentiasa cantik menawan di pandangan suami.
Jadi sila tambah koleksi pakaian atau tudung anda dengan warna-warna berikut.

Hitam

Wanita yang memakai baju hitam bukan saja kelihatan lebih kurus tapi turut menegaskan sikap dirinya yang berdikari, punya pendirian, ada kelas tersendiri dan juga seksi. Kebanyakan wanita tiada masalah memakai pakaian warna hitam tak kira warna kulit atau bentuk tubuh mereka.

Merah

Warna ini sememangnya mampu menarik perhatian malah disukai golongan lelaki. Di mata mereka, wanita dengan busana merah tampak berani, elegan, cantik dan seksi. Merah juga mewakili rasa percaya diri dan sisi feminin. Mahu nampak seksi di mata suami, pakaianlah baju dengan warna ini.

Putih

Lelaki juga menyukai warna putih. Ia melambangkan wanita itu bersih, rapi dan neutral. Seperti warna hitam ia tidak pernah ketinggalan dan sentiasa memberi kesan menarik pada wanita yang memakainya.

Biru

Walau pun warna ini untuk lelaki, namun mereka juga gemar melihat wanita mengenakan warna ni. Isteri yang memilih pakaian daripada warna ini akan kelihatan segar dan mampu memberi mood ceria pada suami. 

Merah Jambu

Warna untuk wanita tapi tak dinafikan lelaki juga gemar melihat warna ini. Wanita yang mengenakannya baju dengan warna merah jambu biasanya dilihat cukup manis dan feminin di pandangan suami.

Biru Turkois

Melihat isteri mengenakan warna ini ia memancarkan aura cantik, yakin diri dan bersemangat pada diri anda. Inilah yang anda mahu bukan?
Semoga berjaya menarik perhatian suami dengan tip warna pakaian ini.
Sumber: Vanilakismis
Read More »

Percayakah Anda Telefon Bimbit Wujud Sejak Kurun ke 1300?


Vienna – Penemuan objek pelik tidak ubah seperti telefon bimbit kuno oleh pakar arkeologi menjadi viral di Internet menyebabkan ramai membuat spekulasi bahawa ia membuktikan mengembara merentas masa sesuatu yang boleh berlaku.

Antara spekulasi pengguna Internet termasuk bahawa barang itu salinan telefon bimbit diperbuat daripada tanah liat, dengan tulisan pepaku Sumeria pada ‘kekuncinya.’
Ada dakwaan mengatakan ‘telefon’ itu dari kurun ke-13 dan bukti tamadun yang jauh maju pada zaman itu dengan teknologi dibawa balik pengembara masa dari masa depan.
Laman web konspirasi, tothedeathmedia.com berkata: “Mengikut laporan, pakar arkeologi membuat penemuan ini ketika pencarian artifak di Fuschl am See, Salzburg.
“Malangnya tidak banyak maklumat mengenai penemuan menakjubkan ini.”
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggapnya sekadar penipuan terutama disebabkan kurangnya maklumat yang mengesahkan penemuan itu.
Pada masa sama, pencari makhluk asing dan UFO menganggap gambar itu bukti alien dari tamadun lebih maju pernah datang ke bumi membawa teknologi mereka.
Editor majalah UFO Sightings Daily, Scott C Waring berkata: “Kita tidak boleh nafikan ini mungkin penipuan. Perkara seperti ini amat sensasi, tetapi pada masa sama ada juga kemungkinan pembuatnya melihat telefon bimbit seumpamanya pada zaman dulu dan menirunya dalam bentuk ini.” – Agensi/myMetro Online
Read More »

Inilah Hospital Paling Seram Di Dunia

Pernahkah kamu mendengar kisah-kisah seram dari hospital? Tak boleh dinafikan memang bahawa hospital seringkali mempunyai cerita menyeramkan sama ada ia berkait dengan makhluk halus atau hal lain.
Kisah seram bukanlah hal bohong, kerana ada hospital di dunia ini yang dianggap sangat seram sehingga lebih baik kamu menghindarinya jika harus dirawat di sana.
Seperti apa kisah seramnya? Boleh percaya atau tidak, mari kita lihat..


Nocton Hall – Britain

Nocton Hall awalnya adalah sebuah rumah mewah sampai Perang Dunia II ketika diambil alih pasukan Amerika sebagai tempat untuk tentera cedera sehingga Perang Teluk. Bangunan ini kemudian ditinggalkan pada 1995. Cerita hantu yang terkenal adalah adanya suara gadis muda menangis namun tidak ada sosoknya. Orang-orang percaya bahawa gadis muda itu adalah pelayan yang menjadi mangsa perkosaan dan pembunuhan anak pemilik rumah mewah Nocton Hall.


Severall – Britain

Hospital Severall di Britain ini juga dikenali atas kaedah rawatan aneh dan mengerikan terhadap pesakit sakit mental seperti lobotomi frontal sampai terapi kejutan elektrik. Dibuka pada tahun 1913, Severall ditutup pada 1990an. Namun tidak bagi pemburu hantu, kemudahan bilik mayat dengan khabar angin seringnya suara menyayat hati misteri terdengar menjadi alasan mereka datang


Ararat Lunatic – Australia

Ketika ini rumah sakit jiwa ini dikenal dengan nama Aradale. Namun semasa dibuka pada 1867 diberi nama Ararat Lunatic dan menjadi yang terbesar di Australia. Namun asylum ini mempunyai kaedah rawatan mental yang mengerikan dan aneh untuk puluhan ribu pesakitnya. Selama 130 tahun beroperasi, ada 13 ribu pesakit meninggal. Maka tak hairan muncul kisah angker di sana, termasuk adanya pelancongan bilik mayat. Mahu cuba?

Beechworth Lunatic – Australia

Awalnya hospital sakit jiwa ini dikenal dengan nama Mayday Hills Lunatic dan rupanya Beechworth ini merupakan ‘saudara’ dari rumah sakit Ararat di Australia dan dibuka selama 128 tahun sebelum akhirnya tutup pada 1995. Kisah mengerikan yang muncul di Beechworth adalah doktor yang menggunakan pesakit sebagai objek eksperimen gila mereka. Ada 9,000 pesakit yang meninggal di Beechworth termasuk gadis muda misteri yang dilempar keluar tingkap.

Sai Ying Pun Psychiatry – Hong Kong

Rumah sakit jiwa ini dibina di Sai Ying Pun pada tahun 1892. Namun rupanya mempunyai gelaran sebagai Rumah Hantu High Street kerana banyaknya cerita seram yang muncul. Awalnya hospital ini menjadi tempat tinggal staff jururawat sampai Perang Dunia II. Khabarnya tentera Jepun menggunakan bangunan ini sebagai ruang eksekusi. Sehingga cerita suara wanita menangis misteri, roh-roh dipenggal yang mengembara di lorong menjadi cerita normal di sini


Taunton State – Amerika Syarikat

Taunton State dibangun pada 1854 sebagai hospital sakit jiwa dan mempunyai sejarah mengerikan. Salah satunya adalah Jane Toppan, seorang pembunuh bersiri yang sudah menghabisi nyawa 31 jururawat. Bahkan khabar angin juga menyebutkan adanya doktor dan jururawat yang melakukan ritual syaitan dengan mengorbankan salah satu pesakit. Belum lagi penglihatan bayangan lelaki misteri menjadi hal biasa yang boleh kamu lihat semasa berkunjung


Athens Mental – Amerika Syarikat

Hospital sakit jiwa Athens ini dibuka pada 1874 dan selama bertahun-tahun menerima pesakit gila. Pada 1950-an, hospital ini merawat lebih daripada 1,800 pesakit dan terkenal kerana prosedur lobotomi yang mengerikan. Anehnya, hospital ini merahsiakan dengan ketat identiti pesakit. Belum lagi dengan ditemukannya 1900 mayat di bawah bangunan. Salah satu kisah mengerikan adalah hilangnya pesakit wanita pada 1978 dan dijumpai setahun kemudian di bangsal dengan percikan darah di lantai yang dapat dilihat sampai saat ini.


Royal Hope – Amerika Syarikat

Terletak di St. Augustine, Florida,hospital Royal Hope awalnya adalah rumah sakit tentera yang digunakan pada 1784-1821 sebelum akhirnya dihancurkan. Ketika dibina semula dan memperbaiki saluran air, beberapa pekerja bangunan mendapati bahawa hospital itu dibina di atas kuburan lama. Hal itu yang membuat seringnya kejadian tak masuk akal seperti peralatan perubatan yang bergerak sendiri, ada yang bergerak di bawah kaki dan cerita seram lain yang membuat Royal Hope menjadi salah satu tempat berhantu di Florida.


Hospital lama Changi – Singapura

Dibina pada 1935, hospital lama Changi menjadi salah satu laman yang paling berhantu di Singapura selama bertahun-tahun. Saat dibina pertama kalinya, bangunan ini adalah hospital tentera yang kemudiannya dijadikan penjara oleh tentera Jepun sampai ruang penyiksaan. Pada 1997, hospital ini berhenti beroperasi dan ditinggalkan. Banyak pemburu hantu cuba merakam aktviti supranatural di sini dan mencari penemuan mengerikan seperti suara mahupun penampakan misteri


Tranquille Sanatorium – Kanada

Tranquille Sanatorium terletak di berhampiran tasik Kamloops, Kanada. Awalnya tempat ini digunakan untuk merawat pesakit batuk kering dan akhirnya menjadi hospital pada 1907. Namun pada 1950-an Tranquille ditutup. Semenjak itu kisah seram terus muncul seperti ada bola mengembang sendiri di malam hari atau suasana sejuk yang tak masuk akal. Bahkan ada khabar angin mengenai jururawat yang dibunuh oleh pesakitnya.
Read More »

'Ini Doa Kamu Kan? Aku Sudah Makbulkan...'

Ketika saya sedang membersihkan rumah, tiba-tiba anak lelaki saya yang masih kecil berlari ke arah saya. Ia tidak sengaja terlanggar pasu bunga yang diperbuat daripada kaca. Habis jatuh pecah, hancur berderai. 
Saya benar-benar marah pada ketika itu kerana pasu itu amat mahal harganya. Tambahan pula ia adalah hadiah dari ibu saya yang amat saya sayangi. Maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. 
"Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!" kata saya padanya.
Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya sudah membesar. Saya pun sudah lupa akan doa itu dan menganggap ianya tidak penting. Namun saya tidak tahu bahawa doa itu telah naik ke atas langit. 
Anak lelaki saya dan adik beradiknya yang lain sedang membesar. Dialah anak sulung yang paling saya sayangi dari anak-anak saya yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati saya dan berbakti kepada saya jika dibandingkan dengan adik-adiknya yang lain.
Kini dia telah berjaya menjadi seorang jurutera. Tak lama lagi dia akan berkahwin. tak sabar rasanya saya nak menimang cucu. 
Ayahnya ada sebuah bangunan yang uzur dan ingin dibaik puluh. Maka pergilah si anak dengan ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap merobohkan satu dinding yang sudah usang.
Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anak saya pergi ke belakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun. Oleh kerana kerja-kerja untuk merobohkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suami tanpa mengetahui bahawa anak sulung saya itu berada di belakang dinding tersebut. Dengan tidak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh dan menimpanya.
Kedengaran suara berteriak dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tidak kedengaran lagi. Semua pekerja berhenti seketika dan tertanya-tanya, suara siapakah itu?
Mereka berlari ke arah runtuhan dinding itu dan mengangkat dinding yang menghimpit anak saya itu dengan susah payah. Mereka segera menghubungi Bomba dan Ambulans. Mereka tidak dapat mengangkat badan anak saya sebab ia remuk seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping. 
Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati-hati dan segera dibaw ake hospital untuk diselamatkan. 
Ketika suami menghubungi saya untuk memaklumkan hal itu, seakan-akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya semasa dia kecil dahulu. 
Saya menangis sehingga jatuh pengsan. Ketika sedar, saya sudah berada di hospital dan saya meminta untuk melihat keadaan anak saya. Ketika melihatnya, saya seakan-akan mendengar suara Tuhan berkata,
"Ini doamu kan? Sudah Aku makbulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya," 
Ketika itu, jantung saya seakan berhenti berdetik. Anak saya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya berteriak dan menangis sambil berkata,
"Jangan pergi nak!"
Andai kata ia masih hidup, tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot di rumah saya. Asalkan saya tidak kehilangannya. Ya Allah, seandainya lidah ini tidak mendoakannya 25 tahun yang lalu..
Andaikan.. andaikan.. andaikan.. tetapi kalimat 'andaikan' ini tidak berguna lagi pada waktu ini. 
Ini adalah satu kisah benar-benar berlaku. Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah. Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan. Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja tetapi jangan mendoakannya macam-macam sehingga kalian akan menyesal seperti saya.
Saya menulis ini dengan air mata yang membanjiri pipi. Doa seorang ibu itu akan terjawab walaupun sekian lama. Tunggulah, Allah pasti akan mengkabulkannya. Oleh itu, berdoalah yang baik-baik untuk semua anak-anakmu. - Fizal Md Hashim | PIXEL MEDIA
Read More »