Ia diceritakan oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam satu seminarnya. Ternyata masalah ini sebenarnya dihadapi ramai isteri di luar sana dan kebanyakannya memendam rasa dengan sikap suami.
Persoalan utama bagaimana seorang isteri mahu mengendalikan situasi begini? Berikut adalah antara cara praktikal yang boleh dilakukan isteri untuk mengembalikan kesedaran suami tentang sikapnya.
1. Perlu luah atau tegur suami
Luahkan dengan tenang apa yang anda rasakan pada suami tentang sikapnya yang suka melayan telefon berbanding anak dan isteri. Tapi penting untuk diingat tegur dengan tenang dan lembut kerana ia lebih mudah diterima daripada anda berkasar dan memarahi.
Kata-kata isteri juga harusnya mengundang rasa simpati. Antaranya "Abang sekarang ni asyik saja dengan telefon kesian kat kami..."
Boleh jadi suami sebenarnya tidak sedar sikapnya itu memberi kesan pada anak dan isteri. Andalah yang bertanggungjawab menyedarkannya.
2. Buat peraturan
Selepas meluahkan perasaan, terus buat peraturan dengan suami tentang waktu-waktu yang dilarang untuk menggunakan telefon. Larangan ini pula bukan saja pada suami tapi anda dan anak-anak juga.
Contohnya buat peraturan ahli keluarga tidak boleh melayan telefon pada waktu makan sama ada di rumah atau di luar, waktu malam ketika bersama famili kecuali ia tidak dapat dielakkan.
Jika ia dirasakan terlalu ketat dan tidak boleh diterima, beri masa untuk mereka melayani telefon tapi tidak boleh melebihi lima minit, contohnya.
3. Adakan tempat khusus meletak telefon
Agar peraturan itu dilaksana, cari tempat atau bekas khas untuk meletakkan telefon di rumah. Ia untuk memudahkan anda melihat sama ada telefon suami atau ahli keluarga ada di tempatnya atau tidak pada waktu larangan telefon berkuat kuasa.
Sebagai insan biasa ada kala kita mudah terlupa dan adalah menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk mengingati sesama sendiri jika ada yang melanggar peraturan ini.
Tak salah juga jika anak sendiri menegur bukan!
Sumber: www.kompasiana.com
No comments:
Post a Comment