Ketika saya sedang membersihkan rumah, tiba-tiba anak lelaki saya yang
masih kecil berlari ke arah saya. Ia tidak sengaja terlanggar pasu bunga
yang diperbuat daripada kaca. Habis jatuh pecah, hancur berderai.
Saya benar-benar marah pada ketika itu kerana pasu itu amat mahal
harganya. Tambahan pula ia adalah hadiah dari ibu saya yang amat saya
sayangi. Maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.
"Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur!" kata saya padanya.
Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya sudah membesar. Saya pun
sudah lupa akan doa itu dan menganggap ianya tidak penting. Namun saya
tidak tahu bahawa doa itu telah naik ke atas langit.
Anak lelaki saya dan adik beradiknya yang lain sedang membesar. Dialah
anak sulung yang paling saya sayangi dari anak-anak saya yang lain.
Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati saya dan berbakti kepada
saya jika dibandingkan dengan adik-adiknya yang lain.
Kini dia telah berjaya menjadi seorang jurutera. Tak lama lagi dia akan berkahwin. tak sabar rasanya saya nak menimang cucu.
Ayahnya ada sebuah bangunan yang uzur dan ingin dibaik puluh. Maka
pergilah si anak dengan ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah
bersiap-siap merobohkan satu dinding yang sudah usang.
Sedang mereka melakukan kerja penyediaan renovation, anak saya pergi ke
belakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun. Oleh kerana
kerja-kerja untuk merobohkan dinding itu akan dilakukan oleh para
pekerja suami tanpa mengetahui bahawa anak sulung saya itu berada di
belakang dinding tersebut. Dengan tidak semena-mena dinding bangunan itu
terjatuh dan menimpanya.
Kedengaran suara berteriak dalam runtuhan itu sehinggalah suaranya tidak
kedengaran lagi. Semua pekerja berhenti seketika dan tertanya-tanya,
suara siapakah itu?
Mereka berlari ke arah runtuhan dinding itu dan mengangkat dinding yang
menghimpit anak saya itu dengan susah payah. Mereka segera menghubungi
Bomba dan Ambulans. Mereka tidak dapat mengangkat badan anak saya sebab
ia remuk seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping.
Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati-hati dan segera dibaw ake hospital untuk diselamatkan.
Ketika suami menghubungi saya untuk memaklumkan hal itu, seakan-akan
Allah menghadirkan kembali apa yang telah saya doakan untuknya semasa
dia kecil dahulu.
Saya menangis sehingga jatuh pengsan. Ketika sedar, saya sudah berada di
hospital dan saya meminta untuk melihat keadaan anak saya. Ketika
melihatnya, saya seakan-akan mendengar suara Tuhan berkata,
"Ini doamu kan? Sudah Aku makbulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya,"
Ketika itu, jantung saya seakan berhenti berdetik. Anak saya
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Saya berteriak dan menangis sambil
berkata,
"Jangan pergi nak!"
Andai kata ia masih hidup, tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua
perabot di rumah saya. Asalkan saya tidak kehilangannya. Ya Allah,
seandainya lidah ini tidak mendoakannya 25 tahun yang lalu..
Andaikan.. andaikan.. andaikan.. tetapi kalimat 'andaikan' ini tidak berguna lagi pada waktu ini.
Ini adalah satu kisah benar-benar berlaku. Jangan terburu-buru mendoakan
anakmu ketika kamu sedang marah. Berlindunglah kepada Allah dari godaan
syaitan. Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja tetapi jangan
mendoakannya macam-macam sehingga kalian akan menyesal seperti saya.
Saya menulis ini dengan air mata yang membanjiri pipi. Doa seorang ibu
itu akan terjawab walaupun sekian lama. Tunggulah, Allah pasti akan
mengkabulkannya. Oleh itu, berdoalah yang baik-baik untuk semua
anak-anakmu. - Fizal Md Hashim | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment