Wednesday, 1 June 2016

4 GAMBAR - WAJAH COMEL KATE, ANAK KEDUA CHERYL SAMAD

Gambar terkini anak perempuan kedua Cheryl Samad dan Ng Ping Ho yang bernama Kate yang kini berusia 6 minggu.

Untuk pengetahuan semua, Cheryl selamat melahirkan anak keduanya itu pada bulan April yang lalu.

Anak sulung pasangan ini bernama Stella yang berusia dua tahun lebih.

Jom lihat wajah comel si kecil ni!












Foto: Cheryl IG & Eddie IG
Read More »

Inilah Zoo Neraka Yang Paling Kejam Di Dunia

Sebuah zoo yang terletak di Surabaya, Jawa Timur Indonesia ini pernah mendapat kecaman dariapda dunia terumatanya di kalangan aktivis pencinta binatang.
Zoo yang mendapat gelaran sebagai ‘zoo neraka’ ini menjadi perhatian di mata dunia apabila gambar-gambar haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini tersebar di internet.
Gambar-gambar yang memaparkan haiwan-haiwan seperti harimau, beruang dan singa dalam keadaan yang kotor dan menyedihkan seperti tidak mendapat layanan yang baik daripada pihak pengurusan zoo ini.
Zoo yang mula dibuka kepada umum pada 28 September 1917 ini terletak di kawasan seluas 37 ekar yang menjadi kediaman kepada 3500 ekor binatang.
Pada tahun 2010, aktivis haiwan telah memfailkan aduan mengenai layanan teruk terhadap haiwan-haiwan yang terdapat di zoo tersebut yang kemudiannya menyebabkan penggantungan lesen zoo ini oleh pihak berkuasa Indonesia berikutan kematian seekor harimau sumatra dan singa afrika.
Read More »

8 Sebab Kenapa Lelaki Melayu Suka Amoi Cina

Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak pasangan campur kaum di Malaysia. Ini disebabkan Negara kita adalah Negara berbilang kaum yang hidup dengan harmoni. Sekarang sudah menjadi trend yang meningkat di mana lelaki Melayu berpasangan gadis Cina.
Baru-baru ini kami ada bersembang dengan beberapa pasangan-pasangan seperti ini untuk mengetahui lebih lanjut kenapa lelaki Melayu minat pada gadis Cina.

1. Kulit Yang Putih

Semamangnya kita tahu gadis-gadis cina mempunyai kulit yang putih menawan dan lembut ala artis-artis Korea. Sudah menjadi trend sekarang bahawa ramai lelaki yang minatkan gadis berkulit putih termasuklah juga si lelaki Melayu ini.

2. Badan Yang Ramping

Secara majoritinya badan gadis-gadis cina memang ramping dengan pinggang yang kecil. Badan mereka kebannyakkannya berbentuk ‘hour glass’ atau jam pasir yang memang kegilaan lelaki pada masa ini. Badan berbentuk ini memang di gemari lelaki Melayu lebih lebih lagi semasa memegang si gadis itu di pinggangnya!

3. Pandai Berpakaian Cantik

Kalau kita lihat di sekitar Lembah Klang pasti kita boleh lihat bagaimana gadis-gadis cina berpakaian. Fesyen mereka banyak di pengaruhi oleh cara fesyen korea dan juga barat. Memang biasa kalau kita lihat mereka memakai baju dengan skirt pendek atau pun perpakaian kasual dengan hot pants yang pasti membuat mana-mana lelaki termasuk lelaki Melayu terbeliak gembira.

4. Rambut Yang Lurus Dan Halus

Kaum kaum dari sebelah timur asia memang mempunyai rambut yang lurus dan halus. Apabila di dandan dengan betul memang akan nampak menawan. Di sebabkan itu lelaki Melayu suka gadis-gadis cina kerana rambutnya yang berbagai style melengkapkan pakej penampilannya.

5. Boleh Bertutur Tiga Bahasa

Ini memang tidak boleh di nafikan. Gadis-gadis cina di Negara kita memang boleh bertutur dalam tiga bahasa. Samada bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Mandarin kita tidak boleh memandang rendah kebolehan mereka. Disebabkan itu, lelaki Melayu tidak perlu risau jika ke kedai motor towkey cina kerana girlfriend atau isteri cina anda boleh berunding untuk harga lebih murah.
Tambah pula bila dah ada anak, isteri cina boleh mengajar berbahasa cina untuk membesarkan lagi skop karier masa depan anak kecil itu!

6. Pandai Matematik

Anda ada perasan masa sekolah dulu apabila keputusan peperiksaan subjek matematik keluar pasti yang di atas kebanyakannya adalah kaum cina. Memang betul kaum cina pandai matematik kerana bahasanya yang memudah kan pembelajaran subjek itu. Tapi sebagai seorang lelaki, memang biasa kita ini lambat sikit bila mengira jadi sebab itu banyak lelaki melayu meminati gadis cina kerana nanti senang nak buat apa-apa pengiraan!

7. Bijak Mengurus Kewangan

Bila kita sebut pasal duit, mesti nombor satu dalam kepala adalah perempuan! Bukan nak mengata perempuan muka duitan tetapi bab-bab kewangan ini memang biasa kita lihat para wanita yang menguruskannya kerana mereka semestinya lebih arif menyimpan dan lelaki lebih arif berboros. Tetapi gadis-gadis cina mempunyai kelebihan disebabkan kebanyakkan keluarga cina banyak menceburi bidang bisnes jadi pengetahuan tentang pengurusan wang selalu di turunkan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi sebuah kebolehan yang semula jadi.

8. Kurang Membebel Atau Meggedik

Ini fakta yang di kongsikan oleh beberapa lelaki Melayu yang sudah perpasangan gadis Melayu dan juga Cina. Perbezaan ketara yang mereka alami adalah gadis CIna lebih kepada sikap mudah dan happy go lucky. Mereka tak banyak berbebel kepada si lelaki dan juga berperangai gedik yang memang sangat di benci kaum lelaki Melayu. Asalkan si lelaki setia dan menghormati gadis cina sudah memadai untuk memberikannya kegembiraan.
Sumber : Chamais
Read More »

Anak Orang Putih INI Menangis Dalam Flight. Apa Yang Ustazah Ini Buat ..MemBuat Mak Bapa Beliau TERKEJUT BESAR......



Seperti yang diceritakan oleh FB Kak Hassanah (LINK). Semalam saya selamat mendarat pada pukul 11.36 pm di KLIA2. Selepas menuntut bagasi, kiranya saya ingin menulis di sini berkongsi satu kejadian yang memberi ibrah pada saya di dalam pesawat tapi apakan daya, bateri telah pun empty.

Seat 33K. Saya duduk di tepi tingkap kapal.
Kemudian dua seat di sebelah kosong. Usai beberapa minit,

“Sit here my boy. “

Seorang anak lelaki mat salleh tubuhnya kecil, duduk di sebelah tengah seat. Dan di hujung seat lagi ibunya. Kemudian di seat bahagian hadapan pula suaminya. Saya kira usia anak kecil itu dalam lingkungan 3 atau 4 tahun. Wallahualam. Orang masih lalu lalang masuk pesawat. Perbualan demi perbualan saya dengar dari si ibu dan si anak. Gelak tawanya, Masya Allah! Allahurabbi! Comel bak hang.

Selesai saja pramugari menunjukkan tips keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan, kapal mula bergerak dan bergerak. Anak kecil di sebelah saya tergelak riang. Sebab suka kapal bergerak. Dia ingat game agaknya haha.

” Mumy ! Dady ! We are flying ! “

Berulang kali dia sebut nak fly nak fly hahaha..

And finally ! Bila pengumuman dari depan mengatakan lampu akan dipadamkan. Kerna dah nak berlepas. Gelap!!! Seluruh gelap!!! Dari seat depan sehingga belakang sekali. Kanan dan kiri juga gelap! Semuanya gelap.

Habis menangis gila memberontak budak mat salleh di sebelah saya.

” No light inside. No light inside. ”
Wuwuwuwuwuwu…. sambil menangis kuat.

Pertama saya tergelak sebab terasa comel budak speaking b.i pastu membebel takda lampu hahaha…Tadi kemain fly bagai. Hilang lampu tahu pula takut.

Ketinggian semakin bertambah. Suara budak kecik tu makin kuat. Saya rasa siapa flight bersama saya semalam memang akan stress hahahaha. Semua orang intai-intai si ibu dan ayah budak tu.

Ibu memujuk tapi tak dapat. Si ayah pula memujuk. Masih sama. Menangis kuat gila. Sambil duk ulang perkataan no light inside ! No light inside ! No light inside ! Hahahaa. 😂

Tak tahu nak marah ke nak gelak.
Nak marah terasa comel pulak.
Nak gelak kasihan pulak. Tapi saya tetap pandang cermin ke tepi dan gelak senyap-senyap hahahahaha. Kemain tadi nak fly. Haaa ni nak fly nangis. Haaaa tahu takut ? Hahahahha. Ok saya tahu saya jahat. 😂
Lalalalala..

Bila kapal sudah sedikit stabil berada di atas. Si ayah membawa budak kecik tu ke toilet. Lampu masih tak dibuka. Fuhhhhh !!! You know ? Budak tu jerit dari seat depan sampailah masuk toilet masih terngiang-ngiang teriakannya.

No light inside !
No light inside !
No light inside !

Stress juga penumpang lain hahaha. Saya banyak-banyakkan istigfar sepanjang fly. Risau jadi stress. Tapi just cool je. Dah lah sebelah aku. Hahha. Eh aku pulak. 😂

After keluar toilet budak tu masih nangis.
Kini giliran si ibu pulak memujuk. Saya cuba bantu si ibu. Saya pasangkan lampu yang selalu digunakan untuk ‘reading’ di bahagian atas seat. Saya pasang 3 butang. Dan yang bercahaya hanyalah di seat saya, seat budak kecik omey tu dan ibunya. Again, teriakannya dah makin kuat. Pehhhhh! Saya rasa telinga saya ada tanda-tanda nak pekak dah hahahaha. Wallahi tak tipu. Sangat kuat. 😂 (kesian pilot yang bawak kapal semalam entah2 tak fokus).

Dia tetap taknak lampu reading. Dia nak semua light dinyalakan. Hahaha. Adoyyyy.. Anyway, Saya kagum dengan pasangan suami isteri mat salleh tu, mereka tidak tengking-tengking malah sentiasa pujuk lembut. Masya Allah..

And lastly, saya teringat kejadian yang hampir sama. Ketika saya menaiki tren dari kL sentral hendak ke Batu Caves. Ibu di seat sebelah bersama anak kecik. Anak kecik menangis. Saya try pujuk dan dukung anak kecik itu. Ubun-ubunnya saya selawat ke atas baginda. Saya niatkan apa yang patut diniatkan. Saya tiup 3 kali. Dan sungguh ibu itu terkejut melihat saya. Anaknya tidak lagi menangis. Subhanallah.

Tapi apa yang berlaku dalam flight semalam, mereka bukan islam. Saya tak tahu nak buat apa, nak baca apa, nak pujuk bagaimana. Nak bantu bagaimana. Kesian penumpang lain berasa terganggu. Dengan rasa tawakal. Saya meminta izin kepada si ibu.

” Let me try. “

Agak serba salah si ibu. Saya peluk budak mat salleh tu. Saya dakap sungguh-sungguh. Seolah memeluk adik kandung sendiri. Dia masih menangis. Tapi teriakannya sudah tidak ada. Sempat saya bermonolog dalam hati,

” Ya Allah. Ya Rahman. Engkau Yang Maha memegang hati-hati manusia. Ya Allah. Aku tak tahu syafaat nabi sampai ke tak ke atas anak ini. Ya Allah aku tak tahu aku nak buat apa. Bantu aku ya Allah. “

Dalam keadaan tawakal. Saya lafazkan dengan penuh sungguh. Allahumma Solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Allahumma solli ala sayyidina muhammad. Berbuih-buih mulut saya selawat ke atas ubun-ubunnya. Sambil saya selawat sambil saya usap. Kemudian sesekali saya tiupkan.

Hampir 5 minit saya bacakan. kemudian terlena anak kecil itu di dada saya. Masya Allah. Ya Allah. Maha Besar Allah..Subhanallah.

Terkejut mat salleh tu pandang saya. Si ayah terus berdiri di seat hadapan. Sebab hairan sudah hilang suara tangisan. Bertambah pelik lelaki mat salleh tu sebab anak kecik tu terlelap tempat saya.

” Wooooo amazing. Oh my god!!! “

Berulang-ulang si ibu lafaz oh my god !
Hahaha.. pengalaman yang takkan saya lupakan.

Ya Mujib. Sungguhlah Engkau Yang Memegang hati-hati manusia Ya Allah. Kami tak berdaya, Engkau Yang Maha berdaya. Engkau Maha Esa. Engkau Maha Tunggal. Dan Engkau Ya Allah Maha mengetahui apa yang kami tidak ketahui.

Bismillahirahmannirahim..

Alhamdulillahi robbil’ alamin, wassolatu wassalamu’ ala khotimunnabiyyin walmursalin, sayyidina muhammad wa ala’ alihi wasohbihi wattaabi’in wa man tabi’ahum bi ihsani ila yaumiddin. Amma ba’d.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi kerana Allah. Sentiasalah amalkan selawat ke ubun-ubun anak kecil. Ini apa yang ibu ayah saya amalkan kepada saya selaku anak sulung sampailah adik bongsu kami.

Sentiasalah beringat, setiap kalimah yang dianjurkan dalam islam itu sendiri pasti ada fungsinya tersendiri. Yang penting adalah yakin kepada Allah SWT. Insya Allah.

Wallahualam.

Share jika bermanfaat. 

Read More »

AKHIRNYA TERBONGKAR PUNCA SEBENAR GADIS BUNUH DIRI DARI TINGKAT 16 YANG MENDAPAT PERHATIAN MELUAS DARI NETIZEN



Seorang gadis cantik ditemui maut selepas dipercayai bunuh diri dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, George Town, Pulau Pinang, pada Khamis lalu, kini mendapat perhatian meluas dari netizen.

Gambar mayat mangsa, Darshwini Premkumar, 21, yang ditemui ngeri dalam keadaan kepalanya pecah turut tersebar di media sosial dan menimbulkan rasa simpati ramai.

Sementara itu, pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatharash berkata, sepasang selipar milik mangsa dijumpai berdekatan koridor di tingkat 16.

“Berdasarkan siasatan lanjut, kita percaya mangsa mengalami tekanan perasaan selepas kecewa dalam hubungan cinta. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Dalam pada itu, timbul pula khabar angin panas mendakwa mangsa bertindak sedemikian ekoran bertengkar dengan teman lelakinya yang meminta gambar bogel dirinya.

Khabar angin yang tersebar ini sekali gus membuatkan netizen meluahkan rasa kesal dan kata-kata kecaman kepada teman lelaki Darshwini.

Terpanggil untuk mempertahankan dirinya, teman lelaki Darshwini, iaitu Rohen Sivakumaradass, menafikan hal tersebut.

“Darshwini dan saya sudah bersama lebih dari empat tahun. Apa yang membuatkan anda terfikir saya meminta gambar bogel sekarang setelah lama bersama?

“Kalau anda tidak kenal siapa dia personally tolong jangan kongsi apa-apa mengenai dia. Lebih baik kita mendoakan dia berada di tempat yang tenang,” tulisnya.


Read More »

9 PERKARA YANG LELAKI MAHUKAN TETAPI MEREKA DIAM



(**)Sudah terang lagi bersuluh, jika hendak dibandingkan antara wanita dan lelaki, kita-kita ini jauh lebih gemar berterus-terang. Para lelaki selalunya pilih untuk memendam dari mengungkapkan kemahuan mereka yang…

(**)Ada kemungkinan juga pasangan mahu menjaga hati kita, al-maklumlah, kita ni kan sensitif orangnya. Cakap sikit melenting, cakap sikit terasa hati, cakap sikit “hantar saya balik rumah mak!”. Tu yang kaum adam lebih rela simpan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.

(**)Oleh itu, apa salahnya jika kita ambil masa untuk relaks, hela nafas panjang, fikirkan apa yang sebaiknya untuk pasangan. Mereka juga punya perasaan dan ingin dimanja.

(**)Antara kehendak mereka yang diselindung:-

(**)#1 Rasa Hormat

(**)Wanita diibaratkan tulang rusuk laki-laki. Kaum adam itu wali dan imam. Ertinya, gelaran mereka adalah lebih tinggi daripada kita si wanita ni. Mereka sering butuhkan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar memahami si dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada kita. Bertolak-ansurlah. Hormat disini bermaksud dari segi jolokkan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan yang mulia kita terhadap si dia. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda.

(**)#2 Kekaguman

(**)Dah kata tadi, mereka juga ingin rasa disayangi dan dimanja. Walau sekasanova mana pun sifat mereka, sesado mana pun badan mereka, ya! Mereka masih mahu dibelai. Cuba susun ayat dan khabarkan ayat puitis manis anda pada dirinya seikhlas hati. Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Jangan tidak ikhlas pula. Mereka kadang-kala mempunyai deria yang dapat menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga.

(**)#3 Wanita Sebagai Peneman

(**)Lelaki gemar berdampingan bersama wanita yang dicintainya. Dia mungkin mahu anda menemannya pergi melakukan aktiviti kegemaran seperti perlawanan persahabatan futsal, bina badan di gim, berjoging, menonton filem aksi dan sebagainya. Tunjuk yang anda sentiasa menyokong minatnya dari belakang. Dia pasti berterima kasih kepada anda kerana sentiasa menjadi “cheerleader” yang sejati.

(**)#4 Mahukan Bidadari

(**)Seperti wanita, lelaki juga suka yang cantik-cantik. Oh tidak, maksud bidadari disini bukanlah meminta anda untuk menjadi sempurna dari segala segi. Maksudnya disini, silalah anda cari masa dan letak sedikit usaha untuk kelihatan kemas dan cantik untuk pasangan. Bukan untuk orang lain, ianya khas untuk dilihat pasangan anda. Tak minta untuk anda menjadi seorang supermodel. Cukuplah sekadar memakai pakaian yang sedap mata memandang, kebersihan diri yang rapi dan berbau harum. Dia pasti kagum dengan usaha anda untuk menambat hatinya.

(**)#5 Bercakap Dalam Kadar Nada Lemah Lembut

(**)Kalau tengok cerita klasik dulu-dulu, bukan main lagi semua perempuan bertutur dengan cara hemah dan lemah-lembut. Seolah bercakap dalam selimut. Zaman sekarang ni, nak jumpa seorang perempuan yang lemah-lembut je pun susah. Semuanya jenis cakap dari 10 batu dah dengar.

(**)Ha, yang ada pasangan tu, jangan lah buat si dia macam kawan-kawan anda pula. Berkata-katalah dalam kadar yang lemah-lembut, sopan-santun. Tidak dinafikan, lelaki tidak suka perempuan yang plastik atau buat-buat. Kita jadi diri kita, tetapi apabila berkomunikasi atau bertindak dengannya, cuba anggap diri kita ni ibarat perempuan melayu terakhir. Okay? Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.

(**)#6 Galakan

(**)Lelaki suka mendapat galakan, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak. Mereka fikir, jika anda meletakkan kepercayaan terhadap diri mereka, mereka pasti boleh menghadapi apa sahaja cabaran. Ingat, kita adalah “cheerleader” mereka!

(**)#7 Penghargaan

(**)Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk buat hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucaplah terima kasih. Penghargaan dapat menimbulkan rasa cinta daripada anda terhadapnya. Lihatlah, dia pasti tidak jemu untuk membantu anda lagi lain kali melihatkan sifat anda yang sering menghargainya.

(**)#8 Beri Ruang

(**)Mereka sememangnya seorang yang gagah. Tetapi kadang-kala berilah mereka masa untuk lakukan kehendak diri mereka. Beri dia masa untuk lepak bersama kawan-kawannya atau habiskan masa untuk dirinya sendiri. Jangan anda kongkong hidup mereka. Itu mengundang kecelakaan namanya. Lelaki tidak suka dikongkong, begitu juga anda kan?

(**)#9 Diperlukan

(**)Lelaki sudah sedia tahu yang anda mahukan dirinya, tetapi apa salahnya jika anda tunjukkan! Lelaki mahu rasa diperlukan. Jika dia tidak rasa dirinya diperlukan oleh anda, ini boleh mengganggu-gugat keyakinan dirinya. Romantis dengan dirinya dan buat dia rasa yang anda begitu teruja dan rasa beruntung untuk mendapatkannya dalam hidup anda!

(**)Semoga Cinta Anda Bersama Pasangan Kekal Abadi!
Read More »

Teh Kurus Untuk Buang Angin & Lemak



(**)Kaum wanita sanggup cuba macam-macam produk untuk rasa sihat dan kekal cantik. Kali ini mungkin anda yang gemar petua tradisional boleh cuba minum air mujarab ini untuk buang angin dalam badan dan lemak degil untuk kurus secara sihat. Semak dulu bahan-bahan yang diperlukan...


(**)Bahan-bahan:

(**)Green tea
(**)Lemon
(**)Halia
(**)Bekas air
(**)Pisau
(**)Papan pemotong.
(**)Kettle air

(**)Cara-Caranya:

(**)1. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong dalam kettle, kemudian tambah air.

(**)2. Sebelum masukkan teh, potong label teh dan potong separuh dari tali.

(**)4. Apabila mendidih, boleh minum panas atau sejuk.

(**)Anda boleh buat banyak dan simpan dalam peti ais.

(**)Minum dua kali sehari, pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Nak minum banyak kali pun boleh.

(**)Selamat mencuba
Read More »