Sebuah zoo yang terletak di Surabaya, Jawa Timur Indonesia ini pernah
mendapat kecaman dariapda dunia terumatanya di kalangan aktivis pencinta
binatang.
Zoo yang mendapat gelaran sebagai ‘zoo neraka’ ini menjadi perhatian di
mata dunia apabila gambar-gambar haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini
tersebar di internet.
Gambar-gambar yang memaparkan haiwan-haiwan seperti harimau, beruang dan
singa dalam keadaan yang kotor dan menyedihkan seperti tidak mendapat
layanan yang baik daripada pihak pengurusan zoo ini.
Zoo yang mula dibuka kepada umum pada 28 September 1917 ini terletak di
kawasan seluas 37 ekar yang menjadi kediaman kepada 3500 ekor binatang.
Pada tahun 2010, aktivis haiwan telah memfailkan aduan mengenai layanan
teruk terhadap haiwan-haiwan yang terdapat di zoo tersebut yang
kemudiannya menyebabkan penggantungan lesen zoo ini oleh pihak berkuasa
Indonesia berikutan kematian seekor harimau sumatra dan singa afrika.
No comments:
Post a Comment