Wednesday, 1 June 2016
9 PERKARA YANG LELAKI MAHUKAN TETAPI MEREKA DIAM
(**)Sudah terang lagi bersuluh, jika hendak dibandingkan antara wanita dan lelaki, kita-kita ini jauh lebih gemar berterus-terang. Para lelaki selalunya pilih untuk memendam dari mengungkapkan kemahuan mereka yang…
(**)Ada kemungkinan juga pasangan mahu menjaga hati kita, al-maklumlah, kita ni kan sensitif orangnya. Cakap sikit melenting, cakap sikit terasa hati, cakap sikit “hantar saya balik rumah mak!”. Tu yang kaum adam lebih rela simpan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.
(**)Oleh itu, apa salahnya jika kita ambil masa untuk relaks, hela nafas panjang, fikirkan apa yang sebaiknya untuk pasangan. Mereka juga punya perasaan dan ingin dimanja.
(**)Antara kehendak mereka yang diselindung:-
(**)#1 Rasa Hormat
(**)Wanita diibaratkan tulang rusuk laki-laki. Kaum adam itu wali dan imam. Ertinya, gelaran mereka adalah lebih tinggi daripada kita si wanita ni. Mereka sering butuhkan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar memahami si dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada kita. Bertolak-ansurlah. Hormat disini bermaksud dari segi jolokkan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan yang mulia kita terhadap si dia. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda.
(**)#2 Kekaguman
(**)Dah kata tadi, mereka juga ingin rasa disayangi dan dimanja. Walau sekasanova mana pun sifat mereka, sesado mana pun badan mereka, ya! Mereka masih mahu dibelai. Cuba susun ayat dan khabarkan ayat puitis manis anda pada dirinya seikhlas hati. Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Jangan tidak ikhlas pula. Mereka kadang-kala mempunyai deria yang dapat menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga.
(**)#3 Wanita Sebagai Peneman
(**)Lelaki gemar berdampingan bersama wanita yang dicintainya. Dia mungkin mahu anda menemannya pergi melakukan aktiviti kegemaran seperti perlawanan persahabatan futsal, bina badan di gim, berjoging, menonton filem aksi dan sebagainya. Tunjuk yang anda sentiasa menyokong minatnya dari belakang. Dia pasti berterima kasih kepada anda kerana sentiasa menjadi “cheerleader” yang sejati.
(**)#4 Mahukan Bidadari
(**)Seperti wanita, lelaki juga suka yang cantik-cantik. Oh tidak, maksud bidadari disini bukanlah meminta anda untuk menjadi sempurna dari segala segi. Maksudnya disini, silalah anda cari masa dan letak sedikit usaha untuk kelihatan kemas dan cantik untuk pasangan. Bukan untuk orang lain, ianya khas untuk dilihat pasangan anda. Tak minta untuk anda menjadi seorang supermodel. Cukuplah sekadar memakai pakaian yang sedap mata memandang, kebersihan diri yang rapi dan berbau harum. Dia pasti kagum dengan usaha anda untuk menambat hatinya.
(**)#5 Bercakap Dalam Kadar Nada Lemah Lembut
(**)Kalau tengok cerita klasik dulu-dulu, bukan main lagi semua perempuan bertutur dengan cara hemah dan lemah-lembut. Seolah bercakap dalam selimut. Zaman sekarang ni, nak jumpa seorang perempuan yang lemah-lembut je pun susah. Semuanya jenis cakap dari 10 batu dah dengar.
(**)Ha, yang ada pasangan tu, jangan lah buat si dia macam kawan-kawan anda pula. Berkata-katalah dalam kadar yang lemah-lembut, sopan-santun. Tidak dinafikan, lelaki tidak suka perempuan yang plastik atau buat-buat. Kita jadi diri kita, tetapi apabila berkomunikasi atau bertindak dengannya, cuba anggap diri kita ni ibarat perempuan melayu terakhir. Okay? Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.
(**)#6 Galakan
(**)Lelaki suka mendapat galakan, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak. Mereka fikir, jika anda meletakkan kepercayaan terhadap diri mereka, mereka pasti boleh menghadapi apa sahaja cabaran. Ingat, kita adalah “cheerleader” mereka!
(**)#7 Penghargaan
(**)Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk buat hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucaplah terima kasih. Penghargaan dapat menimbulkan rasa cinta daripada anda terhadapnya. Lihatlah, dia pasti tidak jemu untuk membantu anda lagi lain kali melihatkan sifat anda yang sering menghargainya.
(**)#8 Beri Ruang
(**)Mereka sememangnya seorang yang gagah. Tetapi kadang-kala berilah mereka masa untuk lakukan kehendak diri mereka. Beri dia masa untuk lepak bersama kawan-kawannya atau habiskan masa untuk dirinya sendiri. Jangan anda kongkong hidup mereka. Itu mengundang kecelakaan namanya. Lelaki tidak suka dikongkong, begitu juga anda kan?
(**)#9 Diperlukan
(**)Lelaki sudah sedia tahu yang anda mahukan dirinya, tetapi apa salahnya jika anda tunjukkan! Lelaki mahu rasa diperlukan. Jika dia tidak rasa dirinya diperlukan oleh anda, ini boleh mengganggu-gugat keyakinan dirinya. Romantis dengan dirinya dan buat dia rasa yang anda begitu teruja dan rasa beruntung untuk mendapatkannya dalam hidup anda!
(**)Semoga Cinta Anda Bersama Pasangan Kekal Abadi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment