Tuesday, 12 January 2016

Video..Sebak..Wanita Datang Peluk Bekas Kekasih Di Majlis Persandingan..

Tersebarnya sekeping gambar seorang wanita datang peluk bekas kekasihnya di majlis persandingan lelaki berkenaan bersama isterinya. Rasanya ramai yang masih belum tahu kisah sebenar disebalik peristiwa berkenaan.
Menurut sumber, peristiwa itu berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia. Nama pengantin lelaki itu adalah Rais dan majlis persandingannya dengan isterinya berlangsung pada 17 Oktober 2014 yang lalu. Kehadiran Risna bekas kekasih Rais pada majlis berkenaan sebenarnya tidak mengejutkan kerana ia atas jemputan Rais sendiri.
Bagaimanapun tindakan Risna yang tidak dapat menahan rasa sedih dan rindu terus melangkah ke pelamin dan bersalaman dengan Rais sebelum memeluk bekas teman lelakinya itu di hadapan khalayak ramai termasuklah isteri Rais sendiri membuatkan orang ramai tergamam seketika. Berlaku juga sedikit kekecohan namun ia terkawal. Dalam pada itu ada juga yang turut menitiskan air mata menyaksikan adegan sayu berkenaan yang berlaku di depan mata mereka.
Bagi menjernihkan keadaan, keluarga pengantin lelaki tampil memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut. Mereka mengakui Rais dan Risna sebelum ini pernah menjalinkan ikatan cinta selama tujuh tahun iaitu semenjak 2005. Namun dek kerana tiada jodoh, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain. Puncanya bukan kerana Rais tetapi kerana pihak keluarga wanita berkenaan.
Menurut sumber info berkenaan, keluarga Rais menjelaskan mereka pernah menghantar rombongan meminang Risna untuk dijadikan isteri kepada Rais selepas bertahun-tahun menjalinkan ikatan cinta tetapi pinangan dari keluarga Rais itu ditolak mentah-mentah oleh keluarga Risna dengan bermacam-macam alasan. [Sumber asal: ooomedianetwork]


Bekas kekasih pergi ke majlis persandingan insan yang pernah beliau sayangi tetapi apa yang terjadi mari kita lihat video ini.....
Posted by Pertubuhan Anak Polis Malaysia - PAPM on Friday, January 8, 2016

No comments:

Post a Comment