Friday, 19 February 2016

Giliran Cristiano Ronaldo pula komen "PANAS" freekcik hebat Faiz Subri setelah lihat video ulang tayangnya berulang kali

Pemain Liga Super Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri mengakui terkejut apabila mendapat tahu video sepakan lencongnya kini disamakan atau lebih hebat daripada tendangan percuma pemain Brazil,Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Video berkenaan kini menjadi viral dan mencipta sejarah tersendiri apabila detik tersebut dikongsi peminat bola sepak di seluruh dunia.

Menurut Mohd Faiz, 29, dia tidak menyangka tendangan percuma yang dibuat semalam, dalam perlawanan menentang Pahang menjadi viral dan mencetuskan fenomena dalam kalangan peminat bola seluruh dunia.

Katanya, untuk membuat tendangan berkenaan dia sebenarnya meluangkan masa sekitar 15 minit setiap kali selepas tamat waktu latihan untuk cuba membuat tendangan percuma dari pelbagai jarak.

"Saya menjadikan Roberto Carlos dan Christiano Ronaldo sebagai idola dan sering menonton video sepakan percuma yang diambil mereka melalui laman YouTube.

"Saya tidak menyangka sepakan percuma itu melonjakkan nama saya hingga disamakan seperti sepakan dua pemain terkemuka itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ketika ditanya mengenai kemungkinan dia dicalonkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA, Faiz berkata, dia menganggap itu sebagai rezeki dan peluang untuk dirinya menaikkan nama pasukan dan negara.

Dalam perlawanan di Stadium Bandaraya yang berkesudahan dengan keputusan Pulau Pinang membenam Pahang dengan keputusan 4 - 1.
Gol ketiga pasukan, sumbangan Mohd Faiz ternyata meninggalkan impak tersendiri apabila diiktiraf komuniti bola sepak dunia sebagai setaraf dengan tendangan dilakukan Carlos iaitu bekas bintang pertahanan Brazil.
Sumber: Berita Harian


Korang rasa free kick siapa paling cantik? tgk video atas dan paling bawah tu.. admin pilih Mohd Faiz..

Admin: "habislah kali ini,,, free kick dia lagi best dari yg aku buat haritu...ciss" MUNGKINitu yang tengah bermain dikepala hotak Carlos kan hehe... agak-agaknya apa komen Roberto Carlos selepas melihat tendangan percuma TERBAIK DUNIA Mohd Faiz semalam? pasti beliau tak puas hati kan... hehe dan teruja nak jumpa Mohd Faiz lepas ni mintak autograf hehe... sama-samalah kita tunggu apa komen Carlos nanti... apapun tahniah dan semoga Mohd Faiz menjadi penerima Anugerah Puskas FIFA tahun ini. Najib pun terpesona dengan tendangan beliau...keh3
P/S: Patut dpt gelaran Dato sebab mengharumkan nama negara... Mcm dato shah rukh khan, SETUJU? LOL

Sumber asal: mestigempakdotnet

Read More »

Mohon Bantu Share Ya!!! Merokok Selepas Makan 10 Kali Lipat Bahayanya!! Sila Kongsikan Kepada Teman Anda Yang Merokok!

Meski peringatan bahaya merokok terpampang terang dikemasan rokok tersebut, bahkan dengan gambar-gambar yang menyeramkan akibat merokok, tetapi untuk pecandu rokok hal ini seperti angin lalu.

Di mana-mana, bahkan juga di angkutan umum sekalipun, bila perokok telah ingin menghisap rokoknya, mereka bakal melakukannya. Tak kecuali di tempat makan, seperti cafe, atau warung-warung makan, kita banyak menemukan mereka sedang asyik merokok.

Alasan mereka biasanya sangatlah sederhana, bila tak merokok sesudah makan, mulut bakal terasa sebal dan asam. Namun tahukan Anda, apa yang terjadi pada tubuh, saat Anda merokok sesudah makan? Ini penjelasannya.

Tentu saja merokok setelah makan tak pernah direkomendasikan, bahkan juga beberapa ilmuwan serta dokter memperingatkan, betapa sangat berbahaya bila Anda merokok setelah makan.

Merokok bisa mengganggu sistem pencernaan di usus. System pencernaan yang mempengaruhi seluruh tubuh, terganggu disebabkan nikotin yang terikat dalam oksigen, yang diedarkan didalam darah. Lantaran nikotin ini lebih mudah diserap, hingga oksigen yang dibutuhkan sistem pencernaan menyusut.

Disebabkan yang dapat ditimbulkan adalah bisa memicu terjadinya kanker usus serta kanker paru-paru. Walaupun dokter menyampaikan lebih baik memberi jeda selama 20 menit sesudah makan, namun tetap saja, rokok tersebut tidak baik untuk tubuh.

Anda setuju bukan, terlebih didalam kemasan rokok tertera, bila merokok bisa menggugurkan kandungan, meningkatkan serangan jantung, serta kanker.

Jadi mana yang Anda tentukan? Sehat atau sakit?

Menurut apoteker berkebangsaan Nigeria, Lanre Alege dari Universitas Ilorin Teaching Hospital menyampaikan bahwa satu batang rokok yang dihisap sesudah makan, bahayanya sama dengan merokok 10 batang. Hal ini dikarenakan bahwa karena peredaran darah pada saluran
pencernaan setelah makan meningkat, mengakibatkan sejumlah besar kandungan dalam rokok yang tidak baik untuk kesehatan diserap, hingga dapat merusak hati, otak besar serta pembuluh darah jantung serta menyebabkan mempercepat penyakit terkait aspek-aspek ini. Rusaknya organ dalam tubuh akan menjadi lebih cepat serta resiko terkena kanker juga jadi lebih besar.

Sayang, walau bahaya yang mengintai tertalu berisiko, namun masih tetap saja aktivitas merokok sangat susah dihentikan. Terlebih dengan kesibukan merokok sesudah makan. Para perokok mengklaim bahwa aktivitas merokok setalah makan mempunyai kenikmatan tersendiri serta susah dihindari.

Akan tetapi, sebenarnya ada hal-hal yang dapat dikerjakan oleh para perokok untuk menghindarnya. 
Tersebut disini beberapa hal yang dapat Anda lakukan setelah makan, supaya Anda tidak serta-merta merokok

1. NIAT & KESUNGGUHAN BAHWA Anda INGIN BERHENTI MEROKOK

Ini adalah cara yang paling AMPUH!

2. Simpan Rokok Jauh-Jauh

Ini yaitu cara ampuh yang bisa anda lakukan saat ingin menghilangkan kebiasaan ini. Dengan tak membawa rokok bermakna tak ada peluang untuk beberapa perokok untuk menikmatinya. Letakan rokok di kamar atau di almari kerja Anda. Dengan demikian Anda dapat sesaat melepaskan diri dari kebiasaan merokok sesudah makan.

3. Makan di Ruangan Ber-AC

Hayo masih berani merokok sesudah makan? Bila masih tetap berani, para perokok mesti siap dengan kemungkinan dimarahin istri, ibu, atau petugas restoran bila makan di tempat yang ber AC. Dengan makan di ruangan ber-AC, Anda pasti tidak akan berani merokok. Dengan demikian, dorongan untuk merokok sesudah makan dapat sedikit ditekan.

4. Menggosok Gigi

Biasakan untuk menggosok gigi sesudah makan. Terkecuali untuk bersihkan gigi dari sisa-sisa makanan, kebiasaaan ini juga bisa bikin beberapa perokok enggan untuk merokok karena terasa mulut telah bersih sesudah gosok gigi.

5. Mencuci Tangan dan Piring

Waktu Anda mencuci tangan sesudah makan, sebaiknya Anda juga membersihkan piring. Kesibukan waktu mencuci piring dapat bikin Anda lupa dengan merokok. Keadaan tangan yang telah bersih akan mendorong Anda malas untuk merokok.

6. Mengobrol

Bila Anda makan dengan keluarga atau teman, coba untuk mengobrol sesudah makan. Usahakan tema yang tengah Anda bicarakan tak mengenai rokok. Hal ini dapat menghindar Anda merokok dalam beberapa waktu.

Pada intinya, kapanpun Anda merokok benda tersebut terus menimbulkan dampak buruk untuk kesehatan Anda. Serta bagaimana juga orang lain memberikan tips, nasehat serta lainnya, hanya bakal jadi angin lantas saat Anda tak berkeinginan untuk menghentikannya. Semakin kuat hasrat untuk merokok, maka Anda juga harus berjuang lebih keras untuk menolaknya. Tetapi pilihan terus ditangan Anda, untuk terus sehat, atau merasakan kenikmatan sampai pada akhirnya sakit-sakitan.

Silahkan share pada teman kalian yang perokok.
Read More »

Ingin Hantar Anak Ke Sekolah SJKC? Baca 9 Tips Penting Ini

Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan Cina, SJKC. 
Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC. Antara pro yang paling jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari tiga bahasa. Kontranya pula ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama dua kali seminggu sahaja.
Oleh itu, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji atau SAR selepas sekolah. Berikut adalah beberapa tips berdasarkan pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke SJKC agar dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak.
1. Mulakan dari tadika
Hantar anak-anak kita ke tadikan yang ditempatkan di sekolah Cina yang hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita mahu menghantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun. 
Ini bagi memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar anak ke tadika yang glamour kononnya mengajar mandarin adalah tidak digalakkan. Tadika sedemikian hanya mahukan duit sahaja sedangkan silibusnya entah apa-apa. 
2. Kenali Cikgu
Kenalilah cikgu-cikgu anak anda bagi mengenalipasti perkembangan anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ini semuanya sibuk-sibuk belaka. Ini kerana mereka akan periksa homework anak-anak murid setiap hari.
3. Tubuhkan 'Support Group'
Tubuhkan satu kumpulan sokongan dengan ibu bapa yang lain agar dapat bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dan harus buat homework yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari. Senarai homework (kongker) selalunya akan disalin di papan hitam. Jika anak-anak kita lembab nak menyalin, kelak dia tidak tahu homework mana yang perlu dibuat. 
Semasa buku homework di"pass-up" dan anak kita tak buat homework, dia akan dimarahi oleh guru secara 'kaw-kaw'. Bila guru marah, bukan salah guru dan guru marah kena dia mahukan anak kita 'improve'. 
Jika kita campur tangan dalam hal guru memarahi anak kita, kelak anak kita bakal diboikot oleh guru. Selagi guru yang menghukum dengan tidak menjatuhkan maruah anak kita, kita tidak sepatutnya marah. Oleh itu, pastikan anak-anak kita buat semua homework. 
Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci. WhatsApp group itu pasti akan membantu. Lantiklah seorang ketua ibu bapa dalam WhatsApp group yang 'caring' dan suka membantu. 
Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu anak-anak membuat homework sehingga larut malam.
4. Peranan Ibu Bapa 100%
Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlukan penglibatan ibubapa yang lebih untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana anak anda akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini akan memberikan tekanan kepada mereka. 
Salin jadual waktu dengan cermat dan 'know what is going on. Jika ada ujian ejaan bahasa Cina, pastikan anak-anak membuat hafalan. Kalau salah, pasti kena!
5. Pastikan Anak Berdisiplin
Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan tiada sebarang kelonggaran yang diberikan. Oleh itu, ibubapa seharusnya peka terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat, rambut harus pendek seperti yang ditetapkan, kuku kena pendek, lencana dan tag nama harus dijahit kemas. Di hari murid-murid pakai baju sukan mesti pakai baju sukan. Hari Isnin, sila datang awal kerana ada perhimpunan sekolah. Jika langgar peraturan, anak kita akan dilabel sebagai murid bermasalah dan ini akan menganggu prestasi akademik mereka. 
6. Bekalkan Makanan
Bagi orang Islam, sediakanlah bekal pada anak-anak jika berasa was-was dengan makanan yang dijual di kantin sekolah. Jika tiada masa, cari ibubapa yang buat bisnes bekalan halal untuk anak-anak kita. 
7. Homework siap sebelum tidur
Jika kita tidak mahu menghantar anak kita ke tuition sekolah (sampai jam 3 petang), cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR, pastikan homework siap sebelum tidur. 
8. Jangan sensitif
Anak kita dimarahi oleh cikgu adalah perkara biasa terutamanya cikgu yang suka bising-bising. Jadi usahlah terlalu sensitif dan ibubapa diminta sediakan mental anak anda untuk menerima keadaan tersebut.
9. Pastikan silibus agama diajar
Bagi yang beragama Islam, kenalilah ustazah atau ustaz di sekolah anak anda. Pastikan juga silibus agama diajar. Ajarlah anak-anak anda sendiri membaca al-fatihah, surah lazim dan lain-lain.
Tolonglah jangan saja-saja nak meletakkan anak-anak anda ke SJKC tanpa persediaan. Main hantar saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita! Kasihan pada mereka, cikgu juga tertekan nak menguruskan anak-anak yang mana ibubapa mereka bersikap lepas tangan. 
InshaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan jika kita hantar mereka ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap masa di luar sekolah, itu lebih baik, akhirat juga terbela.
Cuma saya lihat, anak-anak menjadi skema sikit kerana adakalanya SJKC ini terlalu tegas namun ada kebaikannya. 
Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan. Maaf jika penulisan ini agak panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri saya, Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn Bahari. Saya tukang tulis sahaja. - Emil Bahari | PIXEL MEDIA
Read More »

‘Baik Kahwin Dengan Kawan’- Luahan Isteri Untuk Lelaki Yang Sering Abaikan Tanggungjawab Sebagai Suami

bini
Biasa lah, sebelum kahwin semuanya manis dan bahagia tapi selepas kahwin tu macam-macam cabaran dan dugaan yang harus tempuhi baik bagi pihak suami atau pun isteri. Tapi tu lah asam garam dalam membina rumah tangga ni. Betul tak?
Wanita ni kongsi perasaan sebagai seorang isteri punyai suami yang tidak adil, utamakan kahwin dan masih ada perangai hidup bujang walaupun dah kahwin. Ehemm.. Macam mana tu eh? Kaum lelaki sila jawab.. Hehe

Luahan seorang isteri..

Screen Shot 2016-02-18 at 2.42.13 AM

Tapi bila kawan ajak keluar..

Screen Shot 2016-02-18 at 2.42.25 AM

‘Bini mana tak geram tengah melepak dengan suami’

Screen Shot 2016-02-18 at 2.42.39 AM
Sumber: Facebook Eira Zaki
Read More »

Ini Senarai Calon ‘Orang Ketiga’ Suami Anda, Isteri Jaga-jaga!

Senarai Calon ‘Orang Ketiga’ Suami Anda, Jaga-jaga!
Kecurangan suami memang menyakitkan buat seorang isteri. Diri akan rasa dikhianati dan dibohongi sehingga ada yang mengalami tekanan jiwa berhadapan masalah ini.

Tapi tak dinafikan, pada masa yang sama sang isteri akan tertanya-tanya siapa gerangan orang ketiga yang telah membuat onar dalam hubungan mereka. Namanya wanita, selagi tidak diketahui, selagi itulah hati tidak akan berasa puas.

Beberapa kajian yang dibuat mendedahkan bahawa kecurangan suami sebenarnya kerap berlaku kalangan orang-orang yang terdekat dengannya. Malah mungkin dengan orang yang sangat anda percayai.

Jadi sebelum sampai ke peringkat kecurangan, sebaiknya kenali individu-individu terdekat dengan suami yang mungkin boleh menjadi orang ketiga antara anda dengan suami.

Teman Sekerja Wanita
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/18/Valentines.jpg
Potensi mereka lebih besar, sebabnya bandingkan saja masa suami dengan rakan sekerja dengan masa berada di rumah. Jadi anda boleh mengira dan membayangkan berapa lama mereka akan bersama.

Mereka mungkin bercerita tentang kerja tapi ada masa perbualan menjurus kepada perkara yang lebih peribadi seperti masalah dengan teman hidup dan sebagainya. Di sinilah perasaan simpati akan bercambah. Simpati inilah yang akan membawa masalah hingga ke tahap curang.

Bekas Kekasih Suami
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/18/Affair-Caught-in-the-Act.jpg
Suami kemungkinan besar pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain sebelum berkahwin dengan anda. Biarpun ia sudah menjadi kisah lama namun ia tidak menutup kemungkinan wanita tersebut lebih mengenali suami berbanding anda sendiri.

Walau sudah putus mereka mungkin masih berkawan. Jadi seeloknya jangan biarkan pasangan anda bertemu dengan bekas kekasihnya apatah lagi hanya mereka berdua saja.

Walau apapun sebabnya jika suami meminta izin dari anda untuk bertemu, sebaiknya tidak mengizinkan. Jika pertemuan itu terjadi tanpa pengetahuan anda maka terbukalah peluang untuk mengungkit kembali kenangan manis antara mereka berdua yang akan memekarkan kembali benih cinta lama.
Lihat saja betapa banyak kejadian reunion sekolah atau kolej yang akhirnya menyatukan cinta lama tapi tapi pada masa yang sama merobohkan rumah tangga.

Teman Isteri @ Isteri Teman Sendiri
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/18/cheating_boyfriend_phone_spy_6.jpg
Anda tentu pernah kenal dengan rakan-rakan pasangan. Sama juga suami tentu mengenali rakan anda.  Disebabkan mengenali pasangan masing-masing kurang kekok untuk berbual.

Selalunya pada tahap awal, hubungan mungkin sekadar rakan. Tidak melencong ke mana-mana tapi bila jika pertemuan berlanjutan topik perbualan mungkin akan terarah pada perkara-perkara informal seperti tentang aktiviti keluarga, kesibukan kerja dan sebagainya.

Ia mungkin seperti perkara kecil tapi jika kena masanya, perbualan seperti ini akan jadi perkara berbahaya apatah lagi jika disambung-sambung hingga mewujudkan bibit kemesraan. Di sinilah terbukanya ruang untuk terjadinya kecurangan.  Bentuknya, bermula dengan saling memberi perhatian. Hati-hati ya jika melihat unsur kemesraan yang luar biasa.

Tiga senarai calon orang ketiga ini diberi bukan untuk menakutkan isteri tapi lebih kepada ingatan untuk berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang mampu mengganggu gugat rumah tangga yang anda bina. Mencegah lebih baik dari merawat, tak gitu?

Sumber: www.familyshare.com
Read More »

Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Duha

Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Sunat Duha
Ketika murid lain menghabiskan masa rehat di kantin dan bermain, anak ini pula ke surau sekolah untuk menunaikan solat sunat duha. Bukan sekali sekala tapi itu rutinnya setiap hari.

Salah seorang guru terdetik untuk merakam gambarnya yang sedang menunaikan solat sunat duha lalu memuat naik di laman sosial. Sekelip mata gambar tersebut menjadi viral dan anak tahun satu bernama Muhammad Haziq Amsyar dikenali (kanan dalam gambar).

Rata-rata komen di laman sosial meluahkan rasa kagum dengan peribadi anak kecil yang dipanggil Amsyar ini. Bagi bapanya, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, dia terkejut dberitahu gambar anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kota Bharu mula tersebar.

“Saya tahu tentang perkara ini apabila ada rakan berkongsi gambar berkenaan melalui aplikasi WhatsApp. Memang saya terkejut apabila ia diviralkan. Tapi, bagi saya itu perkara biasa sahaja. Sebab Amsyar memberitahu, ada kala murid lain juga turut menyertainya,”katanya.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/17/amstar.jpg
Gambar inilah yang viral dilaman sosial beberapa hari lalu.
Ditanya caranya mendidik anak, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, Pasir Mas, ini memberitahu, dia dan isteri yang juga doktor di Klinik Kesihatan Bandar, Tengku Nor Adlina Raja Hussin, 36, sempat berkongsi perkara berikut:

1. Ajar solat lima waktu sejak usia lima tahun
“Saya dan isteri amat mementingkan akhlak anak-anak. Didikan solat lima waktu diajar sejak kecil lagi dan Amsyar mula solat penuh sejak usia 5 tahun.                                                                                                                                                                                                                                                        "Tambahan pula, dia berdisiplin dan kadang-kadang dia pula menunggu kita solat berjemaah. Solat duha, dia mula amalkan pada tahun ini tanpa meninggalkannya. Kami ajar dia sendiri dan Alhamdulillah, dia mudah ingat."

2. Hantar anak mengaji dengan nenek
“Amsyar mengaji al-Quran dengan neneknya dan kami tidak pernah menghantarnya ke kelas mengaji khas. Sekarang, dia boleh membaca dengan baik 15 juzuk al-Quran”

3. Hantar anak sekolah sejak usia 4 tahun
Kata Ahmad Mustamam, dia mula menghantar Amsyar ke sekolah sejak usia empat tahun lagi di tadika swasta berdekatan kediamannya.

4. Galak anak ajak rakan solat bersama
Akui Amsyar; “Awal-awal dulu, memang saya seorang sahaja. Namun, ayah suruh ajak kawan-kawan solat bersama. Mereka juga turut sertai saya di surau."

5. Sikap anak itu sendiri
“Amsyar sama seperti budak lain juga, cuma dia jenis yang pentingkan kesempurnaan.”

Dalam pada itu kata Amsyar yang juga anak sulung daripada empat adik-beradik ini, tiada masalah untuk dia menunaikan solat duha di sekolah kerana ia dilakukan pada waktu rehat.
“Apabila tiba waktu rehat, saya akan makan bekal yang diberi ibu terlebih dahulu dan kemudiannya baru solat."

Ibarat kata sejuk perut ibu mengandung, semoga sikap anak kecil ini berterusan hingga dewasa dan perkongsian ringkas ibu bapanya ini memberi manfaat kepada ibu bapa lain.
Sumber : Sinar Harian
Read More »

Thursday, 18 February 2016

5 Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Rasulullah

Salam dan selamat malam untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai….adakah kita tahu waktu-waktu tidur yang di larang oleh Rasulullah saw..Mari kita lihat pada waktu apakah kita tidak boleh tidur.

5 Waktu Tidur Yang Dilarang oleh Rasulullah Jika sebelum ini saya pernah kongsikan tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut sunnah Rasulullah Imbas kembali anda boleh baca DISINI Kali ini ada ilmu baru Jom baca dan amalka…
1) Tidur Selepas Makan – Sesungguhnya jika kita terus tidur selepas makan akan menyebabkan tidak sempurna proses sistem pencernaan kita.
2) Tidur Sepanjang Hari – Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari.ia boleh mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.
3) Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi – Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh,kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki..kerana waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha.Sabda Nabi : “Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
4) Tidur Pada Waktu Asar – Setengah alim ulamak mengatakan :”Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”
5) Tidur Sebelum Solat Isyak -Sesungguhnya adalah lebih baik kita menunaikan dulu solat Isyak pada waktunya,.sebab kadang setengah kita suka melewatkan hingga kadang lupa dah solat ke belum hingga tertidur dan dah tak menunaikan solat Isyak..tidak apa kita melewatkan solat Isyak jika kita yakin dapat bangun untuk menunaikannya.
Perkongsian di atas Diana kumpul sumber dari google untuk kita maanfatkan,semoga ia memberikan pengajaran untuk kita amalkan walaupun ringkas aje..Diana tak pandai nak tulis panjang berjela-jela..
Diana pernah mengalami tidur pada waktu Asar…waktu tu Diana masih lagi di alam persekolahan rendah..Diana tidur dan bangun dari tidur terus pergi mandi…lepas tu pakai baju sekolah…kononnya nak pergi sekolah waktu pagi..tertiba mak tegur nak pergi ke mana tu..?…Diana dengan selamba menjawab…”nak gi sekolahlah mak..”Mak cakap aii…petang macam ni nak pergi sekolah apa…?..Diana tengok jam pukul 6 lebih…terus rasa malu dan lemah jer badan..Mak kata….”tulah akibat tidur waktu Asar..
Read More »