Tapi tak dinafikan, pada masa yang sama sang isteri akan tertanya-tanya siapa gerangan orang ketiga yang telah membuat onar dalam hubungan mereka. Namanya wanita, selagi tidak diketahui, selagi itulah hati tidak akan berasa puas.
Beberapa kajian yang dibuat mendedahkan bahawa kecurangan suami sebenarnya kerap berlaku kalangan orang-orang yang terdekat dengannya. Malah mungkin dengan orang yang sangat anda percayai.
Jadi sebelum sampai ke peringkat kecurangan, sebaiknya kenali individu-individu terdekat dengan suami yang mungkin boleh menjadi orang ketiga antara anda dengan suami.
Teman Sekerja Wanita
Potensi mereka lebih besar, sebabnya bandingkan saja masa suami dengan rakan sekerja dengan masa berada di rumah. Jadi anda boleh mengira dan membayangkan berapa lama mereka akan bersama.
Mereka mungkin bercerita tentang kerja tapi ada masa perbualan menjurus kepada perkara yang lebih peribadi seperti masalah dengan teman hidup dan sebagainya. Di sinilah perasaan simpati akan bercambah. Simpati inilah yang akan membawa masalah hingga ke tahap curang.
Bekas Kekasih Suami
Suami kemungkinan besar pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain sebelum berkahwin dengan anda. Biarpun ia sudah menjadi kisah lama namun ia tidak menutup kemungkinan wanita tersebut lebih mengenali suami berbanding anda sendiri.
Walau sudah putus mereka mungkin masih berkawan. Jadi seeloknya jangan biarkan pasangan anda bertemu dengan bekas kekasihnya apatah lagi hanya mereka berdua saja.
Walau apapun sebabnya jika suami meminta izin dari anda untuk bertemu, sebaiknya tidak mengizinkan. Jika pertemuan itu terjadi tanpa pengetahuan anda maka terbukalah peluang untuk mengungkit kembali kenangan manis antara mereka berdua yang akan memekarkan kembali benih cinta lama.
Lihat saja betapa banyak kejadian reunion sekolah atau kolej yang akhirnya menyatukan cinta lama tapi tapi pada masa yang sama merobohkan rumah tangga.
Teman Isteri @ Isteri Teman Sendiri
Anda tentu pernah kenal dengan rakan-rakan pasangan. Sama juga suami tentu mengenali rakan anda. Disebabkan mengenali pasangan masing-masing kurang kekok untuk berbual.
Selalunya pada tahap awal, hubungan mungkin sekadar rakan. Tidak melencong ke mana-mana tapi bila jika pertemuan berlanjutan topik perbualan mungkin akan terarah pada perkara-perkara informal seperti tentang aktiviti keluarga, kesibukan kerja dan sebagainya.
Ia mungkin seperti perkara kecil tapi jika kena masanya, perbualan seperti ini akan jadi perkara berbahaya apatah lagi jika disambung-sambung hingga mewujudkan bibit kemesraan. Di sinilah terbukanya ruang untuk terjadinya kecurangan. Bentuknya, bermula dengan saling memberi perhatian. Hati-hati ya jika melihat unsur kemesraan yang luar biasa.
Tiga senarai calon orang ketiga ini diberi bukan untuk menakutkan isteri tapi lebih kepada ingatan untuk berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang mampu mengganggu gugat rumah tangga yang anda bina. Mencegah lebih baik dari merawat, tak gitu?
Sumber: www.familyshare.com
No comments:
Post a Comment