Friday, 19 February 2016

Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Duha

Bapa Amsyar Kongsi Tip Didik Anak Solat Sejak Kecil Termasuk Solat Sunat Duha
Ketika murid lain menghabiskan masa rehat di kantin dan bermain, anak ini pula ke surau sekolah untuk menunaikan solat sunat duha. Bukan sekali sekala tapi itu rutinnya setiap hari.

Salah seorang guru terdetik untuk merakam gambarnya yang sedang menunaikan solat sunat duha lalu memuat naik di laman sosial. Sekelip mata gambar tersebut menjadi viral dan anak tahun satu bernama Muhammad Haziq Amsyar dikenali (kanan dalam gambar).

Rata-rata komen di laman sosial meluahkan rasa kagum dengan peribadi anak kecil yang dipanggil Amsyar ini. Bagi bapanya, Ahmad Mustamam Alang Ahmad, 39, dia terkejut dberitahu gambar anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kota Bharu mula tersebar.

“Saya tahu tentang perkara ini apabila ada rakan berkongsi gambar berkenaan melalui aplikasi WhatsApp. Memang saya terkejut apabila ia diviralkan. Tapi, bagi saya itu perkara biasa sahaja. Sebab Amsyar memberitahu, ada kala murid lain juga turut menyertainya,”katanya.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/17/amstar.jpg
Gambar inilah yang viral dilaman sosial beberapa hari lalu.
Ditanya caranya mendidik anak, guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meranti, Pasir Mas, ini memberitahu, dia dan isteri yang juga doktor di Klinik Kesihatan Bandar, Tengku Nor Adlina Raja Hussin, 36, sempat berkongsi perkara berikut:

1. Ajar solat lima waktu sejak usia lima tahun
“Saya dan isteri amat mementingkan akhlak anak-anak. Didikan solat lima waktu diajar sejak kecil lagi dan Amsyar mula solat penuh sejak usia 5 tahun.                                                                                                                                                                                                                                                        "Tambahan pula, dia berdisiplin dan kadang-kadang dia pula menunggu kita solat berjemaah. Solat duha, dia mula amalkan pada tahun ini tanpa meninggalkannya. Kami ajar dia sendiri dan Alhamdulillah, dia mudah ingat."

2. Hantar anak mengaji dengan nenek
“Amsyar mengaji al-Quran dengan neneknya dan kami tidak pernah menghantarnya ke kelas mengaji khas. Sekarang, dia boleh membaca dengan baik 15 juzuk al-Quran”

3. Hantar anak sekolah sejak usia 4 tahun
Kata Ahmad Mustamam, dia mula menghantar Amsyar ke sekolah sejak usia empat tahun lagi di tadika swasta berdekatan kediamannya.

4. Galak anak ajak rakan solat bersama
Akui Amsyar; “Awal-awal dulu, memang saya seorang sahaja. Namun, ayah suruh ajak kawan-kawan solat bersama. Mereka juga turut sertai saya di surau."

5. Sikap anak itu sendiri
“Amsyar sama seperti budak lain juga, cuma dia jenis yang pentingkan kesempurnaan.”

Dalam pada itu kata Amsyar yang juga anak sulung daripada empat adik-beradik ini, tiada masalah untuk dia menunaikan solat duha di sekolah kerana ia dilakukan pada waktu rehat.
“Apabila tiba waktu rehat, saya akan makan bekal yang diberi ibu terlebih dahulu dan kemudiannya baru solat."

Ibarat kata sejuk perut ibu mengandung, semoga sikap anak kecil ini berterusan hingga dewasa dan perkongsian ringkas ibu bapanya ini memberi manfaat kepada ibu bapa lain.
Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment