Perkongsian tentang menghantar anak kita ke sekolah jenis kebangsaan Cina, SJKC.
Ada pro dan kontra menghantar anak-anak kita ke SJKC. Antara pro yang
paling jelas ialah, anak-anak kita dapat mempelajari tiga bahasa.
Kontranya pula ialah anak-anak kita hanya ada kelas agama dua kali
seminggu sahaja.
Oleh itu, ada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke kelas mengaji
atau SAR selepas sekolah. Berikut adalah beberapa tips berdasarkan
pengalaman kepada mereka yang berhajat untuk menghantar anak-anak ke
SJKC agar dapat mengurangkan stress mengendalikan anak-anak kelak.
1. Mulakan dari tadika
Hantar anak-anak kita ke tadikan yang ditempatkan di sekolah Cina yang
hendak kita tempatkan anak kita di darjah 1 kelak. Contohnya, jika kita
mahu menghantar anak kita ke SJKC Lai Meng, hantarlah anak kita ke
Tadika Lai Meng dari umur 5 tahun.
Ini bagi memudahkan transisi ke darjah 1. Pengalaman mengajar menghantar
anak ke tadika yang glamour kononnya mengajar mandarin adalah tidak
digalakkan. Tadika sedemikian hanya mahukan duit sahaja sedangkan
silibusnya entah apa-apa.
2. Kenali Cikgu
Kenalilah cikgu-cikgu anak anda bagi mengenalipasti perkembangan
anak-anak anda. Perlu kejar cikgu kerana cikgu di SJKC ini semuanya
sibuk-sibuk belaka. Ini kerana mereka akan periksa homework anak-anak
murid setiap hari.
3. Tubuhkan 'Support Group'
Tubuhkan satu kumpulan sokongan dengan ibu bapa yang lain agar dapat
bantu membantu. Oleh kerana sekolah Cina wajib dan harus buat homework
yang banyak, kadang-kadang 10 ke 15 homework sehari. Senarai homework
(kongker) selalunya akan disalin di papan hitam. Jika anak-anak kita
lembab nak menyalin, kelak dia tidak tahu homework mana yang perlu
dibuat.
Semasa buku homework di"pass-up" dan anak kita tak buat homework, dia
akan dimarahi oleh guru secara 'kaw-kaw'. Bila guru marah, bukan salah
guru dan guru marah kena dia mahukan anak kita 'improve'.
Jika kita campur tangan dalam hal guru memarahi anak kita, kelak anak
kita bakal diboikot oleh guru. Selagi guru yang menghukum dengan tidak
menjatuhkan maruah anak kita, kita tidak sepatutnya marah. Oleh itu,
pastikan anak-anak kita buat semua homework.
Tolong menolong antara ibu bapa adalah kunci. WhatsApp group itu pasti
akan membantu. Lantiklah seorang ketua ibu bapa dalam WhatsApp group
yang 'caring' dan suka membantu.
Sebagai contoh dalam group parents kelas 2B, seorang ibu bernama Vivian
selalu membantu anak-anak dan ibu bapa. Silalah bersedia untuk membantu
anak-anak membuat homework sehingga larut malam.
4. Peranan Ibu Bapa 100%
Anak-anak darjah 1 hingga 2, perlukan penglibatan ibubapa yang lebih
untuk memeriksa buku-buku yang perlu dibawa. Jangan tak bawa buku kerana
anak anda akan dikenakan hukuman seperti berdiri di luar kelas dan ini
akan memberikan tekanan kepada mereka.
Salin jadual waktu dengan cermat dan 'know what is going on. Jika ada
ujian ejaan bahasa Cina, pastikan anak-anak membuat hafalan. Kalau
salah, pasti kena!
5. Pastikan Anak Berdisiplin
Disiplin adalah keutamaan di SJKC. Peraturan adalah peraturan dan tiada
sebarang kelonggaran yang diberikan. Oleh itu, ibubapa seharusnya peka
terhadap peraturan sekolah. Jangan hantar anak-anak lewat, rambut harus
pendek seperti yang ditetapkan, kuku kena pendek, lencana dan tag nama
harus dijahit kemas. Di hari murid-murid pakai baju sukan mesti pakai
baju sukan. Hari Isnin, sila datang awal kerana ada perhimpunan sekolah.
Jika langgar peraturan, anak kita akan dilabel sebagai murid bermasalah
dan ini akan menganggu prestasi akademik mereka.
6. Bekalkan Makanan
Bagi orang Islam, sediakanlah bekal pada anak-anak jika berasa was-was
dengan makanan yang dijual di kantin sekolah. Jika tiada masa, cari
ibubapa yang buat bisnes bekalan halal untuk anak-anak kita.
7. Homework siap sebelum tidur
Jika kita tidak mahu menghantar anak kita ke tuition sekolah (sampai jam
3 petang), cari tuition untuk dia. Jika hantar anak kita ke SAR,
pastikan homework siap sebelum tidur.
8. Jangan sensitif
Anak kita dimarahi oleh cikgu adalah perkara biasa terutamanya cikgu
yang suka bising-bising. Jadi usahlah terlalu sensitif dan ibubapa
diminta sediakan mental anak anda untuk menerima keadaan tersebut.
9. Pastikan silibus agama diajar
Bagi yang beragama Islam, kenalilah ustazah atau ustaz di sekolah anak
anda. Pastikan juga silibus agama diajar. Ajarlah anak-anak anda sendiri
membaca al-fatihah, surah lazim dan lain-lain.
Tolonglah jangan saja-saja nak meletakkan anak-anak anda ke SJKC tanpa
persediaan. Main hantar saja tanpa tahu apa-apa, naya anak kita! Kasihan
pada mereka, cikgu juga tertekan nak menguruskan anak-anak yang mana
ibubapa mereka bersikap lepas tangan.
InshaAllah jika kita istiqomah, anak-anak kita akan mendapat kebaikan
jika kita hantar mereka ke sekolah SJKC ini. Mereka akan berdisiplin dan
hormat kepada ibu bapa dan guru. Jika kita masukkan elemen agama setiap
masa di luar sekolah, itu lebih baik, akhirat juga terbela.
Cuma saya lihat, anak-anak menjadi skema sikit kerana adakalanya SJKC ini terlalu tegas namun ada kebaikannya.
Ini sajalah perkongsian yang saya boleh berikan. Maaf jika penulisan ini
agak panjang. Sebenarnya perkongsian ini merupakan pengalaman isteri
saya, Sharifah Suhaiza Tuan Sidek dengan anak kami Batrisyia Emilyn
Bahari. Saya tukang tulis sahaja. - Emil Bahari | PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment