Thursday 18 February 2016

5 Waktu Tidur Yang Dilarang Oleh Rasulullah

Salam dan selamat malam untuk sahabat blogger dan pembaca yang Diana sayangi dan hargai….adakah kita tahu waktu-waktu tidur yang di larang oleh Rasulullah saw..Mari kita lihat pada waktu apakah kita tidak boleh tidur.

5 Waktu Tidur Yang Dilarang oleh Rasulullah Jika sebelum ini saya pernah kongsikan tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum tidur mengikut sunnah Rasulullah Imbas kembali anda boleh baca DISINI Kali ini ada ilmu baru Jom baca dan amalka…
1) Tidur Selepas Makan – Sesungguhnya jika kita terus tidur selepas makan akan menyebabkan tidak sempurna proses sistem pencernaan kita.
2) Tidur Sepanjang Hari – Sesungguhnya jika kita amalkan sering tidur sepanjang hari.ia boleh mengakibatkan kita senang di serang penyakit terutamanya penyakit diabetes.
3) Tidur Selepas Solat Subuh Dan Awal Pagi – Rasulullah tidak tidur selepas solat subuh,kerana Allah memberkati umatnya yang keluar pergi mencari rezeki..kerana waktu itu adalah waktu untuk kita mencari rezeki dan berusaha.Sabda Nabi : “Maksudnya berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan (riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
4) Tidur Pada Waktu Asar – Setengah alim ulamak mengatakan :”Sesiapa yang tidur selepas asar sehingga terganggu keawarasannya,maka janganlah dia mencaci selain dari dirinya sendiri”
5) Tidur Sebelum Solat Isyak -Sesungguhnya adalah lebih baik kita menunaikan dulu solat Isyak pada waktunya,.sebab kadang setengah kita suka melewatkan hingga kadang lupa dah solat ke belum hingga tertidur dan dah tak menunaikan solat Isyak..tidak apa kita melewatkan solat Isyak jika kita yakin dapat bangun untuk menunaikannya.
Perkongsian di atas Diana kumpul sumber dari google untuk kita maanfatkan,semoga ia memberikan pengajaran untuk kita amalkan walaupun ringkas aje..Diana tak pandai nak tulis panjang berjela-jela..
Diana pernah mengalami tidur pada waktu Asar…waktu tu Diana masih lagi di alam persekolahan rendah..Diana tidur dan bangun dari tidur terus pergi mandi…lepas tu pakai baju sekolah…kononnya nak pergi sekolah waktu pagi..tertiba mak tegur nak pergi ke mana tu..?…Diana dengan selamba menjawab…”nak gi sekolahlah mak..”Mak cakap aii…petang macam ni nak pergi sekolah apa…?..Diana tengok jam pukul 6 lebih…terus rasa malu dan lemah jer badan..Mak kata….”tulah akibat tidur waktu Asar..

No comments:

Post a Comment