Monday 8 February 2016

Tip Elak Anak Buat Perangai Waktu Makan Di Luar

Tip Elak Anak Buat Perangai Waktu Makan Di Luar
Abang tumpahkan air, adik pula merengek, ini situasi yang selalu terjadi bila makan di luar bersama anak-anak yang masih kecil. Orang sekeliling mula pandang-pandang. Lebih segan bila anak mula campak barang.
Pernah anak rakan VK membaling kasutnya hingga masuk kedalam dulang berisi makanan. Ini mimpi ngeri para ibu. Jadi bagaimana nak elak perkara ini terjadi waktu keluar makan dengan anak. Ini tip yang kita kena kongsi;

1.Cari tempat selesa
Salah satu sebab anak meragam sebab dia tidak selesa. Mungkin tempat makan terlalu panas, ramai orang hingga anak berpeluh-peluh. Kita mungkin pergi sebab makanan di situ sedap tapi sanggup kah kita nak berdepan kerenah anak demi memenuhi anak tekak. Sebaiknya pergi ke tempat ini bersama rakan, dengan anak pula carilah kedai makan yang selesa.

2. Elak anak bosan
Waktu tunggu makanan boleh jadi saat paling getir bila makan di luar. Tambah pula makanan lambat sampai. Anak yang lapar dan bosan mulalah buat perangai. Sebelum mereka buat begini, sedia siap-siap makanan ringan atau permainan. Tablet atau telefon pintar walaupun tak digalakkan memang penyelamat masa ini.

3. Jangan ugut anak
Kalau anak dah terlanjur buat perangai macam mana nak kawal? Ada ramai ibu yang marah dan tak kurang ugut anak. 'Abang duduk diam, kalau tidak mama tinggalkan kamu kat sini' Anak tak faham ugutan begini boleh buat mereka lebih memberontak.
Eloknya sebelum makan di luar pesan pada anak- tentang adab di meja makan. "Hari ni kita nak makan di luar,ibu nak kamu jaga tingkah laku di meja makan. Jangan sekadar mendengar anak berkata "ok…" tapi tanya padanya apa yang patut dan tak patut dilakukan ketika makan di luar ini akan membuatkan anak lebih belajar.

4. Layan anak
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/5/2013_08_31_08_49_51.jpg
Apabila makanan sampai jangan tumpu pada pinggan sendiri walau pun lapar. Sambil makan layan anak-anak. Tanya anak sama ada makanan tersebut sedap atau pun berkongsi makanan anda dengan anak. Ini akan membuatkan mereka tidak berpeluang untuk merasa bosan dengan hidangannya.

5. Abaikan sepah
Ada ibu bapa yang marah-marah bila anak makan bersepah atau kerana anak mengotorkan baju. Anak kecil makan memang begini. Sikap yang marah-marah ini boleh membantutkan selera anak. Tak perlu marah-marah sebaliknya tunjukkan cara makan yang betul dengan kata-kata yang lembut.

6. Buat giliran makan
Ini pulak tip elak kita dan pasangan meragam! Pernah tak tengok seorang ibu terpaksa berhenti berkali- kali atau tak senang makan kerana perlu melayan anak dan suami langsung tidak membantu. Sakit hati tengokkan.
Jadi jangan biar itu berlaku pada kita. Makan di luar dengan anak yang masih kecil mungkin memerlukan anda dan suami bergilir. Ada masa waktu makan bayi mahu tidur. Jika ini berlaku beri peluang kepada suami makan dahulu dan anda melayan anak. Tapi jika mood anak baik makanlah bersama.

Semoga tip ini membantu anda sekeluarga dapat makan dengan tenang.

No comments:

Post a Comment