Tuesday 9 February 2016

Percutian Taman Tema Air Harga Bajet Sekeluarga Boleh Pergi

Percutian Taman Tema Air Harga Bajet Sekeluarga Boleh Pergi
Lokasi pilihan untuk bawa anak-anak bercuti selain pantai tentunya taman tema air.  Masalahnya untuk bawa sekeluarga ke tempat begini memang memerlukan banyak RM apatah lagi kalau anak ramai.
Tapi tak perlu menghampakan hasrat anak ke sini kerana ada banyak taman tema air di Malaysia ini yang caj masuk murah. 6 taman tema air yang disenaraikan ini mungkin sesuai dengan bajet anda yang mahu membawa ahli keluarga yang ramai. Harga tiket masuk antara RM 15 hingga RM 48 sahaja. Ketepikan Sunway Lagoon dan Legoland, lokasi ini memang tak masuk senarai tapi percayalah tahap keseronokan anak bila berada di sini sama saja.

1. Wet World Water Park
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/1wetworld.jpg
Wet World Water Park Shah Alam juga dikenali sebagai taman tema air pertama mesra alam di Malaysia. Permainan tarikan utama di sini ialah Monsoon Buster Adventure iaitu gelongsor air sepanjang 205 meter, selain Super Hurricane iaitu gelung gelongsor air gergasi yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Harga Tiket Masuk
RM25 Dewasa
RM20 Kanak-kanak

2. Taman Tema Air Gold Coast Morib Resort
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/2goldcoastmoribw.jpg
Berhampiran dengan pantai Morib, selain bermain di taman air, pengunjung juga boleh menikmati panorama senja atau matahari naik jika menginap di resort yang disediakan di sini.
Harga Tiket Masuk
RM25 Dewasa
RM15 Kanak-kanak

3.    Taman Tema Air Bukit Gambang Resort
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/bukit%20gambangnew.jpg
Taman tema air terbesar di Pantai Timur ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Di sini terdapat Coco Beach, pantai buatan manusia seluas 1 km selain segmen kanak-kanak Pulau Penguin dan lima jenis gelongsor air untuk dicuba.
Harga Tiket Masuk
RM32 Dewasa
RM22  Kanak-kanak

4.    Desa WaterPark
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/4desawaterthunderbolt_05b.jpg
Taman tema ini letaknya di Kuala Lumpur. Jadi alang-alang mengunjungi ibu kota boleh singgah ke sini. Menarik di taman ini adalah gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt.
Harga Tiket Masuk
RM37 Dewasa
RM26.50 Kanak-kanak

5. Bukit Merah Lake Town Resort Waterpark
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/5bukit%20merah%20laketown.jpg
Lokasinya di Taiping, Perak. Selain taman tema air untuk mandi manda dan bersantai anda juga boleh melihat orang hutan dan berseronok di ecopark yang ada di resort ini.
Harga Tiket Masuk
RM38 Dewasa
RM22 Kanak-kanak

6. Water World A’ Famosa Resort
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/151015/6afamosanew.jpg
Terletak di Melaka, ia merupakan taman tema air terbesar di Malaysia dan mempunyai pelbagai permainan air termasuk gelongsor kelajuan tinggi, gelongsor dalam tiub, rakit keluarga dan kolam kanak-kanak.
Harga Tiket Masuk
RM48 Dewasa
RM36 Kanak-kanak
Ok, dah tahu taman tema air yang ikut bajet anda bolehlah mula rancang percutian anda sekarang. Happy holiday!

No comments:

Post a Comment