Saturday 13 February 2016

Usia 19 Tahun Berhenti Universiti Tapi Kini Miliki Kekayaan $9 Billion

 Usia 19 tahun berhenti universiti tapi kini miliki kekayaan $9 billion
Pada usia 19 tahun, Elizabeth Holmes enggan meneruskan pengajiannya di Stanford University School Of Engineering. Dia punya cita-cita lain, menubuhkan syarikat biotek sendiri. Ternyata keputusan itu tidak sia-sia.12 tahun selepas membuat keputusan itu, Holmes  kini berusia 31 tahun dan mempunya aset bernilai  $9 billion dollar Dilahirkan di Washington, Holmes merupakan CEO Theranos, sebuah syarikat yang mengendalikan ujian darah yang diasaskan pada tahun 2003.
Dia disenaraikan majalah Time’s sebagai 100 individu paling berpengaruh dengan Amerika Syarikat selain dinamakan  antara jutawan paling muda di negara itu oleh Forbes.  Tidak cukup dengan itu Presiden  Amerika Barack Obama turut menamakan wanita ini sebagai duta dalam perniagaan global bisnes.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/251115/cover%20new.jpg
Syarikat Theranos miliknya telah merevolusikan venipunture atau kaedah pengambilan darah dengan menawarkan 200 ujian darah bagi mengenal pasti pelbagai masalah kesihatan dengan cara paling mudah iaitu hanya melalui tusukan pada hujung jari.
Di sebalik ciptaan Holmes ini ada kisah menarik mengenainya.  Awalnya Holmes bercita-cita mahu meneruskan pengajian dalam bidang perubatan namun ketakutan kepada jarum membantutkan hasratnya. Tapi akhirnya itulah perkara yang menjadi motivasi Holmes ini melakukan inovasi Theranos.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/251115/kaedah.jpg
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/251115/HolmesGallery1.jpg
Ketika menubuhkannya, anak kepada Christian Holmes ini  masih lagi bergelar pelajar jurusan kejuruteraan kimia di Stanford University.  Selepas menghasilkan inovasi ini dia mengusulkan menubuhkan sebuah syarikat yang awalnya dinamakan sebagai Real Times Cures sebelum ditukar kepada Theranos.
Nampak akan potensi  ciptaannya yang mampu menjalankan ujian darah hanya melalui hujung jari atau finger stick, dia meninggalkan kolej.  TIndakannya tidak sia-sia kerana kini Theranos  mempunyai 500 orang pekerja dengan nilai syarikat $ 9 billion dollar dan Holmes sendiri memiliki lebih daripada 50 peratus ekuiti syarikat tersebut.


Sumber: Elitereaders.com

No comments:

Post a Comment