Thursday 11 February 2016

'Isteri-Isteri Orang Melayu Banyak Habiskan Masa Di Dapur'

Malam-malam, tiba-tiba teringat kata-kata ayah:
"Isteri-isteri orang Melayu ini banyak sangat menghabiskan masa di dapur. Sebab apa? Sebab dok berat tang makan. Breakfasat saja pun gigih bangkit awal buat nasi lemak, bihun goreng, cekodok dan pelbagai. 
"Makan tengah hari dan malam pula kalau tak ada 6, 7 jenis lauk penuh meja makan, memang tidak sah. Lepas itu kalut nak tumbuk sambal apa semua. Dalam sehari 24 jam itu banyak masa dok habis tang makan.
"Walhalnya kita makan ini untuk kenyang saja. What you need actually healthy simple meals. Asalkan boleh beri khasiat dan tenaga sudah mencukupi. 
"Cuba tengok omputih, walaupun isteri depa tak kerja, those women ada masa membaca buku ilmiah, pergi kelas-kelas ilmu seperti baking class, sewing class, libatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan aktiviti sekolah anak-anak.
"They always keep things simple. Masak pun simple like grilled chicken with salad, asalkan berkhasiat. Mereka guna sebaik mungkin masa yang ada, yang penting kualiti dalam setiap rutin. 
"What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife itu kena duduk di ceruk dapur sahaja." katanya.
Something to ponder.

It is all about mentality. Masalah masyarakat Melayu ini bila si ibu/isteri masak nasi goreng yang memang siap-siap ada khasiat dari ayam, telur, sawi dan lobak pun dilabel sebagai pemalas. Dang! - Aida Hashim | PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment