Meskipun dia adik kepada Fasha Sandha, namun tidak terdetik sedikitpun
dihati Ellysha Sandha untuk meniru gaya atau meraih populariti melalui
nama besar kakaknya itu. Malah pembabitannya dalam bidang seni adalah
atas dasar minat selepas kerap mengikuti Fasha menjalani penggambaran
sejak kecil.
"Memang ada yang kata saya seolah mahu tumpang populariti kakak, tapi
bukan begitu hal yang sebenarnya. Saya berlakon kerana minat dan mahu
mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya. Malah saya juga masih lagi
belajar," ujarnya.
Untuk info, tahun ini Ellysha bakal mengambil Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) dan lakonan katanya sudah mula sebati dalam jiwanya.
Bagaimanapun, bila ditanya apakah dia sudah bersedia dengan pelbagai
dugaan dunia seni... jawab Ellysha banyak perkara yang telah
dipelajarinya daripada Fasha. Oleh itu, dia sangat berhati-hati dalam
setiap pergerakan agar tidak terbabit dalam isu yang tidak baik.
"Memang ada yang cuba mendekati dan mengganggu, namun semuanya dapat
saya atasi dengan baik. Lagipun, usia saya masih muda dan banyak perkara
yang perlu saya pelajari lagi," tambahnya yang ditemui myartis di
majlis pratonton filem Anak Mami Nasi Kandaq, baru-baru ini.
Ellysha merupakan salah seorang pelakon dalam filem tersebut disamping
kakaknya Fasha Sandha. Malah Pengarah filem itu, Pengarah Profesor Dato'
A. Razak Mohaideen, turut memuji Ellysha yang dikatakan mempunyai bakat
besar dalam bidang lakonan.- (/myartis)
Artikel & foto: myartis.com
No comments:
Post a Comment