Seorang ibu terbunuh serta merta apabila disambar kilat di sebuah pantai
di Brazil.Insiden berlaku ketika Rosangela Biavati, 36, berlari ke gigi
air sambil menjerit dan mendepangkan tangan kepada anak lelakinya yang
sedang mandi di pantai agar segera naik.
Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat
dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.
Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan
dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum
disahkan sudah meninggal dunia.
Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.
Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air
ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini
membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.
Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk.
Sumber: gelakhati
No comments:
Post a Comment