1. Jangan skip sahur
Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia.
2. Karbo Kompleks
Pastikan karbohidrat kompleks menjadi pilihan diet anda semasa bersahur. Kenapa? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.
Contoh sumber: Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI (glycemic indeks).
3. Target Kalori: dalam 500 kcal
Secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.
Contoh hidangan:
Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.
4. Protein yang bersih
Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
5. Elak Garam
Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus.
6. Elak Kafein
Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.
7. Kenali kandungan kafein minuman
Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.
8. Jangan minum banyak sangat!
Lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagilah cepat anda anda berasa haus.
Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.
Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.
Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
No comments:
Post a Comment