Pierre Andre & Mikail Andre – Adik-beradik ini merupakan anak kepada
pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi
Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang
lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun 2005. Bermula sebagai
seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak
langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun.
Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.
Shamsul Yusof & Syafiq Yusof – Kedua-duanya memulakan kerjaya
sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman.
Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak
langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem.
Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol
anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak
rintik.
Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy – Adik-beradik Loy ini
memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam
bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar
seawal dari kecil. Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih
menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain.
Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi
rancangan “Oh! My English”.
Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong – Anak perempuan kepada Ismail
Embong ini, memang semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam lakonan.
Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun
selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga mula
mencipta nama. Kalau dah adik-beradik, pasti mereka tidak akan terlepas
ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru ini industri
hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya
sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus.
Begitulah perghubungan keluarga.
Eira Syazira & Syafnida – Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali
menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerdmenerusi slot drama TV3
satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang
menjadi pilihan untuk menghiasi drama-drama di televisyen. Kini adiknya,
Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula
kelihatan menerusi drama TV3 “Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida
juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri.
Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan ramai yang
menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.
Farid Kamil & Fadzil Zahari – Siapa yang tidak mengenali hero pujaan
ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi
sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin.
Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang
pelakon. Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri.
Dia kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip
filem yang dihasilkannya ialah filem “Kongsi” dan “Bini-biniku
Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada
rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.
Sharifah shahira & Sharifah Sakinah – Pelakon, pengacara dan
penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam
industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik
Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika
zaman 90an. Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang
mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon. Namun
berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi
‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.
Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad – Mungkin ramai yang tidak
mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang
adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon
dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. Namun,
mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia
lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat
seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan
ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar.
Bukan ini sahaja Adik Beradik Selebriti Yang Popular Di Malaysia, masih ada ramai lagi adik beradik selebriti yang telah mencipta nama. Siapa lagi yang korang kenal?
Bukan ini sahaja Adik Beradik Selebriti Yang Popular Di Malaysia, masih ada ramai lagi adik beradik selebriti yang telah mencipta nama. Siapa lagi yang korang kenal?
No comments:
Post a Comment