Oleh Feyra Nasrom Sumber Amazingnara
Seorang wanita ditahan akibat menelefon bekas teman lelaki sebanyak
27,639 kali dalam masa seminggu. Bukan itu sahaja, tertuduh yang
dikenali sebagai Kelly Murphy turut menghantar 11,229 mesej , 937 e-mel,
117 mesej nyanyian dan juga 47 helai surat.
Kelly Murphy tidak dapat menerima kenyataan dirinya sudah berpisah
dengan Randy Williams walaupun baru 2 minggu bercinta. Mangsa didapati
mengalami kemurungan dan tekanan akibat terpaksa berhadapan dengan bekas
teman wanitanya itu.
Murphy sanggup mengambil minuman tenaga untuk berjaga selama seminggu
dan terus menganggu Randy dengan menggunakan 8 telefon serentak untuk
menelefon Randy 24 jam sehari di telefo bimbit, telefon rumah dan juga
pejabat. Sebelum ini Murphy juga dikatakan mempunyai sikap obsesif
kompulsif dimana tahap obses wanita ini terhadap sesuatu benda secara
melampau dan tidak masuk akal.
Kini , Murphy ditahan ke dalam lokap dan akan melakukan penilaian psikologi terlebih dahulu sebelum dia dibicarakan.
No comments:
Post a Comment