Zaril, Haiza dan anak lelakinya, Dean |
31 Mei yang lalu, kami kongsikan kisah seorang wanita berjaya
menenangkan anak kecil pasangan 'orang puteh' yang viral di media
sosial. Bagaimanapun, pasangan terbabit tampil menafikan dakwaan wanita
itu. Mereka sebaliknya adalah warganegara Malaysia berbangsa Melayu,
beragama Islam.
Pasangan itu juga mendakwa, wanita terbabit sengaja mereka-reka cerita untuk meraih perhatian dari netizen.
"Saya ibu kepada budak lelaki yang menjerit itu. Kami bukan mat salleh.
Islam, Malaysian. Just a typical case of a nervous baby on flight. Tak
ada sesiapa pun yang datang baca-baca selawat pada anak lelaki saya. So,
you should put a disclaimer tahat your article is fictional. Whatever
niat you buat ini, just know that this is on you. Such a shame, gunakan
agama untuk meraih fame," komen Haiza Razali di Facebook Kak Hassanah
semalam.
Menjelaskan lanjut di laman Facebooknya, Haiza dan suaminya menafikan
sekeras-keras dakwaan Hassanah, lengkap dengan bukti dari pengakuan
seorang pramugari yang turut berada dalam pesawat itu pada malam
kejadian.
"Ada individu yang telah mengambil kesempatan dari insiden yang berlaku
pada kami sekeluarga untuk meraih perhatian, likes di media sosial. Saya
tidak boleh berdiam diri, lebih-lebih lagi ia melibatkan agama.
"Apa sebenarnya yang berlaku ialah, anak kami, Dean Al Haq, menangis
untuk jangka masa 20-30 minit apabila pesawat yang kami naiki berlepas
sejurus saja lampu dalam pesawat dipadamkan. Suami saya, Zaril Abu
Zainal, cuba menenangkannya dengan membawanya berjalan di sekitar
pesawat meskipun lampu tali pinggang keselamatan masih dinyalakan.
"Malah suami juga membawanya ke tandas, cuba mengalih perhatiannya
dengan bermain air, dispenser sabun, akhirnya dia mulai tenang sedikit.
Anak saya kembali normal dan tenang di sepanjang penerbangan selepas
insiden itu.
"Untuk pengetahuan semua, tiada sesiapa pun yang datang baca-baca pada
Dean atau didukung oleh sesiapa sampai Dean tertidur. Yang saya perasan,
ada segelintir yang memberikan senyuman sinis. Pasangan muda yang duduk
di depan kami lagilah jelas sekali menunjukkan rasa tidak selesa mereka
pada kami. Mereka geleng kepala, tekap telinga dengan tangan kerana
tidak tahan dengan bunyi tangisan anak kami.
"Jadi, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf juga kepada semua
penumpang yang menaiki pesawat AK8715 pada malam kejadian itu. Bagi
pihak anak saya, Dean Al-Haq, saya memohon maaf kerana menyebabkan para
penumpang berasa kurang selesa selama 30 minit di awal penerbangan.
"Berbalik kepada cerita yang ditulis oleh Kak Hassanah yang mendakwa dia
membaca selawat berulang kali sehingga Dean tenang dan tertidur adalah
fiksyen semata-mata.
"Saya berharap anda semua tidak semudah itu percaya pada cerita yang
ditulis atau dikongsikan yang hanya untuk kepentingan diri mereka.
"Kesimpulannya, marilah kita beramai-ramai berselawat dan berdoa agar
dunia kita lebih selamat di mana kita sebenarnya membantu antara satu
sama lain, bukannya hanya menulis mengenainya. Take note Kak Hassanah,"
katanya.
Bagaimanapun, Kak Hassanah menafikan dakwaan Haiza Razali dan
menjelaskan bahawa budak lelaki yang didukungnya pada malam kejadian itu
adalah budak yang mempunyai mata berwarna biru.
Pramugari Air Asia pesawat AK8715 yang bertugas pada malam kejadian pula
tampil menafikan dakwaan Kak Hassanah, sekali gus membuktikan bahawa
cerita yang ditulisnya adalah tidak benar.
Ekoran itu, ramai yang mengkritik tindakan penulis terbabit membuat
cerita yang tidak benar. Sehingga ada yang memberikan cadangan kepadanya
ada dipenghujung artikel ditambah dengan ayat:
"Tiba-tiba kapal terbang bergegar dan saya terbangun. Rupa-rupanya mimpi sahaja," - PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment