PETALING JAYA: Pelakon Ahya Rosli menjelaskan kedai shisha miliknya
iaitu Kelentit Rindu diambil sempena nama tumbuhan liar iaitu sejenis
cendawan Kelentit Kering atau saintifiknya Microparus Xanthopus.
Ahya, 29, yang juga anak kepada aktres Normah Damanhuri itu berkata, dia
mengambil nama tersebut selepas mendapati salah satu perasa shisha yang
paling mendapat perhatian di kedai miliknya itu laris.
"Saya sudah gunakan nama berkenaan sudah lama sejak dibuka pada sepuluh tahun lalu dan ia adalah nama tumbuhan.
"Orang hanya tahu mengecam kerana berfikiran negatif sahaja dan saya
sudah beritahu kepada ibu juga tentang ini dan dia tiada halangan,"
ujarnya kepada mStar Online.
Ahya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang nama kedai shisha
miliknya yang dikatakan menggunakan nama kurang sopan iaitu satu
perkataan yang turut dikaitkan dengan kemaluan wanita.
Kedai shisha tersebut beroperasi di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini.
Sementara itu, Ahya berkata, dia sentiasa berfikiran positif dan
memikirkan nama tersebut adalah nama yang mampu menarik pelanggan ke
kedainya.
"Saya sentiasa positif dan tidak fikir ia bermaksud lucah. Hanya
orang-orang yang negatif sahaja selalu nampak perkara buruk yang saya
lakukan.
"Tidak kisah apa orang ingin fikir yang penting bisnes tersebut berjalan lancar dan menerima ramai pelanggan," ujarnya.
Dalam pada itu Ahya yang juga jurulatih peribadi seni mempertahankan
diri Kick Boxing berkata, dia kini dalam perancangan untuk membuka
sebuah gimnasium.
"Saya sekarang menjadi pelatih peribadi dan membuka kelas Fitwithahya bagi membantu orang yang ingin kurus dengan cara sihat.
"Insya-Allah, saya dalam perancangan untuk buka gim sendiri yang memudahkan saya membuat kelas tersebut," ujarnya.
No comments:
Post a Comment