Tiga aspek ini merangkumi fizikal, psikologi dan sosial.
1. Fizikal
Anak bergerak aktif sama ada dia masih merangkak atau sudah berjalan. Apa yang pasti si kecil pada usia ini suka meneroka ruang baru.
Anak yang berusia satu tahun juga seharusnya memiliki berat badan tiga kali ganda daripada berat badan sewaktu dilahirkan.
2. Psikologi
Anak memiliki rasa ingin tahu yang sangat besar. Dia suka menyentuh dan mencuba perkara atau benda baru. Bayi usia ini juga kegemarannya membaling, menolak jatuh atau mengetuk barang kerana rasa ingin tahunya.
3. Sosial
Anak peka terhadap emosi orang di persekitarannya, dia mula mengenal wajah insan terdekat dan meniru ekspresi wajah orang lain. Contoh bila nampak ibu senyum, dia pun sama akan senyum.
Pada waktu ini ibu bapa perlu sentiasa bercakap dengan anak. Ajarkan nama-nama benda di persekitaran mereka.
Adalah penting untuk ibu bapa merangsang perkembangan tiga aspek ini supaya si kecil membesar sebagai anak yang cerdas.
Ingat juga bahawa tahap perkembangan setiap bayi berbeza. Jadi jangan terlalu risau jika anak belum boleh berjalan sedangkan anak rakan anda yang sebaya dengannya sudah mampu melangkah.
No comments:
Post a Comment