1. Enno Farihah ialah gadis yang berasal Kampung Bangkir, Kelurahan Pegandikan, Lebak Wangi, Kabupaten Serang, Banten. Tahun ini, dia baru berusia 19 tahun.
2. Enno adalah anak perempuan pasangan Fahri dan Mahfudoh. Dia merupakan anak keempat dari tujuh adik-beradik.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.3. Sebelumnya, Enno adalah lulusan sebuah SMK di Kabupaten Serang, Banten.
4. Selepas SMK, Enno bekerja di kilang plastik, PT Polyta Global Mandiri, di Jalan Raya Perancis Pergudangan 8 Dadap, Kecamatan Kosambi, Kabupaten Tangerang.
5. Dia baru saja bekerja selama enam bulan di kilang ini.
6. Enno tinggal di asrama dekat tempat kerjanya dan hanya pulang ke rumah seminggu sekali.
7. Pada 13 Mei, Enno dibunuh dengan sadis menggunakan cangkul yang ditendang masuk ke dalam kemaluannya. Khabar yang tersebar, 90 peratus gagang cangkul masuk ke organ dalaman penting Enno hingga menembus rongga dada. Suspek yang menendang cangkul ialah Rahmad Arifin (24), manakala dua lagi memegang mangsa.
Polda Metro Jaya telah melakukan bedah siasat terhadap jasad Enno Farihah dan penemuan mereka sangat mengerikan. Enno menderita luka yang teramat parah di organ pentingnya akibat dimasukkan cangkul yang ditendang ke dalam kemaluannya oleh para pelaku pembunuhan keji tersebut. Luka bahagian dalam lebih parah karena tulang leher Enno patah akibat dihentam pemegang cangkul. Selain itu, pipi dan rahang Enno luka parah akibat ditusuk garfu.Hasil bedah siasat juga menyebutkan bahawa terdapat luka koyak di bahagian hati sampai ke atas paru-paru, serta luka pada rongga dada. Luka ini disebabkan 90 peratus pemegang cangkul masuk ke organ penting mangsa. Pendarahan rongga dada 200 cc serta rongga perut 300 cc.
Bahkan berdasarkan hasil soal siasat, semasa dicangkul oleh suspek RAR alias Arif, RAI alias Alim, dan IH alias Imam, mangsa masih hidup. Berdasarkan kenyataan TKP gabungan dari Polsek Tekuk Naga, Polres Kota Tangerang, dan Polda Metro Jaya polis menemui sejumlah barang bukti iaitu kesan tapak kaki yang jelas, kesan DNA, telefon bimbit, cangkul, pakaian, dan garfu.
8. Semasa hidupnya, Enno Farinah adalah seorang gadis yang diminati ramai pemuda, termasuk tiga suspek Rahmad Arifin alias Arif (24), RAM (16) dan Imam Hapriadi alias Imam (24).
Para suspek telah berusaha memenangi hati Enno, tetapi gadis itu menolak mereka, hanya menerima RAM.9. Salah seorang suspek sudah beristeri, tetapi mengaku bujang!
Pengarah Reserse Kriminal Umum Polda Metro Jaya Kombes Pol Krishna Murti mengatakan, salah seorang suspek bernama Arif diketahui sudah punya isteri. Malah, saat ini Arif sedang menjalinkan hubungan dengan seorang saksi yang dipanggil S, rakan sekerja Enno Farinah.10. Kesemua suspek tidak mengenali satu sama lain, tetapi mengenali Enno
Pada malam kejadian, RAM telah datang ke bilik asrama Enno. Awalnya, menurut polis, keduanya sempat bercumbu. Namun, ketika RAM mengajak melakukan hubungan intim, Enno menolak. RAM yang kesal pun pergi meninggalkan bilik tersebut. Tidak jauh dari, RAM bertemu dengan Imam dan Arif. Ketiganya sepakat memperkosa mangsa.
11. Kesemua suspek ditempatkan di bilik tahanan khas dan dikawal ketat
Disebabkan kesemua suspek telah memperkosa dan membunuh, kebarangkalian untuk mereka dibuli di penjara lebih tinggi, kerana pemerkosa dianggap penjenayah berkasta paling rendah. Suspek juga dikawal ketat untuk mengelakkan mereka membunuh diri. Polis juga akan mengaturkan RAM berjumpa pakar psikiatri kerana sifatnya yang tenang berbanding dua suspek lain memberi bayangan remaja itu berkemungkinan mempunyai penyakit kecelaruan personaliti berganda (multiple personality disorder)
12. Netizen berang, mahu semua pelaku dihukum mati
Yang mampu ditulis oleh Netizen berkenaan kes ini ialah caci maki terhadap kesemua suspek kerana pembunuhan Enno dianggap amat sadis. Salah seorang pengguna Facebook menulis komen:
Apa yang terjadi, sehingga suspek sanggup membunuh dengan sadis seperti itu?
Enno seorang manusia, seorang perempuan, punya keluarga, punya impian dan harapan…
Hilang dalam waktu yang singkat,…..
Ikhsan mengatakan pelaku kejahatan seksual harus dihukum mati. Malah, Ikhsan mengatakan RAM yang berusia 16 tahun juga harus dihukum mati:
Jangan dilihat umur anak itu, tapi perlakuan anak itu sudah melebihi binatang.MUI juga akan bersidang tidak lama lagi bagi mengeluarkan fatwa terbaru berkenaan jenayah rogol. –amazingnara.com
Obat Asam Lambung Akut
ReplyDeleteObat Herbal Nyeri Lutut
Obat Hipertiroid Ibu Hamil
Obat Infeksi Rahim Pasca Kuret
Obat Pneumonia Ibu Hamil
Obat Tumit Kaki Pecah Pecah
Obat Benjolan Di Ketiak Kiri
Obat Lidah Bengkak
Obat Tradisional Diabetes
Obat Pembersih Paru Paru Kotor
Obat Infeksi Paru Paru
Obat Kanker Usus Buntu
Obat Bisul Di Dalam Telinga
Obat Bisul Di Dalam Hidung
Obat Radang Amandel Anak
Obat Benjolan Pada Amandel
Obat Keloid Pada Anak