Selama ni kita duk fikir bahagian biru di pemadam merah-biru itu
digunakan untuk memadam dakwat pen di kertas. Tapi sebenarnya tidak!
Mesti korang pernah try untuk padam dakwat pen di kertas kemudian
bahagian itu koyak. Nak tahu apakah sebabnya, teruskan membaca.
Pemadam biru tu sebenarnya digunakan untuk memadam tanda pensil di atas
grainy paper. Tulah sebabnya tekstur pemadam tersebut kasar dan kesat
berbanding pemadam biasa. Kalau guna pemadam biasa (warna merah) mungkin
akan mengambil masa dan tenaga untuk anda memadam sesuatu di atas
kertas grainy paper.
Kami sendiri tak pasti dari mana datangnya cerita tentang pemadam
berwarna biru ini untuk padam dakwat pen di kertas. Yang penting, mulai
dari saat ini anda bolehlah berhenti dari merosakkan buku latihan anda
tu.
Sumber: Today Up Feet dan Sajakongsi
No comments:
Post a Comment