Orangnya memang cantik dan kekal langsing walaupun sudah memasuki fasa usia 40-an.
Tak pernah tak cantik dan gayanya sentiasa menjadi ikutan ramai wanita. Memang makan hati kalau tengok Che Ta depan mata.
Tapi, walaupun wanita cantik ini dikenali ramai, ada beberapa perkara yang ramai tak tahu tentang Che Ta.
Nak tahu, kenalah baca. Mesti ramai yang akan terkejut!
1. Wajib Guna Jurusolek Profesional
Tahukah anda, ke mana sahaja Che Ta
pergi, dia akan menggunakan khidmat jurusolek profesional. Sebab itulah
Che Ta selalu nampak cun! Katanya, nak berkongsi rezeki bersama orang
lain. Alhamdulillah semoga Che Ta dilimpahkan rezeki!
2. Beg Che Ta paling mahal bergarga RM35 ribu
Antara beg berjenama paling mahal yang dimiliki oleh Che Ta ialah jenama Birkin yang berharga RM35,000! Glup!
3. Che Ta sebenarnya pakai 2 lapis bulu mata
Rozita Che Wan dan bulu mata palsu
memang tidak dapat dipisahkan. Selalunya orang pakai selapis je bulu
mata. Tapi, sebab nak nampak lebih cantik, Che Ta sanggup pakai dua
lapis bulu mata.
4. Tempah baju raya 60 pasang setiap tahun
Kalau orang lain tempah sampai lima
pasang pun dah cukup banyak, Che Ta pula akan menempah 60 pasang baju
raya setiap tahun. Kelas kau Che Ta!
5. Orang guna almari kasut, Che Ta ada bilik untuk kasut
Kalau di rumah anda hanya ada satu
almari untuk koleksi kasut, Che Ta pula memerlukan sebuah bilik khas
untuk memuatkan 300 pasang kasut yang dimilikinya.
No comments:
Post a Comment