BANGKOK, THAILAND - Kemaluan seorang lelaki digigit oleh seekor ular
ketika dia sedang duduk mencangkung di tandas sebelum bergelut dengan
haiwan berbisa itu.
Atthaporn Boonmakchuay, 38, yang berada di dalam tandas merasa zakarnya
ditusuk dengan sesuatu yang tajam. Bila melihat ke bawah, alangkah
terkejutnya dia apabila mendapati hujung zakarnya telah digigit oleh
seekor ular. Panik dengan kejadian itu, mangsa terus menjerit meminta
tolong.
Jeritan mangsa didengari oleh isterinya yang kemudian cuba membantu
mengusir haiwan berbisa tersebut. Namun gagal berbuat demikian.
Mangsa mengalami kehilangan darah yang banyak ketika cuba menyelamatkan
diri dari terus digigit ular sepanjang 11 kaki itu, sebelum diselamatkan
oleh pasukan penyelamat.
Mangsa sempat mengikat kepala ular tersebut dengan tali di pintu bilik mandi sebelum tidak sedarkan diri.
Lapor Bangpakong News, reptilia berkenaan ditangkap dan dilepaskan
semula ke dalam hutan. Difahamkan, ular tersebut berenang masuk ke dalam
paip rumah sebelum muncul di tandas rumah mangsa.
Lapor Mirror, Atthaporn kini berada dalam keadaan stabil. - PIXEL MEDIA
No comments:
Post a Comment