Friday, 20 May 2016

Sibuk Dengan Telefon Bimbit Pada Malam Pertama, Wanita Diceraikan Suami!

Di Arab Saudi, seorang lelaki menceraikan isteri yang baru dikahwininya tak sampai sehari kerana wanita tersebut terlalu sibuk dengan telefon bimbitnya pada ‘malam pertama’ mereka.
Menurut laporan Gulf News, kejadian berlaku apabila pengantin lelaki membawa isterinya itu bilik hotel selepas beberapa jam melangsungkan perkahwinan.
Lelaki tersebut yang mengharapkan malam pertama yang indah bertukar menjadi tragedi apabila isterinya itu menolaknya dan sibuk melayan kawan-kawannya untuk menceritakan tentang majlis perkahwinannya.
Apabila ditegur, wanita itu memarahi suaminya dan tidak mempedulikannya.
Apabila ditanya adakah kawan-kawannya lebih penting, pengantin wanita menjawab, “Ya”.
Menurut sumber, berlaku pertengkaran dan lelaki itu terus keluar dari bilik hotel sambil memberitahu kepada wanita itu bahawa dia mahu bercerai.
Kes berkenaan dirujuk kepada jawatankuasa perdamaian, namun lelaki tersebut tetap mahu bercerai.

No comments:

Post a Comment